Sabtu, 1 September 2012

BURUNG CENDERAWASIH

"Asal usulnya dari kayangan dan selalu mendampingi para wali,makanannya hanya embun diawan yang menitis dari kayangan.Burung Cenderawasih tidak pernah menjejaki bumi dan hanya turun kebumi untuk mati,lalu bangkainya menjadi harum".......

        Mitos tentang burung yang sangat istimewa ini bukan sahaja menjadi warisan penduduk nusantara tetapi juga di Eropah yg mengenalinya dgn nama "Bird of Paradise"dan dinegeri Cina yg dikenali dgn "Phoenix"...

        Masyarakat nusantara lama tidak banyak sumber maklumat yang tepat mengenai geografi apa tah lagi mengenai alam flora dan fauna yang berada diluar bumi mereka,masyarakat dulu mudah mempercayai apa saja kisah yg dibawa dari mulut ke mulut oleh golongan tertentu spt golongan penglipur lara..Kitab perubatan melayu lama Tajul Muluk menjadi kepercayaan seolah2 ianya sebuah kitab agama.Kitab tajul muluk telah menkisahkan keistimewaan burung cenderawasih secara puitis yg menarik masyarakat nusantara lama mempercayai keajaibannya...

         Bila dunia moden berjaya menyebar dan mendekatkan maklumat sebenar kepada masyarakat serta dapat membuktikan dgn fakta2 yg menyokong,banyak yang berada dialam ajaib dulu menjadi hanya perkara biasa...Hutan belantara Papua new Guinea suatu masa dulu mustahil dijejaki oleh orang luar selain penduduk aslinya.Burung Cenderawasih yg berkeliaran disana hanya diketahui bila zaman penerokaan dan penjelajahan bermula,dari sini juga bermula tentang kisah burung Cenderawasih yang sebenar.

        Namun malangnya sebahagian masyarakat Malaysia masih ada yg mempercayai tentang mitos burung Cenderawasih ini dan sanggup membelinya dgn harga yg tinggi untuk berbagai tujuan mistik spt pelaris dsb...

      Kecantikan bentuk dan warna bulu burung ini telah di tokok tambah dgn kisah2  fantasi menjadikan beberapa golongan telah terpedaya dan sanggup membayar dgn harga yg tinggi.

         Mitos burung Cenderawasih yg tersebar seluruh dunia telah menarik pasukan National Geographic untuk membongkar tentang wujudnya burung2 Cenderawasih ini sebagai burung biasa yg cantik yg hanya terdapat dibeberapa kawasan tertentu sahaja didunia ini....

    Hasil penerokaan para saintis moden menemui berbagai spesimen burung biasa yg dulunya dianggap ajaib

Meski pun telah diterima umum oleh masyarakat dunia hari ini bahawa kisah2 tentang keajaiban burung2 Cenderawasih adalah mitos dan penglipur lara semata-mata namun kewujudannya dibelantara Indonesia dan Australia telah menjadikan dunia ini penuh keindahan kehidupan  flora dan fauna....
          "SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 55 DAN SELAMAT BERCUTI HUJUNG MINGGU"

2 ulasan:

  1. SALAM KEPADA SAUDARA DEPANKANTA....

    BURUNG YANG CANTIK! BEKOK PERNAH MENERIMA OFFER BURUNG INI BEBERAPA TAHUN LEPAS DENGAN HARGA RM16 RIBU... DISELUDUP MASUK DARI INDONESIA... KATANYA UNTUK DIBUAT PELARIS...HEHE...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali sdr Bekok,
      Kecantikan burung ini telah diambil kesempatan oleh golongan tertentu dgn menokok tambahkan lagi dgn ciri2 mitos dan khayalan..

      Ha..ha.. memang burung2 ini bernilai tinggi kepada yg mempercayai kelebihannya,burung yg dipamirkan ini pun dibeli dgn harga rm7 ribu oleh pemiliknya,sekarang bila disedari semuanya mitos semata2,burung2 ini hanya menjadi koleksi istimewanya sahaja...

      Terima kasih banyak2 sdr Bekok...

      Padam