Selasa, 27 Mac 2012

PRE-STRIKE DAMAGE

Pre-strike damage planchet bukan satu kecacatan yg popular pada syiling Malaysia,kategori error ini jarang dapat dilihat dalam mana2 blog pengumpul.Pada siri bunga raya ianya ada dijumpai terjadi pada syiling 20 sen berbagai tahun pengeluaran.

       Bagi memperkayakan lagi pengetahuan tentang berbagai kategori error,depankanta lampirkan nota dari nucoins berkaitan pre-strike damage error ini.

               "Bentuk garis itu memang penting untuk menentukan jenis kecacatan itu. Kalau bukan bertebing yang dikatakan malah berbentuk parit dan dah disahkan bukan dibuat luar kilang, ia dikatakan sbg 'pre-strike damage=PSD'(kecacatan sebelum tempaan?) atau mechanically damaged planchet. 
PSD boleh berlaku dikilang dan kecacatan mungkin berbentuk garis parit (cut marks), rolling indentation atau gouged,scraped dll.
Category> planchet >damaged planchet> mechanically damaged planchet."

             Penerangan yg lengkap belum mencukupi untuk mengaitkan sesekeping syiling dgn error tertentu.Pengalaman,pengetahuan serta pemerhatian yg tepat adalah penting dalam memastikan setiap kategori error.Sering kali beberapa jenis error menjadi perbahasan dikalangan pakar2 syiling error dan situasi ini adalah perkara biasa dan akan membawa implikasi yg baik untuk perkembangan ilmu.

               Beberapa keping Syiling 5 sen s3M dijumpai terdapat kesan pre-strike damage...Ciri utamanya ialah kesan berparit (negative) pada permukaan syiling.


                           Tiga keping syiling yg dijumpai kesan yg sama ini menimbulkan persoalan adalah ini PSD atau ianya dalam kategori die errors...

                           Sekeping syiling 20 sen s3M ini ada kesan ys sama....

                       
                         
ReplyDelete

2 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Contoh PSD yang menarik.
    Kamipun pernah menemui kecacatan sedemkian.
    Ya, betul kata depankanta.
    Ia jarang disebut para pengumpul.
    Terima kasih banyak depankanta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Kita sering mengabaikan syiling2 PSD kerana menganggapnya terguris oleh sesuatu,ini adalah kerana kesan berparit (negative) yg dilihat pada syiling ini.Jika kita perhati dgn lebih teliti akan kelihatan garis berparit itu berada dibawah huruf atau angka.Ini akan membezakan syiling PSD dgn PMD.

      Terima kasih banyak2 whycollect...

      Padam