Jumaat, 6 Januari 2012

FINNED EDGE SYILING KENANGAN

Dalam koleksi depankanta yg lebih tertumpu pada pemburuan syiling error dalam edaran,tidak banyak menyimpan syiling kenangan atau commemorative.
        Sekeping syiling rm 5 keluaran 1971 yang mengabadikan potret Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ini diperolehi dari seorang rakan beberapa tahun lalu.Setelah diteliti semula didapati terdapat ciri2 finned edge atau finned rim pada syiling ini yang jarang terjadi pada syiling commemorative.
                                        Keadaan syiling syiling agak kurang memuaskan tapi situasi inilah yg menyebabkan ianya boleh berada ditangan depankanta..hehe

                        Dengan keluaran hanya berjumlah 2,000,000 keping menjadikan syiling ini buruan pengumpul.Perhatikan rimnya yg agak tinggi pada jam 8.00 hingga 1.00.

                                   Dengan keberatan logam 28.8 gm dan diameter 37 mm tentu sukar die yg menempa syiling ini untuk memastikan kesempurnaannya...Finned edge terbentuk bila jarak antara planchet dan collar die terdapat sedikit ruang kosong.Bila hammer die menempa syiling ini rim kedua tidak sebati dgn rim pertama menyebabkan terjadi dua rim (double rim) dan akan membentuk finned edge atau finned rim.
               

4 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Wah, syiling besar ini sudah kami lupa.
    Bagus depankanta memaparkan ia semula.
    Tahniah dapatkan satu yang mempunyai edge tinggi sedikit.
    Syiling dengan saiz besar ini memang menarik namun mintagenya yang agak besar menyebabkan ia senang masih ditemui.
    Banyak terima kasih, depankanta :)

    BalasPadam
  2. Hi Whycollect,
    Sesuatu yg ekstrem biasanya sukar dilupakan,samada terlalu kecil atau terlalu besar.Syiling ini memang agak besar dan kalau dibawa untuk berbelanja boleh koyak poket..haha
    Walaupun mintagenya agak banyak tapi bagi kami di Pantai timur agak sukar untuk jumpa syiling begini.Finned edge yg ada hanya minor sahaja tapi memandangkan ianya terjadi pada syiling kenangan kelihatan istimewa...
    Terima kasih banyak2 whycollect...

    BalasPadam
  3. saya ada 1 pieces duit ni..boleh tau berapa harge sekarang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sdr Ijan hebat,
      Mengikut yang ditawarkan dalam ebay, syiling ini yg bergred BU dibuka dengan harga rm50 sekeping....

      Padam