Sabtu, 14 Januari 2012

SIRI DIE CLASH

Die clash error didapati terjadi pada hampir setiap Tahun keluaran syiling 1 sen siri bunga raya.Dalam koleksi depankanta masih terdapat beberapa tahun yg belum dijumpai.
     Bagi berkongsi dgn pelawat,dipamirkan penemuan syiling die clash error semoga pelawat juga dapat memperolehi syiling2 istimewa begini dan akan turut menemui syiling pada tahun2 yg belum lengkap ini.
     Die clash juga terdapat ciri2 progressive dimana syiling pertama yg ditempa oleh die yg rosak akan ada kesan yg jelas dan terang dan semakin lama semakin kabur imej ghostly yg kelihatan.
    
         Untuk perkongsian bersama,dipamirkan syiling 1 sen siri bunga raya die clash error pada bahagian belakang syiling
                               1990
                              1992
                             1993
                              1996
                              1999
                              2000
                              2002
                              2003
                               2004
                               2005
                               2006
                              2007

4 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Jika semua jenis variety yang sama ditunjukkan dalam satu kumpulan, mereka nampak sangat menarik.
    Mungkin juga ini salah satu cara terbaik untuk mengumpul kesemua variety yang ditemui pada sesuatu siri.
    Tahniah depankanta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Bagi peminat syiling error,pengumpulan dalam siri begini akan menimbulkan kepuasan hasil pencarian dan penemuan selama ini.Perkongsian juga penting bagi mengenal pasti mana2 yang belum ditemui.
      Nampaknya semakin ramai yg mula meminati syiling2 error dan kita kena bersedia untuk memberi panduan bergerak seiring dengan mereka...
      Terima kasih banyak2 whycollect...

      Padam
  2. Salam depankanta,
    Baru-baru ini juga saya teringin untuk mendalami segmen Die Clashed. Ini sebab baru-baru ini kewangan saya agak sempit sedikit - tiada modal untuk membeli koleksi lain. Maka apa lagi, saya tukar syiling di kedai berhampiran dan mencari siri Die Clashed sahaja, nampaknya mengikut pemerhatian dan pembacaan saya, Die Clashed boleh diklasifikasikan kepada 3 jenis yang boleh ditemui pada syiling Malaysia:

    1. Die Clash Normal - imej depan atau belakang dipindahkan secara terus.

    2. Die Clash Rotated - imej depan atau belakang dipindahkan, tetapi dipusingkan.

    3. Multiple Die Clash - imej depan atau belakang dipindahkan secara berganda.

    Apa pendapat depankanta? Mungkin ada lagi jenis lain yang boleh kita klasifikasi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali mnfaj,
      Depankanta berbesar hati dan menyokong penuh bila mnfaj ingin mendalami kategori die clash ini,Bagi kategori utama rasanya dah lengkap sebagaimana yg ditulis tu,cuma ada penemuan yg terpencil spt die clash yg terjadi pada huruf ditepi rim,rujuk post"DIE CLASH 2005"..dan ada juga ditemui die clash yg terjadi pada imej ghostly yg lain dari imej kebanyakan.
      Nanti depankanta akan pamirkan semua bentuk die clash yg ada dalam koleksi untuk rujukan dan perkongsian bersama...
      Salam dan terima kasih banyak2 mnfaj...

      Padam