Isnin, 21 Mei 2012

ROTATED DIE CLASH VS ROTATED DIE

    Memahami bagaimana rotated die error terjadi agak mudah,demikian juga rotated die clash.Kedua fenomena ini melibatkan masalah pada setting peralatan atau instrumen yg berperanan memegang working die dalam proses penyilingan,sedikit kesilapan dalam mengendalikan peralatan ini akan memberi kesan besar pada syiling yg ditempa.

        Kedua error yg menarik ini biasa kita lihat terjadi pada dua keping syiling yg berlainan.Bagaimana pula sekiranya dua keadaan ini terjadi pada sekeping syiling,iaitu rotated die error terjadi serentak pada syiling rotated die clash!.

     Agak menarik bila memikirkan bagaimana keadaan ini boleh terjadi...syiling 1 sen 2003,kelihatan rotated die clash (imej ghostly rebana ubi) sekitar 45darjah ccw....   

Bila ditegakkan imej ghostly rebana ubi, imej sebenar syiling akan condong ke 45darjah cw.

         Selain rotated die clash,syiling ini juga terjadi rotated die yg juga sekitar 45 darjah cw...
   Dalam Proses penyilingan syiling Malaysia,die clash akan terjadi pada kedua permukaan syiling,dalam keadaan tertentu mungkin kita akan temui hanya satu permukaan sahaja yg ada kesan die clash...

Depankanta masih tercari-cari teori tentang kejadian rotated die clash dan rotated die yg terjadi pada syiling 1 sen 2003 ini,mungkin ada pelawat yg dapat menjelaskannya.....post http://depankanta.blogspot.com/search/label/ROTATED%20DIE%20CLASH
adalah  berkaitan.....

2 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Sebenarnya kamipun tunggu penjelasan bagi punca kecacatan sedemikian.
    Memang menarik kerana ia merupakan 2-1 kecacatan.
    Syabas depankanta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Apa yg berlaku pada syiling 1 sen 2003 ini sukar untuk dijelaskan puncanya,depankanta juga masih mencari2 jawapan yg sebenar.Keadaannya berlainan dari rotated die clash biasa.

      Mungkin sekiranya kita berpeluang melawat kilang syiling,kita akan fahami bagaimana error begini boleh terjadiUntuk sementara ini biarlah kita sama2 fikirkannya...
      Terima kasih banyak2 whycollect..

      Padam