Khamis, 10 Mei 2012

STRUCK THROUGH

     Struck through error tidak menetapkan kepada apa2 objek atau bahan tertentu sahaja yg diambil kira dalam menentukan kategori ini.Apa saja bahan yg terjatuh atau berada diantara planchet dan die semasa proses penempaan akan menghasilkan struck through error.Objek yg biasa dilihat adalah dawai,rambut,kain,pin,cebisan logam dll...

     Kedudukan komponen mesin penempaan pada syiling Malaysia adalah die atas (hammer die) menempa bahagian belakang syiling (reverse) dan die bawah (anvil die) menempa bahagian muka syiling (obverse).Bila kedudukan ini dikaitkan dgn struck through error,jika kesan error ini terjadi pada bahagian belakang syiling ianya melibatkan objek yg terjatuh keatas planchet yg berada pada kedudukan "menadah"dan jika terjadi pada bahagian muka syiling objek telah terjatuh atas permukaan die bawah yg berada pada kedudukan "menadah"...Proses ini tidak sama pada  semua kilang syiling di negara2 lain yg ada juga menggunakan kaedah menempa secara mengiring iaitu kedudukan planchet menegak,ini akan mengurangkan error kategori ini.

     Sekeping syiling 5 sen 2005 ini adalah spesimen struck through error yg ketara..Bentuk "bibir"yg terhasil ini biasa dijumpai terjadi pada syiling Malaysia cuma saiznya yg berbeza...

          Terdapat juga kesan rolling fold pada kedudukan jam 2.00...

  Foto yg diambil tanpa flash ini lebih jelas dan pemerhatian yg teliti perlu dibuat bagi membezakan syiling struck through error dgn PMD yg mudah dibuat....Kesan berparit berbentuk bibir pada syiling ini menandakan objek keras berbentuk begitu berada atas die bawah semasa proses penempaan dilakukan...

Struck through error objek terjadi hanya pada satu permukaan sahaja,bahagian belakang syiling ini tiada kesan error...
Walau pun Struck through error sering dikaitkan dgn filled die error sebagai dalam satu bentuk (form) tetapi bagi struck through objek seperti ini tidak dikaitkan dgn filled die error...

2 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Satu struck through yang menarik.
    Nampaknya semakin ketara kesan kecacatan ini semakin menarik syiling terbabit.
    Terima kasih dan tahniah depankanta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi whycollect,
      Pada pemerhatian depankanta,kesan berbentuk seumpama ini biasa dijumpai terjadi pada syiling siri bunga raya dgn berbagai saiz..Mungkin ada serpihan keras berbentuk melengkung yg kecil berada dipersekitaran kilang.Bila logam2 ini terjatuh keatas planchet ianya menghasilkan struck through seperti ini..
      Terima kasih banyak2 whycollect...

      Padam