Isnin, 2 Januari 2012

WORN DIE

Meneliti syiling dari sekeping kesekeping bertujuan mencari mint errors memang boleh memenatkan mata.Tambah pula bila  terjumpa syiling2 yang sukar ditentukan kategori errornya,pening kepala pula yang datang.
     Worn die adalah termasuk dalam syiling yang agak mudah terkeliru.Contohnya syiling 5 sen 2011 ini,pada mula dijumpai syiling2 yg terdapat ciri2 ini ianya adalah disangka disebabkan oleh kepanasan planchet semasa proses penempaan.Bila dijumpai beberapa syiling yg terjadi dengan kesan yang sama adalah jelas ianya disebabkan oleh die,secara tepatnya worn die.
                               Lima keping syiling 5 sen 2011 ini jelas kesan dari worn die.Perhatikan pada angka"2011"yg terjadi kedutan pada logam planchet yg berbentuk sama semuanya menandakan ianya disebabkan ketajaman imej pada die sudah rosak.

                              Kedua syiling  ini menampakkan kesan ditempa dgn die yg sudah  terlalu lama digunakan tanpa diservis atau ditukar.Logam dan rekabentuk die sangat mempengaruhi hayat dan ketahanan die.

                             Pada bahagian muka juga terdapat sedikit kesan worn die.
       
     

6 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Arg, saya sudah penat dan lesu.
    Tak laratlah!
    Demikianlah kami bayangkan jika die untuk tempaan syiling 2011 itu boleh bercakap, haha.
    Ini kerana kami mendapati banyak syiling 2011 itu mempunyai kesan2 yang dipaparkan depankanta di atas.
    Kemungkinan die lesu ini digunakan begitu banyak kali kerana BNM tidak bercadang untuk menggantikan mereka tahun depan atau disebabkan penjimatan kos.
    Apapun simpan dulu.
    Hehe, nanti boleh dikeluarkan untuk dijadikan cakap cakap syiling error.
    Terima kasih banyak, depankanta :)

    BalasPadam
  2. Hi Whycollect,
    Syiling worn die banyak dijumpai pada keluaran 2011,hampir semua deno terkena penyakit ini.
    Adakah pihak kilang membenarkan QC melepaskan syiling2 begini semata2 disebabkan tahun 2011 adalah pengeluaran terakhir siri ke-2?
    Apapun syiling2 berkenaan telah banyak berada ditangan pengumpul mungkin ini sumbangan dari kilang untuk pengumpul..haha
    Terima kasih banyak2 whycollect

    BalasPadam
  3. worn die.... yup...saya pun perasan dengan syiling seperti ini.. terima kasih DEPANKANTA kerana memberikan penerangan lanjut...

    BalasPadam
  4. Salam sdr bekok,
    Syiling worn die adalah kategori yg mudah terkeliru kerana dgn lain2 die error,ini adalah disebabkan ianya hampir sama dengan ciri2 filled die,die deterioration dll.
    Sekiranya kita memiliki beberapa syiling spt yg dipamirkan ini,jelas ianya adalah worn die kerana kesemua syiling ini sama ciri2 imej yg terjadi,tentu telah ditempa dgn die yg sama.
    Terima kasih banyak2 sdr bekok.

    BalasPadam
  5. Salam tuan,nak tanya ada harga tak worn die ni?sy ada beberapa keping syiling 5 sen 2011,worn die ketara di sepanjang tali gasing..minta pendapat.tkasih..zam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali sdr zam,
      worn die merupakan kategori yg masih samar, terdapat sesetengah pakar syiling error mengkategorikanya sebagai syiling error sementara sebahagian menganggapnya sebagai fenomena biasa dan bukan kategori error. Syiling Malaysia terdapat banyak keluaran worn die yang istimewa spt 5 sen 2011 yg tuan nyatakan...depankanta berpendapat, walaupun hari ini ianya hampir tiada premium bagi error tetapi mungkin akan diburu pada masa akan datang....terima kasih kerana berkunjung.

      Padam