Ahad, 9 Oktober 2011

RIM CUD ERROR DARI SELATAN DAN TIMUR

Tertarik dengan sekeping syiling yang dipamirkan oleh blogger numis duacongkak,depankanta membelek2 semula koleksi mencari syiling 50 sen 2002 yg kelihatan pada errornya ada persamaan dan ada juga perbezaanya dgn koleksi duacongkak.
         Rim cud error pada syiling 1 sen pernah dipamirkan dalam post yg lalu,minor error pada tepi rim ini biasanya akan terlepas pandang sekiranya pemerhatian mengesan error hanya ditumpukan pada bahagian tengah syiling.
                                Bahagian belakang 50 sen 2002,rim cud error pada kedudukan jam1.00

                           Koleksi duacongkak,rim cud error terjadi pada bahagian muka dikedudukan jam 9.00 juga pada syiling 50 sen 2002

                            Jelas ianya terjadi hanya pada permukaan rim,ini membezakannya dengan syiling cud error atau major die break error yg terjadi pada bahagian fields planchet dan menyentuh bahagian rim.

            Mengikut keterangan duacongkak,logam yg berlebihan ini seolah2 "terkelepet",kalau lah benar begitu tentu bahagian yg terkelepet ini boleh ditegakkan semula,dengan ketinggian yg terjadi ,ini adalah satu finned edge error antara yg terbaik yg pernah dipamirkan pada syiling Malaysia...Harap duacongkak minta bantuan pakar untuk tegakkan semula yg terkelepet ini,nanti kita sama2 saksikan finned edge error terbaikk...

                               Syiling 1 sen,rim cud error yg pernah dipamirkan....

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada duacongkak atas perkongsian yg menarik ini..

4 ulasan:

  1. Salam depankanta,
    Nampaknya depankanta memang lebih teliti berbanding saya. Saya rasa saya tidak perasan dan tahu akan kewujudan cud di atas rim seperti ini. Harus berusaha lebih gigih lagi! Terima kasih kerana berkongsi. :D

    BalasPadam
  2. Salam mnfaj,
    Sabar dan teliti adalah asas untuk mencari error pada syiling,apalagi mencari minor error pada syiling dalam edaran.Kalau kita perhatikan pengumpul syiling error barat,error yg kecik2 berada dicelah2 pun difokus dan diperbesarkan..
    Mata mnfaj yg lebih muda pasti lebih mudah tangkap error2 ni..hehe
    Salam dan terima kasih mnfaj,kesihatan mata penting diutamakan dalam proses mencari error pada syiling...tq

    BalasPadam
  3. Hi depankanta,
    Kami memang tertarik dengan cara duacongkak menyimpan semua duit syiling yang luarbiasa sebaik sahaja ditemui.
    Nanti baru boleh teliti satu demi satu.
    Penting sekali kena memiliki mereka dulu, barulah syiok memberikan komen.
    Terima kasih banyak, depankanta :)

    BalasPadam
  4. Hi whycollect,
    Kegigihan duacongkak dalam hal ini memang mengkagumkan,kesungguhannya untuk berkongsi syiling2 error patut dicontohi..banyak yg kita boleh belajar dari berbagai penemuan yg mungkin baru bagi kita..
    Terima kasih banyak2 whycollect dan duacongkak...

    BalasPadam