Selasa, 7 Februari 2012

DIE CLASH ISTIMEWA

Biasanya ciri-ciri die clash akan dapat dilihat kesannya dibahagian tengah syiling,iaitu bahagian yg paling menonjol pada sesuatu imej.Namun kemungkinan semasa berlaku clash atau 'tertempa sesama die',kedudukan die sengat sedikit dan menghasilkan kesan yg luar kebiasaan pada syiling2 die clash.

       Sekeping syiling 1 sen 1986 ini memperlihatkan telah terjadi die yg senget dan kelihatan imej awan larat bunga raya kecil ditepi rim syiling.Die gouge juga dilihat terjadi pada syiling ini,mungkin disebabkan peralatan tajam untuk mencuci die telah terkena bahagian atas bangunan Parlimen.

                            Bahagian muka syiling 1 sen 1986
                Bahagian belakang,kesan die clash jelas kelihatan dan ianya terjadi dibahagian tengah syiling...

                        Di bahagian atas bangunan Parlimen kelihatan kesan die gouge yg cantik....

                      Ditepi permukaan syiling berhampiran rim,kelihatan kesan die clash yg jelas menunjukkan imej dua bunga raya kecil,sedangkan dibahagian tengah syiling imej die clash tidak begitu ketara.
Keadaan yang sama juga mungkin terjadi pada syiling 5 sen 2005 die clash yg pernah dipamirkan dulu...

2 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Ya, satu spesimen die clash yang menarik.
    Kamipun pernah memaparkan satu spesimen yang mempunyai tiga kali die clash dan terdapat kesan bunga raya kecil juga.
    Namun didapati spesimen depankanta pelik sedikit kerana kesan die clash kelihatan condong sedikit.
    Terima kasih banyak depankanta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Die clash nampaknya banyak juga sub-kategorinya juga,namun belum jumpa lagi berapa sebenarnya.Apa yg mampu dibuat ialah kita paparkan dulu semua penemuan,kemudian mungkin ada pakar2 boleh bantu atau kita sendiri yg terpaksa browse kemana2 laman web numis antarabangsa untuk mendapatkan kategori secara lebih spesifik..

      Kadang2 penemuan kita kecil sahaja tapi sungguh bermakna pada pengkaji syiling mint error.

      Terima kasih banyak2 Whycollect..

      Padam