Isnin, 25 Julai 2011

DIE CRACK 5 SEN 1995 & 2006

Kadang kala die crack boleh juga terjadi dalam keadaan yang hampir sama walaupun pada syiling yg jauh  berbeza tahun keluarannya,keadaan ini mungkin disebabkan pembuatan dan "body" die itu sendiri yang ada kelemahan pada tempat-tempat tertentu menyebabkan keretakan berlaku ditempat yg lemah itu.
         Dua keping syiling 5 sen 1995 dan 2006 ini memperlihat ciri-ciri keretakan yg hampir sama walaupun usia syiling ini jauh berbeza..
                                 
                                          Bahagian belakang 5 sen 1995
                        Die crack bercabang merentasi huruf 'N' dan sedikit die chip pada angka "9"
                           
 Bahagian muka,juga terdapat kesan die crack pada sudut jam 3.00,jam 6.00 dan sedikit diatas gasing.
        Terdapat juga titik2 kecil yg membentuk bulatan,mungkin ini yg dinyatakan oleh ahli Numismatik nucoins ianya disebabkan syiling ini terkena instrumen atau lain2 peralatan selepas ditempa.
                   Jarang dijumpai die crack errors terjadi pada kedua2 belah permukaan syiling (obv & rev) sebagaimana terjadi pada syiling 1995 ini...



                        Bahagian belakang 5 sen 2006

        Terdapat kesan die crack bercabang merentasi angka "6",bentuk die crack ini hampir sama dgn syiling diatas..
                    Syiling 2006 memang terkenal dengan planchetnya yg istimewa mungkin disebabkan proses penempaan dibuat pada suhu yg tidak sesuai.
                   
                                Bah. muka syiling 2006

4 ulasan:

  1. lepas nih syiling baru
    :-)

    BalasPadam
  2. Tima kasih hans,
    Nanti kita kongsi bersama penemuan yg ganjil pada syiling baru...
    "Selamat berkenalan dengan syiling error Malaysia"..
    Terima kasih banyak hans...

    BalasPadam
  3. Syiling 5 sen memang banyak saya jumpa dalam keadaan yang itdak sempurna, mungkin ke kerana setiap huruf atau angkanya yang kecil terjadi sedemikian. Saya ada simpan satu dua keping tapi tak sempat nak ambil gambar.

    BalasPadam
  4. Salam dan terima kasih banyak2 Radzami,
    Yg jelas,QC di kilang syiling akan melepaskan apa2 jenis error yg tidak kelihatan oleh mata kasar(ini adalah standard QC antarabangsa),Kemungkinan besar banyak error dijumpai pada syiling bersaiz kecil adalah kerana faktor ini.Bila saiz syiling kecil,error yg kecil sukar dilihat jadi ianya terlepas dan banyak dijumpai oleh pengumpul yg menggunakan kanta yg berpower besar!.Faktor die yg bersaiz kecil juga salah satu sebabnya selain suhu,kurang servis die,jumlah mintage yg banyak ditempa..(sekadar pendapat depankanta)
    Terima kasih banyak2 Radzami....

    BalasPadam