Isnin, 6 Februari 2012

DIE GOUGE VS DIE CHIP

Kekeliruan antara kategori adalah perkara yg tidak dapat dielakkan dalam bidang syiling error,biasanya melibatkan kategori yg seakan sama kelihatannya pada syiling.Die chip dan die gouge adalah contoh dua kategori yg mudah terkeliru.
  Walaupun kelihatan kesan yg terjadi pada permukaan syiling agak hampir sama,sebenarnya bagaimana asal ianya terjadi kedua errors ini adalah sangat berbeza.

     DIE CHIP biasanya terjadi disebabkan kelemahan pada logam die dimana menyebabkan berlaku serpihan pada die.Bila die terserpih dan terkeluar mewujudkan ruang kecil pada die yg membentuk die chip pada syiling yg biasanya terjadi pada bahagian angka atau imej.

     DIE GOUGE boleh terjadi bila permukaan die terkena peralatan yg digunakan untuk membersih atau mengikis kotoran pada die yg mungkin dibuat secara manual,contohnya bila plak yg keras memenuhi ruang negative pada lurah2 imej kolopak bunga raya,tindakan membersihkan plak ini dibuat secara manual menggunakan alat yg tajam dan keras.Semasa proses membersihkan die ini,alat berkenaan telah tertusuk permukaan die secara tidak sengaja dan menyebabkan terjadinya die gouge error.

                          Dipamirkan tiga keping syiling 10 sen yg terdapat kesan die chip error...

                         Die chip biasanya terjadi pada angka....

                                  Dijumpai ada juga terjadi pada imej.....


                   Tiga keping syiling 10 sen dengan die gouge error..2008 dan 2011

                  Pernah syiling2 ini depankanta pamirkan sebagai die chip tapi yg tepatnya  adalah die gouge (Terima kasih untuk Nucoins),perhatikan bentuknya yg agak lebih stabil.

                  Pada syiling 10 sen 2011 terdapat kesan dibahagian fields tanpa menyentuh mana2 imej atau angka,kemungkinan ianya adalah die gouge error juga...

6 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Terima kasih banyak kerana sabar menerangkan secara teliti perbezaan di antara kedua-dua fenomena ini.
    Kami berasa sedikit hairan apabila En Dickson menunjukkan banyak specimen 50sen baru yang mempunyai die chip.
    Hehe, nampaknya tidak lama lagi depankantapun akan mengeluarkan artikel berkenaan dengan syiling baru kita.
    Teruskan usaha, depankanta :)

    BalasPadam
  2. Hi Whycollect,
    Nampaknya depankanta ketinggalan pasal syiling baru,kami diKelantan sangat sukar menemui syiling2 baru hingga hari ini(7 feb.)..Ini bukan soal utama kerana kita masih boleh melihat error pada syiling2 baru melalui rakan2 yg lain.Sifu Mr Dickson tentu sudah bersedia dgn errors syiling 50 sen baru,tunggu masa saja untuk pamirkan..

    Untuk syiling2 baru juga nanti,harapan adalah pada generasi pengumpul2 muda yg bakal pamirkan penemuan masing2 dgn ulasan dan artikel yg lebih profesional...

    Whycollect sendiri tentu akan lebih giat dgn hobi ini dan kita akan terus saling berkongsi bagi memantapkan lagi semua kategori syiling error ini.

    Terima kasih banyak2 Whycollect...

    BalasPadam
  3. Syiling Malaysia yang pamirkan Die Varieties-Die gouge yang biasa disebut-sebut oleh kolektor-kolektor tempatan antaranya ialah 1979 50 sen "DOT",1982 5 sen "DOT" dan 1988 50 sen "DOT"!

    BalasPadam
  4. Hi Mr Dickson,
    Syiling2 yg disebut oleh Mr Dickson itu merupa spesimen die gouge dalam siri Parlimen yg mendapat perhatian dari pengumpul.Bagaimana pula dengan die gouge siri bunga raya?
    Terfikir juga mengapa syiling yg disebut itu diberi premium yg tinggi sedangkan itu hanya mint error biasa,kemungkinan besar ialah pihak kilang menyedari berapa jumlah sebenar syiling2 "extra dot"itu dan jumlahnya terkawal dan sedikit.
    Terima kasih banyak2 Mr Dickson..

    BalasPadam
  5. Salam, depan kanta. Terima kasih dengan penerangan yang panjang lebar.

    NSDK.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali NSDK,
      Bidang syiling error menuntut perkongsian yang luas...Sama2 kita pelajari bidang numismatik moden yg menarik ini...TQ

      Padam