Khamis, 13 September 2012

DDR 5 SEN 2009

         Doubled Die Reverse (DDR) syiling 5 sen 2008 dapat dilihat dalam sesetengah blog numismatik tempatan,ramai peminat syiling error bersetuju syiling DDR 2008 sesuai digelar "Monster DDR" lantaran imej berganda yg terjadi adalah sangat ketara dan hampir kesemua imej,huruf dan angka pada bahagian belakang syiling telah kelihatan kesan berganda.

       Menurut panduan ringkas yang diberikan oleh pakar2 varieti Doubled Die,bagi membezakan syiling2 Doubled die dgn MDD atau DDD adalah pada lekuk(notch) yg terbentuk pada imej yg berganda.Sekiranya terdapat kesan lekuk ianya adalah kesan Doubled Die,

     Sekeping syiling 5 sen 2009 sekali lagi menjadi perhatian bila dijumpai dgn kesan lekuk pada beberapa huruf dibahagian belakang syiling...Penemuan syiling ini telah melengkapkan varieti DDO dan DDR bagi syiling 5 sen 2009

                 Bahagian belakang syiling 5 sen 2009 dgn kesan DDR

           Pemerhatian adalah pada beberapa huruf pada perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA"


                     Kelihatan tanda2 lekuk pada beberapa huruf....

              Adakah bentuk lekuk begini juga akan terjadi pada syiling MDD atau DDD?

             Pada stigma bunga raya juga kelihatan imej berganda

  Bagi menerangkan klas DDR syiling ini perlu dirujuk pada pakar Doubled Die,nucoins dan mnfaj.Semoga mereka sudi singgah disini dan menurunkan sedikit nota untuk dikongsi bersama... 

7 ulasan:

  1. Salam depankanta,
    Wah nampaknya malam ini saya tak dapat tidur.. saudara depankanta memang sangat handal dalam menjinakkan syiling DD. Pendapat saya ini ialah DD yang tulen, boleh dilihat perbezaan gandaan pada serif yang terdapat pada perkataan itu. Tahniah saudara depankanta!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali mnfaj,
      Jangan sampai tak tidor nanti tak dapat mimpi yg indah..haha..depankanta belum cukup pengetahuan untuk menjelaskan klas doubled die syiling2 yang ditemui.Hanya sekadar mampu membezakan antara DD,MDD & DDD,mungkin mnfaj kena buat satu seminar/bengkel untuk menjelaskan perkara ini..Ramai pengumpul syiling error yg mula berminat untuk mendalami bidang ini cuma rujukan yg menjadi masalah...

      Terima kasih banyak2 sdr mnfaj...

      Padam
    2. Saya yakin suatu hari nanti depankanta pun dapat membezakan kelas-kelas DD ini. Antara website yang saya rasa agak mudah mempelajari jenis syiling DD ini ialah bakercoins.com. Tapi itulah dalam Bahasa Inggeris, nanti ada kesempatan saya terjemahkan dalam Bahasa Melayu agar ramai pengumpul boleh belajar.

      Padam
    3. Terima kasih banyak2 sdr mnfaj,rujukan begini adalah sangat dinanti2..Semoga mnfaj dapat memberi sedikit kelapangan bagi menulis berkaitan kelas2 DD.Tentu ramai pengumpul yg tertunggu2 untuk mendapat maklumat spt ini..tqvm

      Padam
  2. Salam depankanta.
    Nampak gaya kena selongkar balik 5sen 2009 ni, buat masa ni mata dah kurang jelas nak intai satu per satu variety syiling...semakin kabur.
    Apa pun pelan2 kena usaha juga...Ngeee :-)
    TQ dari duacongkak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali duacongkak,
      Menyelongkar syiling2 tidak menjadi masalah tetapi nak menilik setiap huruf pada setiap keping syiling 5 sen adalah masalah besar!,keutamaan tetap diberi pada kesihatan mata dan mengikut cerita Mr Dickson,ada kawannya yang sudah bermasalah dgn mata disebabkan banyak menilik syiling2 error.Betul kata tuan tu,kena pelan2..

      Syiling yg ditemui ini agak istimewa kerana dalam koleksi depankanta hanya sekeping sahaja ditemui berbanding dgn DD yg lain..

      Semoga duacongkak berjaya menemui spesimen spt ini,juga akan menemui spesimen2 yg belum pernah ditemui sebelum syiling2 siri 1 & 2 lenyap dari edaran...

      Salam dan terima kasih banyak2 duacongkak..

      Padam