Ahad, 8 April 2012

5 SEN S3M,REPAIRED DIE

Sekali pandang syiling 5 sen s3m 2012 yang calar balar ini menyebabkan sangkaan menyatakan ianya adalah syiling PMD yg terkena sesuatu semasa dalam edaran.Bila dijumpai beberapa spesimen yg terdapat tanda-tanda yg sama menyebabkan penelitian terperinci terpaksa dibuat,hasilnya jelas menunjukkan syiling ini adalah repaired die error.

         Membaiki atau membersihkan semula permukaan die adalah rutin biasa dalam  proses penyilingan.Die yg sudah lasak menempa terlalu banyak syiling tentu akan mengalami kerosakan atau setidak-tidaknya akan timbul bintik2 seperti kaviti yg perlu dibersihkan.Proses menggilapkan semula die sepatutnya dilakukan dgn teliti supaya pada akhirnya permukaan die akan licin dan berkilat semula.Die yg gagal digilap sepenuhnya akan menghasilkan syiling spt yg dipamirkan ini.

       Bahagian muka syiling 5 sen s3M 2012.Kesan calar yg halus dgn garis melintang kelihatan dgn jelas..Menimbulkan keraguan....

                       Bila empat keping syiling terdapat ciri-ciri yg sama,tentu ianya adalah disebabkan oleh sesuatu yg ada pada permukaan die atau die errors.Perhatikan kedudukan garis2 halus pada keempat2 syiling ini...
                        
    Sekiranya difokus pada tempat tertentu jelas menunjukkan persamaan pada garis2 ini...

                 Syiling 1
              Syiling 2
              Syiling 3
              Syiling 4

              Persamaan pada garis2 keempat-empat syiling ini....

                   Bahagian belakang syiling 5 sen s3M tersebut...

Ciri2 repaired die pada syiling 1 sen 1993 pernah dipamirkan dalam post terdahulu.Walaupun garisnya agak lintang pukang tapi ianya masih membentuk bulatan....


         
                   Ciri2 syiling diatas berlainan dgn syiling2 lathe lines yg lebih kelihatan lebih teratur garis2 halusnya yg membentuk concentric circles....


2 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Nampaknya depankanta perlu menyimpan keempat-empat syiling ini untuk memastikan mereka bukan kesan calar.
    Pengumpulan sedemikianpun amat menarik juga terutama jika boleh memperoleh sejumlah besar syiling sedemikian.
    Hehe, kepuasan adalah apabila berjaya mengumpul sejumlah besar syiling sejenis dengan kecacatan sama dalam gred tinggi.
    Semoga depankanta terus berjaya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Secara kebetulan depankanta perolehi syiling2 ini,pada awalnya disangka syiling s3M biasa saja bila diteliti ada sesuatu luar biasa pada syiling ini.

      Repaired die dgn garis sangat halus begini memang sukar dikesan melainkan pada syiling yg bergred tinggi.Progressive Error ini berlawanan dgn die crack yg semakin membesar tapi repaired die error semakin lama semakin hilang kesannya.

      Harap suatu hari nanti depankanta boleh tumpang mana2 tempat pamiran syiling bagi pamirkannya kepada peminat syiling error..

      Terima kasih banyak2 Whycollect...

      Padam