Ahad, 21 Ogos 2011

ROTATED DIE 5 SEN 1999

Membelek syiling 5 sen memang memenatkan mata,dengan saiznya yg kecil dan berkilau-kilau kalau silap cara boleh mengundang kerosakan mata yg berterusan..Satu faktor yg perlu diutamakan semasa proses memeriksa syiling2 error adalah faktor kesihatan dan keselamatan mata.
      Sering kali bila berhadapan dengan syiling2 error akan menyebabkan kita mudah teruja dan lupa pasal keselamatan mata,tambah lagi kalau terjumpa kategori error yg unik.
     Kalau ikut kaedah depankanta,terdapat beberapa kategori error yg agak "simple" cara memeriksanya.Sebagai contoh memeriksa syiling2 rotated die errors.Biasanya depankanta akan memeriksa error ini secara berasingan dari memeriksa error dalam kategori lain yg lebih rumit.Teknik ini akan mempercepatkan proses dan tiada syiling2 yg terlepas pandang..
    Bagi post kali ini pelawat dapat berkongsi sekeping syiling 5 sen 1999 yg dijumpai begitu besar darjah rotation errornya iaitu melebihi 145 darjah!
                                   Perhatikan kedudukan imej bila syiling 1999 ini bila dipusingkan berbanding dengan syiling biasa 2010.Sukar untuk menemui sekeping syiling dengan darjah pusingan hampir mencecah 180 darjah!



6 ulasan:

  1. Salam depankanta,
    Wah syabas! sedikit lagi untuk mendapatkan 180 darjah. apa pun saya rasa ini sukar untuk ditemui. Syabas!

    BalasPadam
  2. Terima kasih banyak mnfaj,
    Penemuan ini adalah untuk perkongsian bersama,memang untuk menemui rotated die melebihi 90 darjah adalah satu cabaran,apalagi yg hampir mencecah maksima pusingan 180 darjah.Yang ini rasanya dah layak dipamir diperingkat antarabangsa!..hahaha
    Terima kasih banyak2 mnfaj...

    BalasPadam
  3. Baaaaaaaaagus sekali!!!!
    Taniah,hadiah bagus untuk Raya!haha!

    BalasPadam
  4. Hi Whycollect,
    Umpama kata2 Mr.Niew"hadiah bagus utk Raya",disebabkan kita berjauhan,perkongsian syiling error ini saja lah sebagai ganti ketupat raya...haha
    Tima kasih banyak2 Whycollect

    BalasPadam
  5. Hi Mr.Niew,
    Memang betul hadiah untuk raya,sebenarnya depankanta temui 2 keping syiling begini yg serupa.Satu sudah dibeli oleh pengumpul Thailand,boleh la buat beli daun ketupat!..haha
    depankanta masih simpan satu untuk dikongsi bersama dimasa akan datang..
    Terima kasih banyak2 Mr.Niew...

    BalasPadam