Rabu, 27 Julai 2011

ROLLING FOLD ERROR 10 SEN 2011

Sekeping syiling 10 sen 2011 ini pada awalnya tidak dikategorikan sebagai error,melihat sedikit saja kecacatan pada bahagian tepi rim depankanta beranggapan ianya mungkin terkena apa2 di luar kilang syiling.....
      Bila melihat dalam blog ahli Numismatik nucoins yg merupakan salah satu tempat rujukan depankanta,didapati sekeping syiling yg hampir sama dipamirkan.Sesuai dengan kepakarannya nucoins telah menghuraikan tentang error syiling ini secara terperinci dan ianya terkelas sebagai rolling fold error.
     Untuk tujuan perkongsian depankanta pamirkan syiling penemuan depankanta dan syiling nucoins
              
                               Bahagian belakang syiling 10 sen 2011 koleksi depankanta
                       Syiling koleksi nucoins,perhatikan ada sedikit perbezaan pada tempat yg terjadi error.
                             Saiz kesan error hampir sama......



                                Syiling depankanta,rolling fold terjadi setentang dgn huruf "AN",sementara syiling  nucoins terjadi setentang dengan huruf "BA"...Mungkin ini perkara biasa untuk rolling fold error kerana kedudukan planchet yg yg tidak tetap...walaupun kualiti foto jauh berbeza harap pelawat masih boleh tumpukan pada error kedua syiling ini..hehehe
                             
                                     Dipamirkan dari berbagai sudut...
                       
                                Bahagian muka syiling 10 sen 2011



 Bagi mendapat penjelasan tentang error yg menarik ini,pelawat dijemput mengunjungi:
                     http://nucoinsandnotes.blogspot.com/







Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada nucoins untuk perkongsian ini

11 ulasan:

  1. Salam Depankanta,
    Coin anda memang rolling fold error yang hampir sama dengan spesimen saya. Agaknya, planchet 2011 diproses dari mesin blanking yang sama.
    Syabas!

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam...adakah spesimen yg saya miliki juga rolling fold error yg sama ??
      https://plus.google.com/u/0/109611855574368588790/posts/iSbaAiiFhNJ?pid=6080842237640667106&oid=109611855574368588790

      Padam
  2. Terima kasih nu,
    Error ini agak rare,kerana banyak juga sampel syiling 10 sen 2011 yg depankanta semak tapi hanya ini yg ditemui.Mungkin untuk syiling 10 sen siri ke3,2012 nanti semakin jarang dijumpai rolling fold error kerana ianya diperbuat dari stainless steel yg tentu logamnya lebih keras.
    Terima kasih banyak nucoins,satu kejayaan bagi depankanta dapat berkongsi dengan Sifu.....

    BalasPadam
  3. Tahniah depankanta kerana berjaya memperoleh satu duit syiling error yang hampir sama dengan error kepunyaan Nu itu.
    Sejak Nu menpamerkan error jenis ini, kami telah berusaha mencarinya tetapi sehingga kini tidak berjaya :)

    BalasPadam
  4. Hi whycollect,
    Depankanta percaya whycollect seorang yg gigih berusaha dan suatu hari nanti akan dapat juga syiling begini,syiling tahun 2011 banyak lagi dalam edaran.(kecuali yg 50 sen sangat kurang).hehehe
    Tima kasih banyak2 whycollect..

    BalasPadam
  5. Hi, saya pun jumpa syiling yg sama dlm coins search.

    BalasPadam
  6. Salam,

    Ingin berkongsi penemuan. Saya juga menemui rolling fold error bagi 10 sen 2008 dan 10 sen 2010. bagi 10 sen 2008 fold terjadi di bahagian muka (obverse) berhampiran perkataan BANK. manakala bagi 10 sen 2010 pula, fold terjadi di bahagian belakang (reverse) berhampiran kepala congkak. terdapat juga kemungkinan wujudnya rolling fold error bagi 20 sen 2009 yang terjadi fold di bahagian muka (obverse) berhampiran perkataan MALAYSIA.
    SMG

    BalasPadam
  7. Salam Anonymous,
    Selepas post ini diupload,depankanta juga ada menemui beberapa keping lagi syiling rolling fold error tapi semuanya pada denominasi 10sen.Kalau terjumpa syiling 20sen itu agak rare...
    Rolling fold memang boleh terjadi pada bahagian belakang dan muka syiling kerana kejadian error ini bermula pada prosses blanking yg belum ditentukan bahagian muka atau belakang.
    Terima kasih banyak2 untuk perkongsian yg menarik ini...

    BalasPadam
  8. Salam sdr Depankanta,
    Saya ada spesimen Rolling Fold 10 sen 2012...

    http://afiqnizamscoinandbanknote.blogspot.com/2012/09/error-coin-10-sen-2012-blanking-burr.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali sdr Afiq,
      depankanta memang dah melawat dan cuba memberi komen pada penemuan istimewa itu,entah kenapa komen tak kesampaian...apapun penemuan itu sangat menarik dan membuktikan syiling siri ke3 juga melalui proses blanking yg sama dgn siri sebelumnya...Posting dgn gambarajah oleh afiq juga sgt menarik untuk pembelajaran dan perkongsian....Terima kasih banyak2 sdr Afiq...

      Padam
  9. Hello therе! Thіѕ post coulԁn't be written any better! Reading this post reminds me of my good old room mate! He always kept talking about this. I will forward this write-up to him. Fairly certain he will have a good read. Thanks for sharing!

    Have a look at my web site ... garden center magazine
    my web page - lowes garden center

    BalasPadam