Sabtu, 21 Januari 2012

SET ROTATED DIE 1 SEN 2005

Rotated die error merupakan kategori error yang sangat berkait dengan kecanggihan mekanikal dan  teknologi yang digunakan dalam proses penyilingan.Syiling 1 sen 2005 Malaysia siri bunga raya yg dijumpai ini  menarik untuk di kongsi bersama bagi "melihat"teknologi yg digunakan pada masa itu.
      Ramai pakar2 meramalkan dengan peningkatan teknologi dalam pembuatan syiling,semakin lama semakin sukar dijumpai syiling2 rotated die error.
      Hasil pemburuan selama 3 tahun dari entah berapa puluh (atau ratus) ribu keping syiling,akhirnya depankanta dapat susunkan beberapa keping syiling 1 sen ini mengikut perkembangan rotation error yg terjadi.
     Syiling 1 sen 2005 menjadi fokus pencarian depankanta kerana mengikut pendapat depankanta pada tahun  berkenaan banyak syiling2 1 sen error yg terlepas kedalam edaran.
                    Susunan mengikut darjah rotated error dari kiri bawah ke kanan.Bermula dari 10 darjah hingga 135 darjah.Ditengah2 adalah syiling normal dgn 0 darjah..Kesemua syiling ini adalah terpusing imejnya kekiri iaitu mengikut pusingan jam (CW)..
                    Depankanta masih memburu syiling 180 darjah bagi melengkapkan pusingan rotated die errors bagi syiling 1 sen 2005 ini.
Kiraan darjah mungkin "lari" sedikit kerana proses mengatur syiling2 ini untuk diambil fotonya agak sukar.Sekiranya berkesempatan mungkin syiling2 ini akan dipamirkan dimana2 untuk memberi peluang pada peminat2 syiling error melihat sendiri perubahan pusingan darjah dari sekeping ke sekeping syiling2 ini.

Mengikut kiraan biasa antarabangsa,dua kaedah kiraan yg digunakan iaitu:
                   Rajah 1: kiraan 360 darjah             Rajah 2: kiraan 180 darjah
   Sebagai contoh: sekeping syiling rotated die 270 darjah dalam kiraan dirajah 1 tapi ianya adalah CCW 90 darjah dalam kiraan rajah 2.

Perbincangan antarabangsa untuk topik ini dapat diikuti dalam:
http://www.coincommunity.com/forum/topic.asp?TOPIC_ID=70248

7 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Wow, kiranya banyak rotated die bagi sesuatu tahun yang depankanta sudah perolehi.
    Phew, macam ini, agaknya susah nak lawan dengan depankanta, haha.
    Memang kagum dengan ketekunan yang ditunjukkan.
    Semoga depankanta berjaya mencari specimen 180 darjah itu :D

    BalasPadam
  2. Hi whycollect,
    Kebetulan dalam stok depankanta dijumpai syiling 1 sen 2005 secara bersiri CW dan CCW yg berturutan rotationnya.Untuk post ini dipamirkan dulu yang CW.
    Sesiapa saja boleh menemui syiling begini sekiranya ada stok syiling 1 sen yg banyak dan sudi luangkan masa untuk membeleknya..hehe
    Harap2 akan muncul spesimen 180 darjah bagi melengkapkan pusingan diatas..Whycollect pun mungkin akan banyak pamirkan syiling2 istimewa selepas mendapat mood NAGA nanti!..haha
    Terima kasih banyak2 whycollect..

    BalasPadam
  3. Salam depankanta,
    Wah bagi saya harga set syiling ini jauh lebih mahal daripada koleksi yang dijual di kedai-kedai. Nilainya bukan terletak pada nilai koleksi itu, tapi kepada usaha yang dicurahkan untuk mendapat koleksi set hampir lengkap seperti di atas. Saya mendoakan depankanta akan berjaya melengkapkan koleksi di atas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam mnfaj,
      Nilai syiling error di Malaysia nampaknya masih rendah jika kita bandingkan dgn negara2 lain,kita banyak beri tumpuan pada syiling2 dan wang kertas rare.Usaha yg dimainkan oleh Mr Dickson,nucoins,mnfaj dan whycollect dalam mempromosikan syiling2 error adalah besar dan semakin hari semakin ramai pengumpul kita mula berkenalan dgn syiling2 error Malaysia.
      Set rotated die memang boleh disirikan begini sekiranya kita rajin mengumpul dalam kategorinya,cuma nak cari yg lebih 100 darjah agak sukar..nanti depankanta akan pamirkan pula siri CCW 1 sen 2005..
      Terima kasih banyak2 mnfaj

      Padam
  4. Bagus,tingkatkan usaha sehingga dapat coin-coin yang ada kesalahan acuan dimana putarannya lebih dari 180 darjah hingga 350 darjah! Good luck!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Mr Dickson,
      Terima kasih banyak2,untuk mendapat sekeping syiling 180 darjah random adalah sangat sukar apalagi untuk mencari 180 darjah tahun 2005.Apa pun selagi berpeluang,akan diusahakan untuk perkongsian bersama..
      Terima kasih banyak2 Mr Dickson.

      Padam
  5. Saya ada sekeping 1 sen 2005 gambar depan belakang terbalik 180 degre CW wasap saya 01117955298 sy wasap gambar

    BalasPadam