Rabu, 25 Januari 2012

SET SYILING OFF CENTRE

Bagi syiling2 dalam edaran agak sukar menemui syiling2 yang major off centre,dalam pencarian depankanta hanya menjumpai syiling2 yang agak minor off centre.Kategori ini agak menarik kerana ianya dapat dilihat dengan mata kasar dan biasanya premium utk error ini dikira dari peratus off centre yg terjadi.
            Faktor utama terjadinya syiling2 begini adalah disebabkan kedudukan planchet yg tidak berada ditengah2 chamber semasa proses penempaan,keadaan ini terjadi mungkin disebabkan semua instrumen dan mesin yg terlibat semasa  proses penempaan adalah sentiasa bergerak.Sekiranya planchet tidak betul2 berada dalam chamber ia akan tertempa dalam keadaan senget dan biasa dijumpai ianya terjadi pada semua arah..
          Biasa juga dijumpai syiling2 off centre ini terjadi bersama finned edge atau broadstrike error......
                               50 sen 2007
                              20 sen 2005
                               10 sen 2008
                              5 sen 2001
                             1 sen 2005
                                            Set minor off centre siri bunga raya
         NOTA KEMASKINI: setelah disemak semula,sebahagian dari syiling diatas adalah dalam kategori misaligned die (MAD)

9 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Bagi anggapan kami, salah satu sebab major off center jarang ditemui di dalam syiling circulation adalah kerana ia pasti akan tersangkut pada mesin mengira syiling semasa di peringkat pembungkusan sebelum diedarkan.
    Dan itupun selepas mengambil kira ia berjaya melepasi peringkat QC di kilang tempaan.
    Banyak terima kasih, depankanta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Tidak dinafikan syiling2 major off center tidak akan terlepas dari mesin mengira syiling,namun kalau diperhatikan syiling2 ini tetap berada ditangan pengumpul dan ianya terjadi di seluruh dunia.Memang bidang syiling error ini agak pelik dan unik.
      Bagi depankanta cukup dan berpuas hati dgn syiling2 error yg dijumpai dalam edaran.Kadang kala syiling2 error begini diberi lebih premium dari syiling2 yg diperolehi terus dari kilang.
      Terima kasih banyak2 whycollect..

      Padam
  2. Salam depankanta,
    Ya saya setuju dengan pendapat whycollect, sukar sekali rasanya hendak mendapatkan major off-centred strike error coin di dalam sirkulasi.

    Untuk set ini, yang 20 sen dan 1 sen menyerlah berbanding yang lain-lain. Tahniah depankanta!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam mnfaj,
      Mengikut fahaman depankanta,banyak juga mesin mengira syiling yg akan dilalui oleh sesekeping syiling sebelum ianya berada dalam edaran.
      Mesin pertama yg dilalui tentunya dikilang,disini tentu banyak syiling2 yg major error tersangkut dan tidak dapat pula dipastikan bagaimana prosedur pihak kilang bagi menguruskan syiling2 ini adakah ianya dilupuskan atau dilelong antara pekerjanya (agak saja..hehe)..
      Apapun syiling2 error tetap akan berada dalam edaran yg memberi kita peluang untuk mengkaji dan menjadikannya satu hobi yg menarik..
      Salam dan terima kasih banyak2 mnfaj...

      Padam
  3. membuat lawatan sambil belajar...yang duit 1 sen tu menarik la bro..mmg terbaikkkkkkk!!!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam koleksi aku punyer,
      Kita semua saling mempelajari,bro koleksi aku punyer sendiri telah banyak kemajuan dalam bidang syiling error ini.Kita akan sering berkongsi.
      Syiling 1 sen itu pernah dipamirkan dalam post terdahulu tapi terpaksa minta dia buat catwalk sekali lagi bagi pamirkannya bersama kawan2nya..haha
      Terima kasih banyak2 koleksi aku punyer...

      Padam
  4. Depan kanta, antara off centre diatas, saya minat betul off cnetre pad syling 1 sen tersebut, sungguh unik :) Syabas!

    BalasPadam
  5. Salam iaryylr.
    Bagi depankanta penemuan syiling ini membuktikan bahawa syiling2 yg "terbaikk" masih boleh dijumpai dalam edaran sekiranya kita berusaha mencarinya.
    Walaupun secara keseluruhan dalam kategori off center ianya hanya minor error tapi depankanta berpendapat dalam syiling edaran ianya adalah major error...
    Semoga iaryylr juga akan menemui syiling2 yg istimewa untuk dikongsi bersama..
    Terima kasih banyak2 iaryylr..

    BalasPadam
  6. Saya ada off center syiling 20 sen tahun 2005 berminat boleh ws sy di 0192049530

    BalasPadam