Jumaat, 24 Jun 2011

PLAIN EDGE.......SYILING MALAYSIA 20 SEN SIRI BUNGA RAYA

Tentu ramai pengumpul yang memiliki syiling 20 sen yang licin bahagian tepi rimnya.Syiling yg seumpama ini tidak pula dijumpai pada yg lain-lain nilai.Depankanta jumpai syiling jenis plain milled edge begini terjadi pada siri Parlimen dan juga siri bunga raya


syiling plain edge 20 sen 1981,1982 dan 1992

 kalau ditelitikan pada planchetnya syiling tahun 1992 ini warnanya agak kehitaman dan permukaannya mudah menjadi menggerutu (tidak licin)
 walaupun ketiga syiling ini siri yg berlainan tapi kesilapannya sama.....
 Keadaan milled edge yang licin hampir sama pada ketiga-tiga syiling ini..

 Sukar juga untuk tetapkan syiling ini sebagai syiling error kerana,dengan kepakaran tertentu mungkin ada orang boleh membuatnya jadi begini.......

Walaupun depankanta menemui banyak syiling begini dimasukkan dalam blog peminat syiling,sebenarnya ianya bukan lah error dari mesin dikilang syiling tapi "error" dari mesin pencuci pakaian!...

  
"Ini semua adalah kerja Mesin Pencuci.Syiling-syiling ini terlupa dikeluarkan dari kocek pakaian,apabila masuk dalam process mencuci dan mengering,spinning dan tumbling akan mengakibatkan syiling-syiling tersebut mempunyai ciri-ciri begini!Dipanggil "Tumbled Coin".  Komen Mr.Dickson Niew(pakar Numismatik Malaysia)

3 ulasan:

  1. Dear depankanta,
    Ini semua adalah kerja Mesin Pencuci.Syiling-syiling ini terlupa dikeluarkan dari kocek pakaian,apabila masuk dalam process mencuci dan mengering,spinning dan tumbling akan mengakibatkan syiling-syiling tersebut mempunyai ciri-ciri begini!Dipanggil "Tumbled Coin".
    Sila layar Blog saya:http://dniewcollectors.blogspot.com/search/label/Tumbled%20Coin.

    BalasPadam
  2. Mungkin depankanta boleh rujuk kepada thread berikut,
    http://dniewcollectors.blogspot.com/2011/05/malaysia-numismatic-miscellaneoustumble.html

    BalasPadam
  3. Mesin cuci ni buat susah orang Numis jer!...hahaha
    depankanta berniat baik nak kongsi dgn Pengumpul tentang syiling ini kerana bila merayau-rayau dalam blok peminat syiling error ada jgk yg masukkan syiling ini dalam kategori syiling error.Penting jgk dipamirkan syiling begini untuk panduan semua..depankanta terlepas pandang syiling begini dlm blog Mr.Dickson....Terima kasih Mr.Dickson & whycollect..KEEP IN TOUCH.

    BalasPadam