Selasa, 16 Ogos 2011

FILLED DIE @ STRUCK THROUGH @ ?

Keadaan yg berlaku pada bahagian muka syiling siri Parlimen ini juga menarik untuk di teliti errornya..depankanta temui hampir 10 keping syiling yg terjadi begini dan kesemuanya terjadi pada bahagian muka syiling.
  Kalau ikut kesan yg ada,ianya adalah disebabkan die bawah (anvil die)dimasuki oleh sesuatu yg menyebabkan berlaku lekukan (kedalam) pada permukaan syiling.

                    Lekukan ini terjadi hanya pada bahagian muka syiling dgn berbagai saiz yg hampir sama dan terjadi bertaburan di seluruh permukaan syiling....tompokan minyak gris pada die bawah boleh juga menyebabkan terjadi error ini.
                               spesimen yg dipamirkan adalah pada tahun 1981 dan 1982

Ada juga yg berpendapat keadaan ini berlaku disebabkan perbuatan tangan2 nakal atau syiling ini terkena sesuatu  diluar kilang iaitu semasa dalam edaran....apa pendapat anda?

6 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Kamipun pernah jumpa duit syiling yang mempunyai depression ini.
    Tapi tak sebanyak dengan specimen yang dipamerkan depankanta ini.

    BalasPadam
  2. Hi whycollect,
    Kejadian seumpama ini ada juga terjadi pada siri bungaraya tapi tidak banyak lekuknya berbanding dgn siri Parlimen.
    Ramai yg mengabaikan syiling berlekuk begini,mungkin kerana menganggapnya sebagai terkena sesuatu diluar kilang tapi depankanta berpuas hati bila mendapat penjelasan dari pakar2 numis kita...
    Terima kasih banyak2 whycollect..

    BalasPadam
  3. Depankanta...
    Apa yg dipamirkan disini adalah sama dengan apa yg duacongkak ada cuma tidak dimuatkan dlm blog memandangkan objek scan tidak dpt menyerlahkan bentuk sebagai mana objek yg diambil dr kamera.
    Apa pun TQ sbb siarkan specimen ini.

    BalasPadam
  4. Salam duacongkak,
    Kalau terus begitu nampak gayanya banyak spesimen yg duacongkak ada tak dapat berkongsi dgn pelawat tapi tak per,asal syiling itu ada dalam simpanan kita..
    Depankanta ada terlihat satu lagi spesimen yg nak dikongsi iaitu syiling 20 sen yg tercalar dlm blog duacongkak,nanti kita lihat persamaannya....
    Salam dan terima kasih banyak2 duacongkak,selamat berpuasa....

    BalasPadam
  5. Salam depan kanta. saya pun ada terjumpa syiling begini.
    Pada mulanya ingin saya abaikan, tetapi bila lebih dari lima keping..dan kebetulan saya terjumpa pula pada syiling bunga raya, saya bercadang untuk simpan. manalah tahu kot-kot error. Nah..! kan pakar kata error. yang seronoknya saya jumpa satu pada syiling siri3. Terima kasih.entry ini menguatkan lagi tekaan saya yg samar-samar.

    NSDK.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam NSDK,
      Sebenarnya syiling2 yg terjadi fenomena begini masih dalam penelitian.Terdapat dua kemungkinan yg berlaku iaitu post mint damage(bukan error)atau struck through error..Berat dan keadaan permukaan syiling menentukan samada syiling begini error atau tidak..

      Terima kasih NSDK...

      Padam