Ahad, 18 Mac 2012

50 SEN S3M,RIM ERROR

Membicarakan error pada syiling keluaran terbaru BNM, S3M tidak terkecuali ianya berkaitan dgn siri2 keluaran terdahulu.Banyak perubahan telah dibuat pada siri ketiga ini berbanding dgn perubahan dari siri pertama ke siri kedua. Paling ketara adalah saiz dan logam yg digunakan adalah seiring dgn negara2 lain yg lebih mengambil kira kos pengeluaran setiap keping syiling agar tidak melebihi nilai muka.Reka bentuk pada syiling siri ketiga,meskipun berbagai cerita kontroversi yg timbul ianya tetap akan menjadi syiling kegunaan kita seharian.

     Syiling 50 sen S3M dgn motif sulur kacang lebih menampakkan ciri2 traditional Malaysia berbanding dgn denominasi lain.Bagi depankanta yg tinggal jauh di Timur semenanjung ini masih sukar menemui syiling2 S3M.Dalam beberapa keping koleksi yg ada tiba2 terpandang sekeping syiling yg agak istimewa.

   Bentuk pada tepi syiling ini yg lebih dikenali dgn spanish flower telah memperlihatkan  kesan lebihan logam yg jelas ianya adalah mint error.Hingga kini depankanta menganggap syiling ini paling rare dalam penemuan S3M.(dipamirkan berbagai sudut syiling 50 sen S3M utk perkongsian)


                   Bahagian belakang syiling 50 sen S3M kelihatan dua tempat lebihan logam telah muncul.(foto tanpa flash)
                       
Kesan yg kelihatan ini menjadi persoalan samada ianya striking error atau die error?(foto dgn flash)
Sekiranya striking error,ianya melibatkan collar die atau die ketiga dan error ini terbentuk sebagaimana finned rim error


 Sekiranya fenomena ini adalah die error,ianya adalah rim cud atau ciri2 die chip juga memungkinkan terjadi begini.


Bahagian sisi syiling ini nampak jelas ketinggian logam terlebih itu dan tiada kesan2 PMD.
Pandangan dari muka syiling ini juga menampakkan sedikit logam itu terkeluar.


4 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Wow, begitu awal siri ini dimulakan, sudah menjumpai error macam ini.
    Satu penemuan yang menarik.
    Nampaknya, kualiti syiling siri ini kurang memuaskan.
    Kita pasti akan memperoleh puncanya bila tunggu lama sedikit.
    Seperti mana yang telah dinyatakan Dickson di dalam blognya dulu, bukannya senang untuk mencari syiling2 ini dalam gred tinggi.
    Terima kasih banyak depankanta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Bila terjumapa syiling ini,depankanta cuba cari dlm google searh untuk mencari error yg sama kalau2 ada terutamanya pada 2cent euro yg mempunyai bentuk yg sama.Nampaknya belum ada dipamirkan.

      Pendapat awal depankanta ini adalah striking error yg melbatkan kesilapan pada collar die.Apapun kita tunggu penjelasan dari pakar2 kita spt Nu dan Mr Dickson.

      Memang sangat jelas spt kata Mr Dickson syiling2 S3M mudah tercalar dan sukar dicari yg bergred tinggi,melainkan kita tadah plastik terus semasa ianya keluar dari mesin!..haha

      Terima kasih banyak whycollect...

      Padam
  2. salam depankanta..
    wah hebat depankanta siri baru pn dah dapat y error..teringin berjumpa dngan depankanta..bila agak nya dpt bertemu,buleh tubik minum air lepah2 ni..hehe..masih banyak perlu dipelajari....TQ depankanta

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali NMF,
      Syiling S3M nampaknya masih mewarisi errors siri2 sebelum ini.Tidak banyak perubahan yg dilihat pada sudut error walaupun S3M sudah banyak dibuat perubahan pada fizikalnya.

      Kalu nak jumpa oyat la,nanti kita gi make nasi kabu P.Mas.Lebih lapang jika hari minggu...

      Terima kasih banyak2 NMF

      Padam