Rabu, 7 November 2012

20 SEN 2006,ROTATED DIE

    Selain syiling Doubled die variety (DDV),syiling rotated die merupakan buruan yg menjadi idaman pengumpul.Darjah kedudukan kedua muka syiling yang tidak selari akan menjadi ukuran untuk mengklaskan samada major atau minor sesekeping syiling rotated die error.Biasanya yg melebihi 100 darjah akan mendapat premium yg tinggi.

      Errror dalam kategori ini bukan satu varieti die tetapi adalah dalam kategori utama striking error kerana ianya terjadi disebabkan oleh kerosakan komponen mesin menempa syiling.Isu utama dalam membicarakan berkaitan rotated die ialah bagaimana kedudukan sudut tegak sebenar syiling2 Malaysia!.

     Hingga kini depankanta belum menemui dokumen rujukan yang sahih berkaitan kedudukan imej sebenar syiling2 Malaysia.Syiling 50 sen contohnya,kedudukan imej wau bulan yg sebenar tidak dapat dipastikan,pada awalnya depankanta berpendapat ianya adalah berkedudukan tegak dgn kepala wau tegak keatas tapi rakan2 blogger ada yg berpendapat kedudukan kepala wau sebenar adalah senget sedikit.Ada pula penemuan kategori rotated die menyatakan kedudukan yg senget kemungkinan dalam kategori"roteted die due to improper installation" iaitu kesilapan semasa memasang die atas dan die bawah.

    Nampaknya banyak lagi yang perlu kita pelajari untuk mengusai bidang syiling error agar setanding dgn pengetahuan yang ada pada pengumpul antarabangsa...Harap pengumpul2 muda kita telah bersedia kearah ini...

         Untuk kategori rotated die ini,dipamirkan penemuan syiling 20 sen 2006 dgn CW/CCW 180 darjah.

          Persoalan tentang kedudukan sebenar imej pada syiling Malaysia biasanya terjadi pada bahagian muka kerana tiada rujukan yang dapat dijadikan panduan.Depankanta berpendapat kedudukan spt ini adalah kedudukan tegak bagi imej tepak sireh syiling 20 sen siri ke2 Malaysia.

                Bila pusing kesebelah belakang syiling,angka dan huruf menjadi terbalik 180 darjah....

Dalam post terdahulu pernah dipamirkan penemuan syiling 20 sen 2005 dgn darjah rotation 135 darjah...


5 ulasan:

  1. Salam Tn. Depankanta,
    Suka saya lihat cara setting gambar syiling ini diambil. Nsdk ada juga memiliki beberapa keping sying seperti ini, tetapi.. tidak tahu cara nak ambil gambar guna cermin...macam kat atas tu. Asyik bergerak je syiling yang saya letak. Hehe..Nampaknya patuh betul syiling-syiling tu dengan arahan Tuan ya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali nsdk,
      Penggunaan cermin/sesuatu yg berkilat untuk foto syiling rotated die merupakan satu kaedah yg baik kerana dapat dilihat dua permukaan sekali gus.Untuk meninggikan(jangan terlalu tinggi) syiling cuba nsdk gunakan potongan kecil getah pemadam sebagai tongkatnya..Kalau bergerak juga,bisikkan pada syiling itu"kau nak gambar kau masuk internet tak?".Pasti dia diam..haha...

      Terima kasih nsdk,syiling rotated yg melebihi 100 darjah akan mendapat tempat dikalangan pengumpul...

      Padam
  2. Salam Tuan Depankanta,
    Haha... kes berat ni kalau sampai bercakap dengan syiling. Terima kasih kerana sudi berkogsi ilmu. Nanti saya cuba.

    BalasPadam
  3. Salam Tuan Depankanta. thanks sbb ajar cara2 nk tgk guna cermin.
    ini antara koleksi rotate sy :)

    https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/992860_269636433177193_839511753_n.jpg

    https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/1004021_268811909926312_766482070_n.jpg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali sdr alif,
      Menarik sekali syiling rotated yang alif pamirkan, rotated die error merupakan kategori error kegemaran pengumpul syiling error Malaysia selain Doubled dies Variety...Penggunaan cermin nampaknya telah menjadi kaedah yg diterima untuk memperagakan syiling rotated die termasuk oleh pengumpul antarabangsa...Terima kasih banyak sdr alif

      Padam