Rabu, 7 Disember 2011

DIE CLASH 50 SEN PALSU

"SELAMAT KEMBALI KE SASANA BLOGGER NUMISMATIK",ISTIMEWA UNTUK  BLOGGER WHYCOLLECT.
                  Setelah menghilang sekian lama,sebagaimana yg dijanjikan akhirnya rakan blogger WHYCOLLECT muncul kembali ke arena Numismatik bagi memeriahkan semula blog2 numis yg ada.Depankanta dan rakan2 blogger yg lain dengan gembira mengucapkan selamat kembali semoga whycollect bertambah ceria dan "membawa pulang" berbagai koleksi yg istimewa untuk dikongsi bersama..

                  Setiap kali terpandang syiling ini depankanta akan segera mengingati whycollect....


          Untuk perkongsian bersama dalam post ini,dipamirkan sekeping syiling palsu 50 sen 2000 yg jelas kelihatan kesan die clash.

              Sebagaimana yg di ketahui,syiling 50 sen palsu dibuat menggunakan kaedah atau proses yg sama dengan syiling tulin.Mereka juga tidak terlepas dari ciri2 error yg sama spt die clash ini...

                             Die clash ini terjadi pada kedua permukaan syiling...


4 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Walaupun tidak sempat buat posting, sebenarnya whycollectpun langsung tidak boleh melupakan sama sekali kawan-kawan di internet.
    Aiya, apa nak buat.
    Kat Msia, kita kena tanya bos berapa jam kita boleh kerja, dan bukan berapa jam kita kena kerja, haha.
    Haha, kami berasa amat gembira juga kerana depankantapun berjaya memperoleh syiling 1sen dengan extra comma itu.
    Kami sengaja memilih varieti duit syiling berkenaan kerana ia bersimbolik humility atau kerendahan hati.
    Hehe, duit syiling palsupun ada error macam syiling 50sen comel dimiliki Dickson itu.
    Tahniah, depankanta :)

    BalasPadam
  2. SELAMAT KEMBALI SEMULA WHYCOLLECT,
    Terima kasih banyak2,dari dulu lagi depankanta tertanya2 kenapa dalam banyak2 item,syiling 1 sen yg begitu simple ini dijadikan "pengganti diri"whycollect..Depankanta berusaha mencari syiling yg sama..Hebat falsafah yg whycollect dapat dikaitkan dgn syiling ini..macam Confucius..
    Syiling palsu yg dipamirkan ini bertujuan utk membuktikan bila coining process sama jenis error yg terjadi juga sama tak kira palsu atau tulin...
    Terima kasih banyak2 whycollect,semoga bertambah sihat dan ceria...

    BalasPadam
  3. SALAM kpd rakan2 dan tuan DEPANKANTA, menarik sungguh info dan gambar yang dikongsi bersama. saya ingin bertnya, adakah 50sen yang mempunyai wau dalam kedudukan 'menegak' merupakan duit palsu? dan 50sen yang mempunyai kedudukan pukul 11.30 merupakan yang orginal?

    sekian..

    BalasPadam
  4. Salam sdr bekok,
    Mungkin maksud bekok adalah syiling 50 sen rotated die error.(mungkin syiling kepunyaan bekok itu adalah ori).Sebenarnya syiling palsu tidak boleh dikenali dgn rotated die kerana kedua2 syiling palsu dan tulin boleh terjadi fenomena ini.
    Cara mengenali syiling palsu yg terbaik adalah melalui,berat,magnetik,keadaan permukaan syiling,concentric circles,kesan tempaan yg tidak "tajam",imej dan lain2 details yg berlainan dari variti biasa..Ciri2 ini banyak dipamirkan oleh rakan2 blogger selain dari depankanta..
    Terima kasih banyak2 sdr bekok,harap penerangan ini boleh membantu...

    BalasPadam