Isnin, 17 Disember 2012

ROTATED DIE 1 sen 1986


             Syiling siri Parlimen sukar dijumpai rotated die error apa lagi dengan darjah pusingannya yg melebihi 100 darjah yang menjadi idaman pengumpul.Dalam koleksi depankanta hanya terdapat beberapa keping siri Parlimen dengan darjah pusingan yang agak kecil.

           Sekeping syiling 1 sen 1986 dengan darjah pusingan die sekitar 45 darjah ini menarik untuk dikongsi kerana mungkin pelawat juga berminat untuk selongkar koleksi yg ada, rotated die biasanya akan ada lagi syiling2 yang sama batch dengannya...Mungkin akan jumpai yang lebih besar darjah pusingan yg terjadi....


Ahad, 16 Disember 2012

20 SEN S3M,MDD

              Kini kita sudah berada dipenghujung 2012,tahun yg penuh bererti kepada ahli2 numismatik mau pun pengumpul koleksi klasik kerana beredarnya wang kertas dan syiling baru Malaysia siri ketiga (s3M),mengikut kiraan depankanta telah hampir seluruh warga Malaysia telah melihat atau sekurang2nya mengetahui tentang kewujudan syiling baru ini.

             Dalam waktu terdekat kita masih tidak dapat mengetahui jumlah sebenar pengeluaran syiling s3M ini mengikut denominasinya sehingga ada pihak yg mengusahakannya melalui saluran BNM.Pemerhatian secara rambang depankanta mengagak syiling2 ini tidak begitu banyak dikeluarkan sebagaimana pengeluaran awal syiling siri kedua pada tahun 1989.

             Agak memeranjatkan sebaik sahaja syiling ini mula memasuki edaran untuk kegunaan orang ramai,berbagai error telah dijumpai.Dengan berbagai perubahan dibuat dan berbagai teknologi penyilingan baru digunakan syiling s3M sepatutnya memberi cabaran pada pengumpul syiling error untuk mencari syiling yg silap tempa tapi apa yg terjadi, ratio syiling error s3M lebih tinggi berbanding siri Parlimen @ siri pertama (pendapat depankanta).

            Untuk perkongsian post ini dipamirkan sekeping syiling 20 sen s3M dengan kesan MDD yg hampir menyamai ciri2 DD....

                 Pada bahagaian muka syiling ini terdapat ciri2 imej berganda (tanda bulat) yg ketara dan ianya adalah ciri2 MDD biasa...

              Pada syiling 20 sen s3M telah disembunyikan huruf B.N.M.Adakah anda telah perasan!.Ramai juga yg masih terkeliru dgn rekabentuk syiling s3M dan tertanya2 yang mana bahagian muka dan yang mana bahagian belakang..Secara mudahnya, bahagian belakang syiling ialah yang tertera denominasinya dan bahagian muka pula terdapat imej tradisi atau pemerintahnya (ciri2 biasa pada semua syiling moden)....
      Syiling MDD ini dapat dilihat perubahan imej bergandanya bila dibandingkan dgn syiling dari batch sama yg dipamirkan oleh blogger sdr duacongkak dalam blognya:
http://duacongkak.wordpress.com/2012/11/20/20sen-2012/

Sabtu, 15 Disember 2012

SYILING KERIS 1991 DAN 1992,BUNTU....

          Belum pun terbongkar  apa yang sebenarnya terjadi pada sekeping syiling keris 1992 dengan kesan yang ganjil pada bahagian mata keris kini muncul pula sekeping dengan ciri2 yang sama tetapi pada keluaran tahun 1991..

                      Bahagian belakang syiling 1 ringgit keris 1991

               Bahagian muka,pada mata keris terdapat ciri2 yg sukar dijelaskan....

                Perhatikan pada bahagian kiri mata keris,terdapat imej bunga songket telah "memasuki' bahagian mata keris.Terdapat juga kesan MDD pada mata keris ini yg terjadi pada peringkat striking,persoalannya bagaimana pula imej songket berada diatas mata keris?.....Buntu..buntu...
       Fenomena yang sama pernah dipamirkan dalam post:
      http://depankanta.blogspot.com/2012/12/syiling-kris-1992varieti-atau-error.html

             
                         1991                                                         1992
     Masa yang lebih panjang dan perkongsian dgn pakar2 diperlukan untuk menguraikan kekusutan berkenaan apa yang terjadi pada kedua syiling ini dari sudut mint errors.....

Rabu, 12 Disember 2012

SYILING 1 RINGGIT KERIS 1993,MDD

          Syiling tembaga 1 ringgit Malaysia 1989-1996 tidak banyak dipamirkan oleh Pengumpul berkaitan penemuan error.Banyak kemungkinan yang menyebabkan tumpuan tidak begitu diberi pada varieti atau errors syiling berwarna keemasan ini.Pertama ianya tiada lagi dalam edaran dan sukar dijumpai dalam jumlah yg banyak.Kedua pemilik biasanya meletakkan harga yg berkali ganda melebihi nilai muka asal syiling ini.Ketiga syiling Keris ini banyak yang bercampur dgn syiling palsu yang menyebabkan sukar untuk memberi tumpuan error pada syiling tulin.

             Mengikut penemuan oleh pengumpul syiling error dan varieti,terdapat DDO pada syiling rm1 Keris 1993.Bagi melengkapkan koleksi depankanta tercari2 juga syiling DDO namun yang ditemui ialah kesan MDD.

            Mungkin penemuan depankanta ini adalah dari Varieti yg lain dari yang dikatakan varieti DDO.Jelas sekali selain dibahagian muka syiling ini, MDD juga terjadi pada bahagian belakang syiling.(fenomena yg biasa pada syiling MDD)

             Nampaknya pemburuan kena diteruskan bagi mencari sekeping syiling DDO 1 ringgit Keris 1993





Isnin, 10 Disember 2012

1 SEN 2005 STRUCK THROUGH

            Struck through merupakan kategori error yg diberi premium istimewa oleh pengumpul kerana ciri2 ini sukar ditemui terjadi sama lebih dari satu keping syiling.Cabaran utama untuk kategori ini adalah untuk mengesahkan ianya benar2 mint errors kerana ciri2 yg sama juga boleh dibuat dgn tangan sesiapa sahaja.

         Struck through foreign object dapat dikenali melalui bagaimana ianya berlaku.....

             Dipamirkan berbagai sudut syiling 1 sen 2005 yg dipercayai struck through error tulin