Isnin, 10 Oktober 2011

THICKNESS: VARITI ATAU SPESIFIKASI?

Merujuk kepada spesifikasi teknikal syiling Malaysia siri kedua (bunga raya) yang dikeluarkan oleh Bank Negara.Ketebalan bagi syiling 5 sen ialah 1.04 mm sementara bagi syiling 1 sen pula ialah 1.26 mm..
      Adalah menjadi kelaziman pada ahli2 Numismatik menggunakan spesifikasi ini sebagai satu "bench mark" untuk menentukan ketulinan dan error yg terjadi pada sesekeping syiling.
     Depankanta mendapati syiling 5 sen yg ada dalam edaran dan 1 sen (yg pernah ada dalam edaran),tidak sama ketebalannya.Apa yang lebih menjadi pertanyaan adalah bila dijumpai dua saiz ketebalan syiling pada tahun keluaran yang sama.Keadaan ini terjadi pada syiling keluaran tahun2 tertentu.
    Kalau dianggap ianya variti,tidak pula dijumpai dalam mana2 nota numismatik Malaysia (atau depankanta terlepas pandang) dan kalau ianya spesifikasi,kenapa tidak disebutkan bahawa terdapat dua spesifikasi pada tahun yg sama..Tidak mungkin ianya split planchet before strike error kerana dua saiz ketebalan ini didapati jumlahnya hampir sama banyak.
   Bagi perkongsian dgn ahli2 Numis depankanta pamirkan beberapa spesimen syiling 1 sen 2005 dan 5 sen 2001 yg mempunyai ketebalan yg ketara berbeza.

                          Syiling 5 sen 2001,jelas perbezaan ketebalan antara 2 keping teratas dan 2 keping dibawah
                                  Tahun yg sama tapi terdapat dua ketebalan yg ketara berbeza
                                          Jumlah yang banyak dijumpai pada kedua2 saiz ini
         
 Syiling 1 sen 2005,juga mempunyai ketebalan berbeza.Perhatikan 3 keping teratas dan 3 keping dibawah.


Bagi mengulas dengan lebih terperinci tentang perkara ini tentunya ahli2 dan pakar numis kita yg lebih layak,depankanta hanya mampu pamirkan sahaja bertujuan untuk perkongsian bersama..

6 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Kamipun pernah menemui duit syiling dengan ketebalan berbeza jika dipandang secara fizikal.
    Namun apabila ditimbang, berat mereka adalah sama.
    Mungkin ini disebabkan rim dengan ketinggian yang berbeza.
    Haha, hanya tekaan kami sahaja.
    Terima kasih banyak, depankanta :)

    BalasPadam
  2. Hi whycollect,
    Kalau ada banyak koleksi 5 sen 2001,cuba tengok perbezaan ketebalannya..sebahagianya mempunyai hanya 1/2 ketebalan dari yg lain,ini tidak melibatkan ketebalan rim.
    Juga kalau ada masa dan peralatan yg cukup mungkin boleh dilihat pada semua tahun bagi syiling 1 & 5 sen siri ke2..
    Terima kasih banyak2 whycollect...

    BalasPadam
  3. Hi Mr Dickson,
    Kalau diperhatikan pada syiling 5 sen 2001 dan 5 sen 2006 ianya melibatkan ketebalan sebenar planchet syiling berkenaan,tentu keadaan ini bukan hanya sekadar edge variety....
    Hanya pendapat depankanta..hehe
    Terima kasih banyak2 Mr Dickson...

    BalasPadam
  4. Salam depankata.
    seorang kawan pernah beritahu saya, planchet coins di Malaysia ni tak dtg dari source yg sama setiap masa. Mungkin sebab itu ketebalannya berbeza. Kawan itu banyak ilmunya cuma dia tak suka berkongsi. Saya tiada ilmu dalam hal ni. Sori tak dapat bantu.

    BalasPadam
  5. Salam lunaticg,
    Agak menarik kalau nak dibincangkan ketebalan syiling 1 & 5 sen ini..Biasanya pakar2 numis merujuk pada spesifikasi yg diterbitkan bagi mencari satu standard syiling,realitinya bila ketebalan ketara berbeza,beratnya pun akan berbeza.
    Harap ada dari kalangan pakar2 kita akan tampil menjelaskan tentang spesifikasi ini mengikut apa yg ada dalam edaran...
    Salam dan terima kasih banyak2 lunaticg,nanti lunaticg pujuk dan ambil banyak2 ilmu dari kawan tu...hehe

    BalasPadam