Ahad, 24 Julai 2011

RTR DIE CRACK 5 SEN 2000 DAN 2010

Keretakan pada die (alat tempa) biasanya terjadi pada die atas yang sentiasa bergerak menempa syiling,namun kadang-kadang pada die bawah juga akan berlaku keretakan bila terlalu banyak syiling yang di tempa.
       Pada die bawah  tertera imej bahagian muka syiling dalam bentuk negative.Syiling Malaysia meletakkan perbagai imej permainan dan peralatan tradisi dalam bahagian muka syiling siri bunga raya.Bagi syiling 5 sen imej gasing,pemegang gasing dan tali gasing digunakan.
      Bila berlaku keretakan pada die bawah ini,akan terkesan satu garisan yg timbul akibat dari logam yang memasuki ruang yang retak itu pada bahagian muka syiling.Biasa dijumpai keretan ini terjadi diperbagai sudut syiling dengan berbagai saiz.
      Depankanta telah menjumpai dua keping syiling 5 sen 2000 dan 5 sen 2010 yang menampakkan kesan keretakan yang panjang hampir terbelah dua die bawah.

             Bahagian belakang syiling 5 sen 2010
                    Bahagian muka syiling....die crack errors yang panjang
                           Kesan retak hampir lengkap rim ke rim,berlaku sedikit filled die pada bahagian tengah menyebabkan ksan retak tidak kelihatan disitu.



                       Bahagian belakang syiling 5 sen 2000
                   Bahagian muka syiling
                Juga mempunyai kesan die crack errors  hampir sama dengan syiling 2010


4 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Menarik RTR die crack ini.
    Sila rujuk kpd posting ini.
    http://nucoinsandnotes.blogspot.com/2011/04/msia-1-sen-2006-rtr-die-crack.html

    BalasPadam
  2. Hi whycollect,
    RTR die crack ini menarik kerana walaupun kedua syiling ini 10 tahun berbeza tapi menunjukkan kesan yang hampir sama.Depankanta dah rujuk posting nucoins dan melihat kesan RTR ada juga pada syiling 1 sen.Nanti nak cek semula koleksi 1 sen 2006..hehehe
    Tima kasih banyak2 whycollect

    BalasPadam
  3. Dear depankanta,
    Taniah!"Petir dari langit ke bumi" memang menarik!

    BalasPadam
  4. Hi Mr.Dickson,
    Hahaha,memang sesuai diberi gelaran petir terutama die crack 5 sen 2008,20 & 50 sen 2010 yang bercabang2..
    Terima kasih banyak2 Mr.Niew...

    BalasPadam