Ahad, 4 November 2012

20 SEN 1967,LAMINATIONS

            Lamination error merupakan kategori error yg unik dan jarang dijumpai.Lamination merupakan sub-kategori dari planchet error dimana ralat yang terjadi adalah pada masa proses penyediaan planchet.
   
           Syiling Malaysia siri pertama (1967-1988) dan siri kedua (1989-2011) selain dari denominasi 1 sen adalah diperbuat dari adunan logam (aloi) copper dan nickel.Semasa proses mengadun logam ini terdapat benda asing spt minyak,gas,gris dsb yg termasuk dalam adunan ini dan berada dibawah lapisan planchet yg nipis.Lapisan nipis itu akan tertanggal lalu meninggalkan permukaan planchet spt tersiat atau mengelupas.

    Secara lebih spesifiknya para pengumpul telah mengklasifikasi lamination error kepada enam sub-kategori

               1 Loss before strike
               2. Loss after strike
               3.Lamination cracks
               4.Retained laminations
               5.Folded over before strike
               6.Lamination within clad layer

          Bagi kita yg masih bertatih dalam mengenali dan menyusun berbagai kategori error,cukup sekiranya kita dapat mengenali kategori utama atau pecahan pertamanya dan dgn beransur-ansur mempelajari hingga dapat menguasai perbagai sub-kategori syiling error yg begitu menarik....

               
                           Bahagian belakang syiling 20 sen 1967,lamination dikesan dgn adanya kesan seolah2 disiat atau mengelupas.Kesan ini merupakan ciri utama pada lamination error dan dapat dilihat pada semua enam sub-kategori diatas...
               

                            Tanda kuning kesan spt disiat atau mengelupas dan tanda merah adalah kesan lapisan logam yang telah tersopek keluar..Bagi kategori lamination error yg terjadi secara major atau ketara akan menjejaskan  berat syiling kerana sebahagian logamnya telah terkeluar....

               Bahagian belakang syiling 20 sen 1967 dengan kesan lamination,depankanta mengagak sub-kategori yg sesuai utk lamination ini adalah "retained laminations" kerana terdapat kesan lapisan yg tersopek masih berada pada permukaan syiling....

                   Bahagian muka syiling 20 sen 1967....

3 ulasan:

  1. Salam depankanta,
    Menarik entri kali ini. Saya secara peribadi meminati siri lamination error - mungkin kerana latar belakang saya yang menyukai bidang sains bahan. :)

    Wah banyak juga sub-kategori untuk error jenis lamination ini. Banyak yang perlu saya pelajari lagi.

    Saudara depankanta perasan tak kebanyakkan 20 sen bertahun 1967 hingga 1969 mempunyai campuran adunan logam yang mungkin tidak sempurna. Ini boleh dilihat pada permukaan syiling yang bergaris-garis kekuningan. Mungkin ini petanda awal berlakunya lamination.

    Terima kasih kerana berkongsi depankanta. :)

    mnfaj.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali sdr mnfaj,
      Lamination error sukar terjadi sebagaimana split planchet error..Sekiranya mnfaj meminati bidang sains bahan sangat sesuai untuk kita jadikan pakar rujuk mengenai berbagai error yg melibatkan logam syiling...

      Mengenai syiling 20 sen 67-69 memang banyak dijumpai yang ada kesan yg "berlainan" pada permukaannya,depankanta hanya berpendapat syiling2 impot ini berkemungkinan telah diperbuat dari logam copper dan nickel yang berlainan gred walau sama jenis logamnya...

      Terima kasih banyak sdr mnfaj,teruskan penyelidikan tuan untuk kemajuan numismatik Malaysia khususnya bidang syiling error..

      Padam
  2. I always used to study piece of writing in news papers but now
    as I am a user of web thus from now I am using net for content,
    thanks to web.
    Also see my webpage: perfumes

    BalasPadam