Selasa, 20 Mac 2012

10 SEN S3M DIE GOUGE

Die gouge error merupakan satu keistimewaan pada syiling Malaysia terutama pada siri Parlimen spt 5 sen 1982,50 sen 1979 dan 1988,syiling2 ini menjadi buruan pengumpul dan dilihat semakin berkurangan dipamirkan untuk jualan.

      Syiling 10 sen S3M juga telah dijumpai terdapat fenomena ini.Penemuan pada syiling S3M ini dilihat dapat menjelaskan apa yg terjadi sebenarnya.Selain die gouge error yg terjadi pada syiling ini,juga dapat dilihat minor off center dan filled die error.

             Kedudukan "extra dot" yg merupakan die gouge error berhampiran rim tepat pada jam 12.00 pada bahagian belakang syiling.


                     Tiga fenomena error dijumpai pada bahagian belakang syiling ini.

                  Minor Off center

                      Filled die,yg dapat dibezakan dgn worn die kerana tidak semua imej dan fields permukaan syiling ini terjejas. Worn die akan menjejaskan seluruh permukaan syiling secara serata.

                      Die gouge dijumpai pada beberapa keping syiling 10 sen S3M
                  Depankanta berpendapat "extra dot"yg terjadi pada syiling ini adalah kerana die telah tertusuk alat keras yg digunakan untuk membersihkan imej titik yg terdapat pada bahagian muka syiling.Andaian ini dibuat adalah kerana bentuk bulat-leper yg terjadi adalah sama saiz dan bentuknya.


BERITA NUMISMATIK TERKINI: DALAM AKHBAR KOSMO HARI INI 21.3.2012 TELAH TERSIAR BERITA NUMISMATIK MALAYSIA PADA HALAMAN VARIA 27,DUA ORANG PAKAR NUMISMATIK MR LAWRENCE DE SOUZA DAN MR DICKSON NIEW MEMBERI PENERANGAN BERKAITAN NUMISMATIK SEMASA KHUSUSNYA SYILING 10 SEN 1971.


     SYABAS UNTUK MR LAWRENCE DAN MR NIEW....."SELAMAT MAJU JAYA NUMISMATIK MALAYSIA"

2 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Tahniah, tiga kali tahniah, depankanta.
    Kerana menjumpai tiga variety ini.
    Haha, kamipun belum ada kesempatan untuk memulakan pencarian syiling2 berkenaan kerana kesuntukan masa.
    Namun kesemua specimen yang telah dipaparkan depankanta pasti menyenangkan kerja kami apabila hendak mula.
    Terima kasih banyak, depankanta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Seperti biasa depankanta hanya mampu pamirkan syling2 yg kesan errornya agak minor.Hingga kini belum ada dilihat mana2 blog yg pamirkan error yg hebat2 sebagaimana yg ada dalam koleksi Mr Dickson dan whycollect...

      Kebanyakan error pada syiling Malaysia ada fenomena die progressive,jadi mungkin dari spesimen yg dipamirkan ini akan muncul pula error yg lebih besar...

      Terima kasih banyak2 whycollect...

      Padam