Khamis, 29 Mac 2012

SYILING BERBICARA 6,RIM ERROR

           Meneliti sesekeping syiling bagi menentukan samada ianya terdapat ciri2 mint errors atau PMD memang satu tugas yg sukar.Walaupun anda seronok dgn penemuan syiling2 yg disahkan error tapi jangan mudah ketepikan syiling2 yg dianggap PMD kerana mungkin penemuan itu juga satu error yg unik.

             Sekeping syiling 50 sen 1988 ini telah meragukan samada ianya PMD atau struck through error atau lain2 error....Terdapat kesan pada rim yg kelihatan terkena sesuatu..

                Kesan dibahagian belakang syiling dapat dilihat pada rim sekitar jam 8.


               Kesan itu tidak menjejaskan bahagian muka syiling...

             Pemerhatian pada sisi syiling tiada kesan tebing sebagaimana syiling2 PMD

             Kemungkinan ada sesuatu yg menghalang die atas dan collar die semasa menempa syiling ini.

                 Tidak kelihatan juga kesan dikikis semula pada sisi syiling ini....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan