Ahad, 1 April 2012

50 SEN S3M DIE GOUGE

Syiling Malaysia s3M yg baru beberapa bulan diedarkan untuk orang ramai tiba2 ghaib semula..Mengikut kenalan depankanta yg bekerja di Bank sekitar bandar Kota Bharu,syiling ini hanya baru sekali sahaja diedarkan pada orang ramai, itu pun dengan jumlah yg sangat terhad.

       Pekedai2 pula merungut kerana masih ada dari kalangan mereka sendiri yg belum berpeluang utk menjamah syiling s3M ini.Bila depankanta merisik dari kawan2 yg telah perolehi syiling ini mereka memberitahu semua syiling yg mereka ada tidak dibelanjakan,sebaliknya disimpan rapi untuk dijadikan kenangan.Jadi terbongkarlah rahsia,syiling s3M ghaib kerana orang ramai lebih suka menyimpannya dari membelanjakannya.

      Pada peringkat pertama ini mungkin tidak banyak syiling s3M yg diedarkan,Negeri2 Pantai Timur Semenanjung pula agak terlewat dari negeri2 lain untuk melihat sendiri wajah syiling2 baru ini.Hingga kini masih ramai yg belum pun berpeluang menyentuh atau memilikinya.Diharap dalam waktu terdekat syiling2 s3M ini akan memenuhi gedung2 syiling syarikat2 pengawal keselamatan (agen pengedar) dan akan beredar keseluruh pelusuk tanahair...

          Dengan sampel yg sangat terhad depankanta meneliti setiap sudut dan penjuru syiling2 s3M ini dan berjaya perolehi beberapa keping yg istimewa untuk dikongsi bersama.Untuk perkongsian kali ini dipamirkan syiling 50s3M yg terdapat kesan die gouge error disamping minor off center error.

                           Berbanding dgn kesan lain disekitarnya,die gouge error adalah timbul dan kesan calar yg lain adalah berparit...

                       Kedudukannya pada bahagian fields mengasingkannya dari kesan die chip.

                  Syiling yg sama juga terdapat fenomena minor off center

                 Bahagian muka syiling s3M biasa dijumpai lebih tahan calar dari bahagian belakang....

                     Dua keping syiling 50 sen s3M yg terdapat kesan die gouge yg sama...

                       foto syiling die gouge yg diambil tanpa menggunakan flash...


     

     

6 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Kemungkinan besar calar2 yang terdapat pada syiling S3M disebabkan mesin dispensernya.
    Ini menyebabkan die gouge kurang kelihatan jika tidak diteliti dengan terperinci.
    Satu gejala yang agak menyakitkan hati untuk pengumpul syiling error.
    Jika tidak die gouge ini akan menjadi satu kecacatan yang agak menarik di atas permukaaan yang tidak mempunyai kesan calar.
    Terima kasih banyak depankanta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Memang perkara itu yg pertama terfikir bila dijumpai syiling ini.Syiling 50 sen dan 20 sen s3M nampaknya sangat "manja",samada pada lapisan permukaannya atau warnanya.Kesan calar pada syiling ini menyebabkan timbul rasa keciwa.Memandangkan penemuan ini pada syiling s3M,terpaksa juga dipamirkan utk perkongsian.

      Walaupun syiling2 yg dibuat untuk edaran bukan untuk dikumpul tapi sekurang2nya biar lah ia menjadi menjadi kebanggaan kita tentang kualiti dan rekabentuknya..

      Terima kasih banyak2 Whycollect...

      Padam
  2. salam,
    syiling 50sen baru yg bgus untuk koleksi ni.. tp malangnya aku belum bertemu lg syiling eror bagi syiling edisi terbaru..dengar khabar syiling baru nie manja. hehe

    BalasPadam
  3. Salam kembali dan SELAMAT DATANG kakicoin,
    Orang jauh datang bertandang rupanya.hehehe...Terima kasih banyak2,kita semua kearah memperkayakan bidang numismatik Malaysia.Usaha melalui blog tuan untuk melengkapkan variti syiling Malaysia bagi semua denominasi amat dialu2kan.Kami sedia membantu setakat yg mampu.

    Syiling baru kita s3M memang sah "manja",sekiranya jumpa cepat2 masukkan dalam bekas yg selamat..haha..kakicoin jgn risau pasal syiling baru tu,lepas ni berlambak2 datang keSarawak,yang kena risau ialah syiling2 lama Sarawak dan Borneo yg semakin mahal dan semakin ketandusan..

    Salam dan terima kasih,semoga kunjungan kakicoin ini akan dikunjung balas juga oleh pelawat2 depankanta..

    BalasPadam
  4. xdok lagi ko KB?...beraso ado doh d mekdi aritu...g dio nyucur...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Abe Faiz,
      ooooo..gi mekdi tok ajok saen deh!..haha
      Skeleng baru ni kure sangat diKlate ni.Boleh jadi berat nak bowok mari,kena atar nga keretapi..haha

      Padam