Rabu, 10 Oktober 2012

DIE CHIP,DIE GOUGE DAN BLOB,SAMA TAPI TAK SERUPA.

        Setelah beberapa dekad berlalu,perkembangan pengumpulan syiling error semakin rancak dan meluas.Berbagai jenis atau kategori error ditemui pada syiling2 yang ada dalam edaran.Perkembangan ini turut melahirkan pakar2 dibidang syiling error yang menjadi rujukan peminat seluruh dunia.

      Dari berbagai kategori utama, dipecahkan pula pada beberapa  sub-kategori yang lebih kecil bagi menggambarkan dengan lebih tepat bagaimana sesuatu error terjadi.Beberapa istilah juga diselaraskan pemakaiannya bagi memudahkan pengumpul semua negara menggunakan istilah yg sama,

      Sekeping syiling 1 sen 2005 ini menjadi spesimen yang baik untuk mengenali beberapa jenis error

              Bahagian muka syiling.........

            Pada bahagian belakang syiling ini.wujud satu garis die crack dan pada penghujungnya terjadi satu tompok logam yang dikenali dgn istilah blob.Tompokan blob ini kelihatan sama dgn die gouge,yang membezakannya adalah die gouge terjadi secara bersendirian sedangkan blob adalah dikaitkan dgn perkembangan yg terjadi pada keretakan die,sedikit kepingan logam die telah terserpih keluar dari keretakan menyebabkan terbentuknya blob.

             Die chip biasanya terjadi bila tebing imej,huruf atau angka pada die telah terserpih keluar sedikit demi sedikit lama kelamaan akan membentuk lebihan logam (extra metal) pada permukaan syiling

               Pada syiling yang sama,wujud juga kesan die clash.....

              Selain pada angka "2005" ,die chip juga dapat dilihat pada huruf "N" (BANK)

              Die clash juga dapat dilihat pada bahagian muka syiling....Syiling 1 sen 2005 ini pernah dipamirkan dgn tajuk "duta 1 sen bunga raya"

          Die Gouge merupakan kesilapan yang dilakukan oleh pekerja semasa melakukan kerja2 membaiki kerosakan pada permukaan die.Berbagai bentuk biasanya akan terjadi walaupun yang paling popular dikalangan pengumpul Malaysia ialah berbentuk "dot" sebagaimana yg ada pada syiling2 die gouge error 5 sen 1982,50 sen 1979 dan 1988.



           Gouge adalah merujuk kepada peralatan yang digunakan untuk membaiki atau membersihkan die selepas beberapa lama digunakan.Antara banyak2 peralatan yg digunakan tentunya terdapat perkakas yg tajam dan kuat untuk mengikis/membuang kotoran spt plak yg ada pada huruf,angka dan imej pada permukaan die yang berkeadaan negative.Jika kita rajin meninjau dalam laman2 web numis antarabangsa,berbagai bentuk die gouge telah dipamirkan.

         Antara die chip error ,blob dan die gouge error merupakan tiga fenomena yang jelas berlainan pada awal kejadiannya tetapi adalah sukar untuk membezakannya .Situasi ini menjadi satu keseronokan disamping satu cabaran kepada pengumpul syiling error.Kaedah terbaik untuk menentukan kesahihan error adalah dgn memerhatikan secara keseluruhan permukaan syiling berkenaan.

           Syiling 10 sen 1990 ini,bagi depankanta adalah kesan die gouge kerana bentuk lebihan logamnya "terkawal"berlainan dgn die chip yg mempunyai bentuk kerosakan yg "bebas"..Tiada ciri2 die crack pada permukaan syiling ini untuk dikaitkan syiling ini dgn blob.


6 ulasan:

  1. Salam. Tn.Depankanta
    Hah! baru saya ingat Blob bukannya Bulb atau Bolb macam post saya tempohari. Terima kasih. Banyak info yang saya dapat. Tapi saya tak pasti betul ke tejadi blob pada syiling saya tu!
    Bila baca kat sini macam dah faham tapi bila ada syiling di tangan mulalah keliru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali nsdk,
      Kita semua belajar dari kesilapan,memahami kejadian error mengajar kita bersabar dan kreatif dgn berbagai teori dan andaian.Banyak info dalam laman web pakar numis antarabangsa boleh dirujuk dan bagi rujukan tempatan,blog nucoins dan Mr Dickson Niew merupakan rujukan terbaik..

      Terima kasih banyak2 nsdk...

      Padam
  2. Dah baca cikgu tapi... hehehe.. Baca dulu.. coin jumpa kemudian..cari semula info dah tak jumpa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang penting sekarang kumpul dan simpan semua syiling2 mint errors,nanti bila syiling siri pertama dan kedua ditarik dari edaran sukar untuk kita temui berbagai spesimen errors..Info semakin bertambah setiap hari dgn kehadiran semakin ramai blogger dan pengumpul tapi syiling2 error semakin hari semakin sukar diperolehi...

      Terima kasih nsdk....

      Padam
    2. Ya. Betul tu, nsdk dapat rasakan tarikan dari pengumpul-pengumpul baru. Walaupun syiling-syiling error masih boleh ditemui tetapi peratusannya semakin mengecil, tidak seperti mula-mula mengumpul dulu.

      Terima kasih kembali.

      Padam
    3. Juga penting kaedah penyimpanan yg betul supaya kualiti syiling sentiasa terpelihara untuk jangka waktu yg lama....Terima kasih nsdk

      Padam