Isnin, 22 Ogos 2011

DIE CLASH ERROR 5 SEN 2005

Biasa dijumpai die clash error terjadi pada bahagian tengah syiling,sebahagian besarnya melibatkan imej yg ada pada bahagian tengah tersebut.
      Untuk perkongsian kali ini dipamirkan penemuan die clash error yg terjadi hanya pada bahagian tepi syiling yg berhampiran dgn rim,iaitu syiling 5 sen 2005.

                                    Bahagian muka syiling 5 sen 2005 yg dikesan terdapat imej die clash error.
                             
                                     Sebahagian huruf 'BANK NEGARA" tertempa kedalam (negative) pada tepi rim
                           
                              Dipamirkan tiga spesimen 2005 yg dijumpai

                                     Bahagian huruf yg tertempa pada muka syiling



10 ulasan:

  1. Salam depankanta,
    Nampaknya syiling juga sudah menjadi rakan baik kepada depankanta, kelama-lamaan error yang semakin susah ditemui menyerah diri satu-persatu kepada depankanta. Saya tak pernah melihat die clash di bahagian tepi berdekatan rim seperti ini. Tahniah! Jika ada yang lebih, bolehlah kita bertukar koleksi ya? Hehe terima kasih banyak-banyak berkongsi.

    BalasPadam
  2. Saya pasti,depankanta sekarang sudah boleh hafal dan cukup arif untuk teka tahun yang tepat sekali pandang obverse syiling tersebut.
    Itulah pengalaman.

    BalasPadam
  3. Salam mnfaj,
    Nampaknya bukan lagi depankanta cari syiling error tapi syiling error yg cari depankanta!..hahaha(sorry,gurau sikit)
    Rujuk syiling diatas hanya dijumpai pada keluaran tahun 2005 jadi manfaj boleh semak pada syiling yg sebalang gas tu,mungkin ada sekeping dua..tentang nak bertukar koleksi,boleh saja kalau stok masih ada.
    Terima kasih banyak2 manfaj.Error2 jugak, baju raya dah siap ke?...hehehe

    BalasPadam
  4. Hi Mr.Dickson,
    Hahaha,kata orang tua2"terkilat ikan diair,sudah ku tahu jantan betinanya"..kadang2 ada benarnya kata2 Mr.Niew tu,terdapat beberapa keluaran syiling yg ada identitinya tersendiri yg boleh kita teka tahunnya..contohnya 5 sen 2007 dan 1 sen 2005 yg lebih nipis dari yg lain..
    Rujuk syiling diatas,ada juga terjadi pada denominasi 20 sen tapi tak berapa jelas,nanti boleh semak pada koleksi Mr.Niew
    Terima kasih banyak2 Mr.Niew

    BalasPadam
  5. Hi depankanta,
    Sejak depankanta mulai berblog di sini, kamipun sudah menemui beberapa error dan variety baru berpandukan kepada blog kamu di sini.
    Salah satunya ialah 5 sen dengan edge yang mempunyai reed yang lebih padat.
    Semoga depankanta teruskan usaha dan memperoleh lebih banyak error yang terror :D

    BalasPadam
  6. Hi depankanta,
    Satu lagi, jika dapat ilmu duit syiling error akan mencari pengumpul, tolong berkongsi la.
    Pasti Dickson and mnfaj manyak suka, hahaha :D

    BalasPadam
  7. Hi whycollect,
    Itu lah satu contoh kecil untungnya hidup bermasyarakat.Perkongsian akan selalu memberi faedah kepada semua pihak..
    Ilmu syiling error!!!..hahaha,mudah saja..ikut cara Mr.Dickson,sekali dia kipas gambar Agong.Cakap saja nak error macamana,semua datang serah diri..hahaha
    Tima kasih banyak2 whycollect

    BalasPadam
  8. Woiyoh, semua duit syiling error kena kowtow sama Dickson lor.
    Macam ni dia manyak untung lor, hahaha.
    Bayangkan betapa untungnya seseorang pengumpul jika ada mesin mencari duit syiling error, hahaha.
    Ok cukup, balik ke dunia realiti, memang betul sekali kenyataan depankanta di atas.
    Sesuatu hobi tidak ada makna kepada sesiapapun jika tiada perkongsian di antara para peminatnya.
    Semoga para peminat terus mempraktikkan semangat sudi berkongsi demi kebaikan masa depan hobi ini :)

    BalasPadam
  9. Jangan suka-suka kipas gambar Agong,nanti bukan Error Original sampai tetapi hantu-hantu error yang muncul!haha!

    BalasPadam
  10. Hi Mr.Niew,
    Terima kasih Mr.Niew,sama2 lah kita berhati2 supaya tidak terkena hantu2 error ini...
    Terima kasih Mr.Niew...

    BalasPadam