Ahad, 8 Julai 2012

DIE ERROR 5 SEN 2004

     Sekeping syiling 5 sen 2004 yg dijumpai ini sukar untuk ditentukan kategori error,Ciri2 yg kelihatan pada syiling ini tidak menyerupai mana2 keadaan yg pernah dipamirkan sebelum ini.

     Ciri2 utama yg menarik perhatian ialah terdapat logam yg timbul (positif) pada bahagian muka syiling ini.Kesan yg timbul itu adalah berbentuk panjang melengkung dan "bertakuk"yg hampir menyerupai imej tali gasing.

     Bila terdapat logam luar biasa yg timbul pada permukaan syiling biasanya dikaitkan dgn die chip,die gouge.die crack atau die break yg keseluruhannya adalah disebabkan kerosakan pada permukaan die yg disebabkan faktor tertentu.Keadaan yg kelihatan pada syiling 5 sen 2004 ini agak berlainan dari kategori error tadi,mungkin pengumpul yg lebih arif tentang fenomena error ini ingin berkongsi....

          Tanda merah menunjukkan imej luar biasa yg muncul pada permukaan syiling 5 sen 2004

                     Imej ini kelihatan hampir menyerupai tali gasing,....

            Bahagian belakang syiling ini kelihatan biasa....

            Berlainan dgn syiling struck through error spt ini yg jelas meninggalkan kesan berparit (negative)

5 ulasan:

  1. Salam depan kanta. saya pun ada terjumpa 2 keping syiling begini. buat sementara nie, untuk mengingati jenis error tu saya namakan tali terlebih cetak je. nak tunggu komen-komen pakar dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali anonymous,
      Yang jelas error seumpama ini adalah kesan die error tapi secara sub-kategori atau secara spesifiknya pula kita sama2 tunggu pakar2 kita memberikan pendapatnya....Kalau berkesempatan apa salahnya jika tuan sendiri yg cuba cari kategori sebenar dan kita belajar sambil berkongsi bersama...

      Terima kasih banyak2 anonymous...

      Padam
  2. Senyum sendiri saya... bila tuan depan kanta minta cari cari kategori sebenar die error nie, saya nie manalah ada ilmu sangat, setakat die clash dengan die crack tu taulah sikit-sikit. nak belek syiling pun curi-curi masa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..Segalanya bermula dari 'O',tujuan depankanta adalah supaya maklumat tentang syiling error ini mendapat perkongsian yg lebih luas untuk menjadikannya lebih mantap..

      Semoga kita sama-sama terus memburu syiling2 error dan cuba mengenal pasti kategori sebenarnya mengikut standard numismatik...

      Terima kasih anonymous..

      Padam
  3. assalam.....
    masih tiada namakah utk error ini

    BalasPadam