Ahad, 17 Jun 2012

VARIETI DIE SYILING 50 SEN 2002

   Terdapat dua rekabentuk yg dibuat pada corak bunga raya syiling 50 sen 2002.Dalam post khas berkaitan variti syiling 50 sen siri bunga raya depankanta cuba paparkan penemuan variti2  tersebut.Tumpuan post ini ialah pada varieti 1 syiling 50 sen siri bunga raya 2002  iaitu varieti 2002 yg terbanyak dijumpai.Pada stigma bunga raya variti ini terdapat sedikit keraguan yg ingin dikongsi bersama.

            Seimbas pandang corak bunga raya kelihatan lengkap dan hampir sempurna.....

            Bila diteliti betul2 pada stigmanya terdapat satu yg cacat dan lebih pendek dari yg lain...

                Perhatikan corak yg diukir pada keseluruhan stigma ini.....

          Yang menjadikan syiling 50 sen ini unik adalah satu stigmanya diukir pendek(panah merah) dan wujud pula satu extra dot pada stigma ini (panah kuning)..depankanta berpendapat keadaan ini bukan die error tapi telah berlaku kesilapan semasa proses rekabentuk pada die ini....
               Varieti 1 syiling 50 sen 2002 siri bunga raya....
              Varieti ini lebih banyak dijumpai pada syiling 50 sen 2002.....Pengenalan utamanya adalah pada bunga raya dan angka "50"....

 Varieti 1  Syiling 50 sen 2002 ini pernah dipamirkan dalam post:http://depankanta.blogspot.com/search/label/VARITI%20DIE

         Varieti 2 syiling 50 sen 2002 siri bunga raya,perhatikan perbezaan dgn varieti 1 pada corak bunga raya dan saiz angka"50"..Varieti ini tidak banyak dijumpai,ini adalah antara varieti syiling Malaysia yg rare...
  

2 ulasan:

  1. Salam depankanta,
    Menarik sungguh kiriman depankanta ini. Saya pun turut setuju bahawa stigma yang berbeza ini adalah satu variti, dan bukannya ralat acuan (terjemahan saya setakat ini untuk "die error"). Mungkin penemuan syiling ini dalam gred yang lebih tinggi, EF ke atas dapat memastikan bahawa ini adalah variti - yang terhasil melalui perbezaan rekabentuk acuan itu.

    Stigma itu nampak pendek mungkin telah dimakan oleh burung madu. Hehe Selamat mengumpul saya ucapkan kepada depankanta!

    BalasPadam
  2. Salam kembali mnfaj,
    Bagi menyelidiki dan melengkapkan semua variti bukan sahaja kita perlukan syiling2 yg bergred tinggi tapi juga spesimen yg banyak dan juga perkongsian dgn rakan2 diseluruh negara.Variti 2(foto terakhir diatas)sangat sukar dijumpai di Kelantan,mungkin banyak dinegeri lain.

    Stigma yg pendek pada spt diatas merupakan satu kesilapan semasa proses mereka-bentuk imej bunga raya pada permukaan die,ini membentuk variti syiling ini bukan mana2 kategori error yg terjadi pada die walaupun kelihatan seperti die error..

    Kita masih diperingkat mencari istilah BM yg sesuai bagi bidang numismatik,alangkah baiknya sekiranya ada pihak yg sudi berkongsi kepakaran ini dan kita sama2 selaraskan dan gunakannya nanti..Mungkin mnfaj boleh mengusaha serta memulakannya...

    Terima kasih banyak2 mnfaj...

    BalasPadam