Isnin, 8 Ogos 2011

DIE ROTATION ERROR 1 SEN 1999,2002 & 2005

Dalam keadaan biasa, kedua die atas (hammer die)dan die bawah(anvil die) dilaraskan supaya kedudukan imej pada syiling adalah selari antara kedua bahagian muka(obv) dan belakang(rev).Namun kadang2 terjadi juga kesilapan yang menyebabkan imej kedua permukaan syiling berada dalam keadaan yang tidak sepatutnya.Keadaan ini dikategorikan sebagai die rotation error....
                                           Dua keping syiling terletak diatas,1 sen 2007 dan 1 sen 2006 adalah syiling biasa sementara dua keping di bawah tahun 1999 dan 2002 adalah syiling die rotation errors.Pandangan bahagian belakang syiling. 
                                     Bila keempat syiling berkenaan di pusing pada paksi tegak,dua syiling bahagian atas juga akan tegak,tapi syiling 1999 dan 2002,kedudukan rebananya didapati condong dan terpesong dari garis tegak.


                          Keadaan yang sama turut dijumpai pada dua keping syiling 1 sen 2005....

       
      

6 ulasan:

  1. Memang menarik, syiling-syiling rotated die ini.
    Syabas depankanta :)

    BalasPadam
  2. Tima kasih whycollect,
    kalau kita rajin melawat blog rakan2 banyak syiling rotated die yg dipamirkan tapi belum jumpa yg 1 sen jadi depankanta pamirkan untuk perkongsian...agak sukar untuk mendapatkan yg 1 sen rotation errors.
    Nanti kita minta Mr.Dickson letakkan rarity nya.
    Terima kasih banyak2 whycollect..

    BalasPadam
  3. Specimen yang bagus!Rotated Die Error dengan
    CW90 darjah dan CCW 90 darjah.Semakin sukar diperolehi!
    Rarity:RRR.
    Harga Tawaran:RM30-RM50 setiap satu.
    Syabas!

    BalasPadam
  4. Hi Mr.Dickson,
    woww...tak sangka tinggi nilainya,pada awalnya depankanta tidak beri perhatian pada rotated die error tapi bila kawan2 pengumpul pamirkan error ini depankanta cuba cari pada syiling 1 sen.Didapati memang sukar diperolehi,sesuai diletak nilai yg tinggi itu.
    Nanti depankanta cuba cari gred yg lebih baik...
    Terima kasih banyak2 Mr.Niew kerana tolong letakkan rarity,darjah rotation dan harga...

    BalasPadam
  5. Baru-baru ini ,dickson baru habis putar/flipped 8319 keping 20 sen syiling,dapat 6 biji (0.072%) yg ada Rotated Die Errors,4 keping minor putaran,hanya 2 keping (0.024%) yg rotation-nya hampir mencatat 180 darjah putarannya.
    Sekarang masih dalam process mencari melalui 10 sen syiling,sudah 5500 keping,belum jumpa satu pun!

    BalasPadam
  6. Jangan berputus asa Mr.Niew,
    Tapisan pertama memeriksa syiling rotated error agak simple dan tak perlukan kanta (kaedah depankanta).5500 kpg!!.,kalau tak pakai glove boleh hitam hujung jari..hahaha
    "kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya",Org Nogoghi mesti tahu pepatah ni..
    Terima kasih banyak2 Mr.Niew...

    BalasPadam