Khamis, 5 April 2012

DIE CHIP TERTINGGI

Mengukur error die chip biasanya pada luas atau lebar kawasan permukaan syiling yg terkesan oleh kerosakan die,semakin besar kawasan yg terlibat maka semakin major die chip errornya.

             Penemuan sekeping syiling 1 sen 1987 ini sangat menarik kerana walaupun die chip yg terjadi hanya kecil tapi ketinggian bonggol yg timbul agak unik.Ketinggian extra metal pada permukaan syiling ini menandakan dalamnya kerosakan pada working die yg menempa syiling ini.

            Die chip sering juga terkeliru dgn die gouge error tapi pada syiling ini depankanta berkeyakinan ianya adalah die chip  error berasaskan penemuan pada syiling 1 sen siri Parlimen sering terjadi die chip pada bahagian bulan sabit dan dapat ditemui die progressivenya....

             Bahagian muka syiling 1 sen 1987,die chip pada bahagian imej bulan sabit

                          Pada bahagian belakang hanya beberapa kesan kecil die chip sekitar angka "1"

              Bila dipandang dari sisi syiling ini menampakkan ketinggian die chip pada bulan sabit terjadi hingga melepasi ketinggian rim syiling...Fenomena begini jarang dijumpai selain cud  error...


4 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Ya, nampaknya bulan sabit antara bahagian yang lemah sekali di bahagian obverse syiling satu sen siri parlimen.
    Kami pernah menjumpai fenomena ini pada 1986 1sen juga.
    Satu kecacatan yang menarik.
    Tahniah depankanta ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Nampaknya die pun macam manusia juga,ada tempat lemahnya masing2..haha.Adalah menjadi satu persoalan pada kita kenapa pada logam die terdapat tempat2 tertentu yg sama menjadi lemah walaupun pada tahun berlainan,sekiranya kita susun syiling2 die chip 1 sen siri Parlimen akan menemui fenomena ini.

      Keadaan yg sama juga berlaku pada die crack pada syiling 10 sen siri bunga raya yg pernah dipamirkan...

      Terima kasih banyak2 whycollect..

      Padam
  2. wow..sungguh ketara bonjolan error syiling nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kakicoin,
      Bonjolan pada syiling jelas menunjukan ianya adalah error atau kecacatan yg terjadi didalam kilang..Sekiranya kakicoin rajin melawat blog rakan2 pengumpul syiling error,akan menemui bonjolan yg lebih hebat lagi dgn berbagai kategori error...
      Terima kasih kakicoin..

      Padam