Sabtu, 31 Disember 2011

DEPANKANTA BERTEMU MR DICKSON NIEW

    Kunjungan ke kedai numis Mr Raymond di Maju Junction KL menemukan depankanta dgn seorang pemuda yg memperkenalkan diri Mr Mahadevan,dari perbualan singkat dgn beliau depankanta dapat mengagak beliau juga seorang peminat syiling error dan berpotensi untuk meneroka bidang ini lebih jauh.Mr Mahadevan juga merupakan kenalan Mr Dickson Niew yg telah lama depankanta ingin bertemu.
       Keesokan harinya depankanta cuba untuk mengunjungi sifu Mr Dickson di Subang Jaya namun kesibukan beliau dan kesuntukan masa depankanta menyebabkan pertemuan kami ditangguhkan pada keesokan hari.Akhirnya pada pagi 31.12.2011 kami bertemu di KL Central dalam suasana yg seolah2 bertemu kawan lama.
     PERTEMUAN PERTAMA PENUH MESRA DENGAN PAKAR ERROR MR DICKSON NIEW

                     PERTEMUAN YANG SINGKAT TAPI MASIH SEMPAT MEMBELEK SYILING.

                        MENUTUP AKTIVITI NUMISMATIK UNTUK TAHUN 2011 DENGAN BERTEMU MATA DENGAN MR DICKSON NIEW MENINGGALKAN SERIBU KENANGAN PADA DEPANKANTA.
      "SELAMAT TAHUN BARU 2012 PADA MR DICKSON NIEW SEKELUARGA DAN UNTUK RAKAN2 BLOGGER NUMISMATIK, JUGA PELAWAT YG SENTIASA MEMBERI GALAKAN UNTUK KEMAJUAN NUMISMATIK MALAYSIA".
 
   

12 ulasan:

  1. Hi Depankanta,
    Terlalu gembira bila sempat dan dapat bertemu dengan depankanta di KL.
    Selamat Hari Raya 2012 kepada kamu dan En Mohd Noor dan sekeluarga! Tolong kirim salam kepada Cik Md Noor.
    Tunggu!Saya pasti datang ke Kelantan untuk menikmati nasi kelabu yang saya idam-idamkan!Ha!ha!

    BalasPadam
  2. Hi Mr Dickson,
    Bila dua penggemar syiling error bertemu,masa menjadi sangat cepat berlalu.2 jam kita duduk semeja rasanya macam 20 minit saja..haha
    Mohd Nor juga nampaknya mula minat dgn syiling error,nanti depankanta akan memberi panduan pada dia.
    Negeri Kelantan sentiasa mengalu2kan kedatangan Mr Dickson dan kalau dulu Mr Dickson mungkin tiada kawan Numis disini tapi sekarang sudah ada depankanta yg sedia bawa Mr Dickson makan nasi kerabu...
    Terima kasih banyak2 Mr Dickson...

    BalasPadam
  3. Hello, 2 jam mana cukup? haha.
    Begitulah bila kawan yang mempunyai minat yang sama berasa apabila bertemu.
    Masa memang rasanya cepat berlalu, haha.
    Tahniah atas pertemuan depankanta dengan Dickson itu :D

    BalasPadam
  4. Hi Whycollect,
    Memang betul,2 jam memang sangat singkat.Banyak perkara yg nak dibincangkan bila bertemu Mr Dickson.Apa boleh buat depankanta terpaksa minta diri sebab kawan2 lain dah tunggu utk bertolak balik ke Kelantan.
    Rindu pada Mr Dickson sudah terubat,rindu pada whycollect belum lagi selesai..haha
    Harap kita juga akan berpeluang bertemu spt ini untuk berkenalan dgn lebih dekat lagi...
    Terima kasih banyak2 whycollect...

    BalasPadam
  5. Hi depankanta,
    Tidak boleh hidup jika tak ada aktiviti, dan tiada nyawa jika tidak ada interaksi, haha.
    Ya, Insya Allah, kita akan bertemu, satu hari kelak.
    Kita pergi cari Dickson, minta kasi syiling error foc hahaha.
    Bergurau, aje, Dickson :D
    Namun jika kita bercakap secara serius, kami berpendapat seseorang pengumpul syiling error terpaksa juga menyediakan sebahagian buget untuk membeli syiling error ini jika mahu maju dalam hobi berkenaan.
    Jadi, dalam keadaan sedemikianlah, En. Dickson akan menjadi orang yang sangat penting bagi kita. Beliau akan menjadi orang perantaraan dan penasihat kepada kita untuk memperoleh syiling error major yang selalu dijadikan buruan para pengumpul. Semoga depankanta terus maju dalam hobi serba faedah ini :)

    BalasPadam
  6. Hi whycollect,
    Wah best sangat2 kalau jadi sebagaimana yang dicadang oleh whycollect tu..Nanti depankanta bawa keropok banyak2,kita sembang sampai habis keropok!..haha
    Hari tu bersama Mr Dickson,baru sempat belek 2 keping syiling dah ambil masa 2 jam.Kalau 100 keping syiling tak tau laa..haha
    Depankanta sangat mengharap penemuan dgn whycollect pula akan datang nanti.
    Bagaimanapun kita hanya merancang dan tuhan akan tentukan bila penemuan itu..Insya Allah.
    Terima kasih banyak2 whycollect

    BalasPadam
  7. wow, syoknya, aku ajer tak berkesempatan lagi ke kedai uncle Dickson di subang jaya.

    BalasPadam
  8. Salam syiling peringatan Malaysia,
    Bukan sukar untuk menemui Mr Dickson,hanya kena rancang masa yang sesuai.Beliau begitu cepat mesra dan dapat menyesuaikan diri dengan berbagai lapisan dan golongan..
    Alangkah bagusnya kalau kita berjumpa ramai2 blogger numis,nanti macam2 wang kertas dan syiling akan dapat dilihat..
    Terima kasih banyak2 syiling peringatan malaysia

    BalasPadam
  9. salam depankanta
    bestnya...dapat jumpa 2 sifu error
    dalam satu masa, pasti banyak cerita
    yang dapat dikongsi bersama.

    BalasPadam
  10. Salam duacongkak,
    Depankanta hanya otai,yg sifu ialah Mr Dickson.Memandangkan bidang syiling error adalah baru bagi kita semua biarlah Kita sama2 bergerak seiring menjelang 2012 ini.
    Cadangan untuk berkumpul beramai2 blogger2 numis yg sering kunjung-mengunjung adalah cadangan terbaik.
    Duacongkak juga antara blogger yg depankanta kepinginan untuk berjumpa...
    Salam dan terima kasih banyak2 duacongkak

    BalasPadam
  11. Depankanta sudah lama saya nak lihat dinar atau dirham Kelantan versi Kerajaan Kelantan sekarang..kalau boleh dipaparkan...Tq Syed

    BalasPadam
  12. Salam dan terima kasih sdr Syed,
    InsyaAllah akan diusahakan...Terima kasih kerana sudi melawat blog depankanta...

    BalasPadam