Khamis, 23 Ogos 2012

SUDUT TEGAK SYILING SIRI BUNGA RAYA

    Meneliti kembali komen yg ditulis oleh sdr fakkahqarsh tentang kedudukan sebenar imej tegak bagi syiling Malaysia siri bunga raya,beliau memberi pendapat kedudukan wau pada syiling 50sen bukan tegak pada kedudukan jam 12.00 tetapi condong sedikit pada kedudukan jam 11.00.

       Pada awalnya depankanta menerima kedudukan jam 12.00 (tegak) sebagai kedudukan biasa wau bulan dgn mengambil kira kedudukan biasa  kepala wau.Bila diteliti semula secara rambang dari koleksi syiling 50 sen  yg ada didapati pendapat sdr fakkahqarsh lebih banyak mewakili imej wau bulan.

       Hasil semakan semula keatas imej dibahagian muka syiling 50 sen siri bunga raya mendapati majoriti kepala wau berada pada pada jam 11.00 hingga jam 12.00 dan setiap tahun keluaran tidak sama kedudukan  kepala waunya bila imej pada bahagian belakang ditegakkan 90 darjah.

      Rujukan untuk memastikan kedudukan sebenar semua imej tegak pada bahagian muka syiling siri bunga raya tidak pernah dijumpai dimana-mana apa lagi yg dikeluarkan oleh pihak pereka bentuk syiling,keadaan ini menyebabkan para peminat syiling error hanya menggunakan kaedah majoriti penemuan bagi menetapkan kedudukan yg normal.

           Bahagian belakang syiling akan digunakan sebagai kunci penanda bagi imej tegak kepala wau bulan pada bahagian muka syiling.Majoriti syiling yg diteliti,kepala wau condong pada sudut 0-15 darjah.

                   Depankanta berpendapat kedudukan begini adalah sudut tegak imej tepak sireh pada bahagian muka syiling 20 sen.

           .......dan kedudukan ini bagi syiling 10 sen...

Syiling 5 sen juga perlukan penelitian yg menyeluruh bagi memastikan kedudukan tegak imej gasing.
Bagi syiling 1sen,kebanyakan imej rebana ubi yg dijumpai adalah tegak dgn kaki rebana yg paling tengah menjadi penandanya...
           Selagi tiada dibekalkan dgn rujukan sebenar,adalah penting kedudukan imej tegak ini di kongsi bersama bagi menetapkan darjah rotation bagi syiling2 dalam kategori rotated die error.....

6 ulasan:

  1. Tumpang lalu Tuan Blog.. A'Salam..
    selamat berhari raya,

    nak tanya sikit.. 50sen siri kedua Wau nya menjunam kebawah @ kedudukan jam 12, ada beberapa tahu yg diketahui ujud, Terima kasih.

    @Sme68PG.

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam Sme68PG.
      Memang benar wujud syiling 50sen rotated die error yg mencecah hingga maksima 180 darjah yg kelihatan kepala wau menjunam kebawah.Dikalangan peminat syiling error telah mengeluarkan berbagai pendapat samada imej kepala wau yg tegak jam 12.00 sebagai kedudukan normal atau kepala wau yg senget sedikit pada jam 11.00 yg normal.

      Sekiranya mengambil kira jam 11.00 sebagai normal tentu kedudukan kepala wau yg menjunam dan senget sedikit adalah 180 darjah rotated die error,mungkin sdr Sme ada pendapat kedudukan kepala wau yg sebenar mengikut rekabentuk asal syiling 50 sen siri bunga raya atau ada kedudukan tersendiri mengikut tahun keluaran?

      Terima kasih dan selamat hari raya sdr Sme sekeluarga....

      Padam
    2. maaf Tuan Blog..

      salah menaip arah jam menjunam, yg betulnya jam 6, maaf..

      @Sme68PG.

      Padam
    3. silap menaip ni perkara biasa,tambah pula dalam mood raya haha...Untuk kiraan rotation imej bagi rotated die error biasanya pengumpul gunakan penunjuk "darjah" yg lebih tepat walaupun kiraan kedudukan "jam" lebih mudah difahami....

      Padam
  2. as-salam..sy mempunyai duit syiling 50 sen tahun 2004 dan kedudukan wau menjunam..bukan menjunam kebawah..menjunam dari sudut pukul 2 mengarah ke pukul 7..sy da banyak tengok koleksi 50 sen wau..yg ini satu2nya yg unik sy miliki..adakah itu error atau fake?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'Salam zulhijrah,
      Kemungkinan syiling tuan itu adalah rotated die error..Syiling palsu tidak ditentukan oleh kedudukan wau tapi oleh beberapa ciri2 spt berat,magnetik dll..Syiling rotated die merupakan koleksi yg menarik,biasanya peminat syiling error akan meletakkan premium mengikut darjah rotation imej berkenaan...
      Terima kasih banyak sdr zulhijrah..

      Padam