Isnin, 4 Julai 2011

DIE CLASH ERROR .........PERLU PENJELASAN PAKAR

Penemuan syiling 1 sen 2005 ini dianggap syiling 1 sen die clash error yang paling terbaik dan merupakan satu spesimen yg boleh dibuat bahan kajian oleh pakar-pakar Numis...
         

                                        Bahagian muka  1 sen 2005
        Kesan die clash yang sangat ketara...hampir keseluruhan details dapat dilihat   pada bahagian muka ini.Die clash error yang hampir sempurna...

                                     Bahagian belakang syiling juga terdapat imej rebana....


                                     Die clash errors biasanya yang terjadi,imej error yang tertempa adalah pada bawah imej yang sebenar.Contohnya pada syiling ini terdapat imej "1" pada kaki rebana yang berada bawah rebana,keadaan ini biasa dilihat pada syiling2 die clash errors.
                                   Apa yg terjadi pada syiling ini agak mengelirukan orang2 baru macam depankanta.Perhatikan imej bunga raya yg tertempa pada bahagian atas rebana sedangkan imej "1' tertempa pada bahagian bawah kaki rebana..mungkin pakar-pakar boleh menjelaskan bagaimana keadaan boleh terjadi begini!...
                                     
                                 Imej "1"berada dibawah dan tidak menjejaskan kaki rebana

             Sementara imej bunga raya tertempa di atas rebana dan kelihatan menjejaskan imej rebana

6 ulasan:

  1. Permukaan die rebana itu sangat rendah dan lebar dan nampaknya hampir selebar dgn imej bungaraya yang tinggi itu manakala kaki rebana itu mendalam sedikit kalau kita meneliti die ori itu. Cuba bayangkan semua ini bila kedua-dua die berlanggar dengan kuat. Jadi, wujudlah keadaan ini.

    BalasPadam
  2. Terima kasih banyak NU,
    Penjelasan ini lebih mudah difahami sekiranya ada rujukan berbentuk gambarajah dan tiori bagaimana setiap error terjadi.Ramai2 pengumpul syiling error (terutama yg baru)tercari2 suatu bahan yang lengkap untuk dijadikan rujukan.
    Terima kasih banyak2 untuk penerangan yg. berguna ini...

    BalasPadam
  3. Dear depankanta,
    Ini adalah satu specimen Die Clash errors yang paling jelas dan nyata atas satu sen
    Malaysia yang saya perna jumpa! Taniah!!

    BalasPadam
  4. Terima kasih Mr.Dickson,
    Memang tak sangka terdapat syiling yang wujud kesan die clash yg begitu ketara.Kalau Mr.Dickson berpeluang melihat sendiri sebenarnya imejnya kelihatan lebih jelas tapi kelemahan fotografi depankanta menyebabkan ada bahagian2 yg tidak muncul dalam foto ini...
    Terima kasih banyak2,kalau perlu syiling ini untuk penulisan Numismatik Mr.Dickson sila maklum,nanti depankanta boleh pinjamkan...TQVM

    BalasPadam
  5. Hi depankanta,
    Ya betul katakan Dickson.
    Setakat ini kami pun belum sempat menjumpai satu die clash yang begitu jelas sekali.
    Tahniah depankanta :)

    BalasPadam
  6. Hi whycollect,
    Depankanta mengharapkan supaya setiap kita akan jumpa sekurang2nya sekeping seorang.Rasanya syiling begini masih banyak ada yang terbiar dalam simpanan orang ramai.biasanya bila berlaku die clash,banyak syiling yg tertempa sebelum dienya dibersih atau ditukar...semoga whycollect berjaya dalam pencarian syiling ini..Good luck & terima kasih banyak2 whycollect..

    BalasPadam