Jumaat, 17 Februari 2012

MINT ERROR 2007

2007 merupakan tahun keluaran terakhir syiling 1 sen Malaysia.Mengikut sesetengah pendapat menyatakan nilai logam termasuk kos pembuatan menjadikan nilai sebenar syiling ini adalah 3 sen,berbanding nilai mukanya tetap 1 sen.Mungkin  ini menjadi salah satu sebab kerajaan mengambil keputusan untuk menghentikan keluarannya.

Selain faktor kos pengeluaran,syiling 1 sen juga didapati tidak begitu praktikal pengunaannya kalangan orang ramai.Sekiranya rakyat Malaysia masih aktif menggunakan syiling-syiling 1 sen ini mungkin kerajaan boleh pertimbangkan untuk meneruskan pengeluaran syiling 1 sen dgn mengurangkan kos spt.menggunakan logam yg lebih murah.

    Syiling 1 sen 2007 masih banyak yg dijumpai dalam gred UNC dan sekiranya bernasib baik akan menemui berbagai error sebagaimana syiling2 1 sen yg lain.Untuk perkongsian kali ini depankanta pamirkan satu penemuan fenomena baru pada syiling 1 sen dan ianya dikesan hanya terjadi pada syiling 1 sen 2007.

                           Bahagian belakang syiling 1 sen 2007,perhatikan pada angka "2007" dan legend "BANK NEGARA MALAYSIA"

                          Contoh Paling ketara ialah pada angka "20",yang terdapat kesan nipis sejenis benda asing yg terdapat pada bahagian bawah angka itu seolah2 sesuatu percikan yg disebabkan tempaan syiling ini.

                          Pencarian depankanta menemui beberapa keping syiling 1 sen 2007 yg terdapat fenomena yg sama.Dipamirkan disini 6 keping syiling yg sama kesan errornya.
Memandangkan depankanta belum berpengalaman dgn fenomena ini,sukar untuk mengagak ianya termasuk dalam kategori mana.Yang pasti ini adalah mint error....

2 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Semua syiling masih berkilau ini pasti boleh disimpan dan akan diminati ramai pada masa akan datang.
    Apatah lagi jika mempunyai kecacatan juga.
    Tahniah depankanta :)

    BalasPadam
  2. Hi Whycollect,
    Sekirnya kita berusaha,masih boleh dijumpai syiling2 1 sen 2007 dalam gred spt BU/UNC terutama yg baru keluar dari tabung2 ayam.

    Error pada syiling diatas sukar dijelaskan kerana belum ada spesimen yg sama dipamirkan oleh mana2 blogger untuk dibuat perbandingan.Diharap whycollect juga berpeluang memiliki syiling2 begini dan boleh memberi sedikit analisa tentangnya.

    Terima kasih banyak2 whycollect.

    BalasPadam