Khamis, 22 Disember 2011

1/4 sen commissioners of currency Malaya?

Sekeping syiling 1/4 sen cembong 1932  commissioners of currency Malaya ini tidak diketahui asal usul dan status samada ianya syiling palsu, syiling kenangan atau hanya token?...Depankanta ada menerima pertanyaan dari kawan2 tapi tidak pasti apa jawapan sebenarnya.....Mungkin pakar 2 dan otai2 numis boleh membantu...
                                        
                                         Muka dan bahagian belakang syiling

                                Dari sisi syiling ini kelihatan cembong yg ketara....
         Kalau di bandingkan dgn syiling 1/2 sen commissioners of currency Malaya ,syiling cembong ini sangat kasar buatannya..Mungkin ianya juga ditempa menggunakan die.
                                (INFO TERKINI TENTANG SYILING INI DIPEROLEHI  DARI BLOGGER DAN PAKAR NUMIS WHYCOLLECT DAN MR DICKSON NIEW MENGESAHKAN SYILING INI ADALAH PALSU DAN DIBUAT MENGGUNAKAN ACUAN (CASTING)
  
  Syiling palsu STRAITS SETTLEMENTS 3/4 CENT 1801


12 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Kami berpendapat syiling yang dipaparkan disebelah kiri itu adalah duit palsu.
    Mengikut rekod, tiada lagi denominasi 1/4 dipakai selepas era King George V ketika pentadbiraan Straits Settlements.
    Terdapat satu jenis duit syiling palsu berdenominasi 3/4 dengan bentuk tempaan serupa syiling ini juga.
    Terima kasih banyak, depankanta :)

    BalasPadam
  2. Hi Whycollect,
    Agak misteri syiling palsu ini,syiling palsu biasanya dikeluarkan sama denominasi yg diguna pakai untuk mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa tapi syiling ini dikeluarkan dgn denominasi yg berlainan,apa tujuannya?..
    Terima kasih banyak2 whycollect...

    BalasPadam
  3. Hi depankanta,
    Pada satu ketika, kami mendapati syiling 'novelty' ini termasuk denominasi yang tidak wujud agak banyak dijual di pasaran terbuka.
    Kami pernah menjumpai sekeping SS 3/4 cent dijual di satu kedai antik dengan harga melebihi 100 ringgit :)

    BalasPadam
  4. Hi Whycollect,
    Mungkin juga syiling begini dikeluarkan pada era syiling moden bertujuan untuk jual pada pengumpul syiling2 klasik..Beberapa keping syiling ini yg dijumpai adalah dalam keadaan cantik spt syiling diatas..Nampaknya pakar2 numis tidak memberi apa2 nilai pada syiling ini sebagaimana pada syiling palsu rm1 dan 50 sen moden...
    Terima kasih banyak2 whycollect..

    BalasPadam
  5. Syiling -syiling palsu jenis ini sudah muncul sejak 20 tahun yang lalu.Banyak yang dikilangkan di negeri-negeri Utara.Denominasi termasuk 1/4,2/4,3/4,1/3,2/3 dengan obversenya berpotrait Queen Victoria,King George Ke Enam.Semua boleh dilihat dalam koleksi saya.
    Cara buat ialah die casting!

    BalasPadam
  6. Nilai duit syiling palsu dengan denominasi sen ialah antara RM12.00 hingga RM15.00.
    Kalau Period counterfeits era Queen Elizebeth II adalah lebih mahal,terutama sekali yang denominasi 50 sen rare dates,boleh capai hingga Rm50.00 untuk yang UNC.

    BalasPadam
    Balasan
    1. syiling palsu SS VICTORIA QUEEN 3/4 CENT 1801 info plzz

      Padam
  7. Hi Mr Dickson,
    20 tahun lalu bererti sekitar tahun 1990an..By legal pembuat syiling ini tidak ada masalah undang2 kerana bila syiling ini sudah dinyah nilai dan ianya hanya menjadi logam empat segi biasa.
    Akan menjadi kesalahan jika logam ini didakwa sebagai syiling!..INI PENDAPAT DEPANKANTA SAJA..HAHA
    Depankanta ada sekeping syiling palsu SS VICTORIA QUEEN 3/4 CENT 1801 yg cembong..nanti akan dimasukkan dlm post ini..
    Terima kasih banyak2 Mr dickson.

    BalasPadam
    Balasan
    1. syiling palsu SS VICTORIA QUEEN 3/4 CENT 1801 info plzz

      Padam
  8. org kata ini adalah duit dari alam bunian...? btl ke?? sy mmg ada 2 keping 3/4 sen dan 1/2 sen duit jenis ini. ada sape berminat sila reply msg ini blk.. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan nk tgok syiling Alam sebelah..?mmg lain rupa syiling alam sebelah tu tuan..fizikal die lebih besar sedikir dr duit yasin...dan 3/4 dan 1/2 tu bkn la seperti alam sebelah yg tuan maksud kan....sy pon memiliki juga syiling 1/2 1/3 1/4 3/4 (1/4 sarawak)

      Padam
  9. syiling palsu SS VICTORIA QUEEN 3/4 CENT 1801 info plzz

    BalasPadam