Jumaat, 23 November 2012

DDO 10 SEN 2010,1 BUAH CONGKAK JADI BUKTI

              Syiling denominasi 10 sen siri bunga raya hampir menjadi juara bagi DDV syiling Malaysia.Mengikut pemerhatian depankanta syiling 10 sen bagi tahun 2007 sahaja terdapat lebih dari 2 varieti DDO selain DDR..
              Bagi memeriahkan lagi pengumpulan berbagai varieti DD syiling Malaysia,dipamirkan penemuan syiling 10 sen 2010 yg dikira memenuhi ciri-ciri Varieti Doubled die tulin.

                            Bahagian muka syiling 10 sen 2010 siri bunga raya....Doubled Die Obverse

                Bahagian belakang syiling tiada apa2 kesan error....

               Ciri2 DDO dapat dilihat pada imej congkak dan tikar......

            Walaupun depankanta belum mampu untuk analisis kelas bagi syiling2 DDV tapi dengan sedikit pengetahuan ciri2 DDV tulin dapat membantu mengenali DD syiling ini.
              Panah merah menunjukkan dua biji buah congkak (sepatutnya satu sahaja pada lubang ini),ini adalah petanda utama yg membuktikan acuan yg menempa syiling ini telah terjadi pertindihan imej.Sebiji buah congkak yg berlebihan adalah hasil tekanan kedua working hub keatas working die syiling ini.Ciri2 ini tidak akan terjadi pada MDD kerana kesan seret MDD jadikan semua details akan rosak dan menjadi leper sahaja....
              Panah kuning menunjukkan garis pemisah antara acuan berganda ini adalah jelas,kesan ini tiada pada syiling DDD dan pada syiling MDD kesan ini tidak wujud secara jelas.
      Semoga rakan pengumpul terutamanya peminat DDV juga akan menemui syiling DDO 2010 batch ini bagi menjelas dan mengesahkan DDV ini.

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum Depankanta,
    Terima kasih kerana sudi berkongsi dgn kami semua..utk makluman tuan saya juga memiliki syiling yg sama dgn syiling yg pamerkan di atas...jika tuan perasan,terdapat kesan DD yg jelas pada kepala congkak dan tikar yg berada dibahagian bawah,membentuk image berganda...

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'Salam W.W sdr Zairul,
      Syabas kerana turut miliki DDO 2010 spt ini,penemuan dari batch yg sama juga penting bagi mengesahkan syiling ini adalah acuan berganda bukan kategori MDD.

      Kesan berganda pada bahagian kepala dan belakang congkak memang jelas pada syiling ini tetapi ianya belum cukup untuk menjadi bukti acuan berganda (doubled die)kerana MDD juga akan kelihatan spt itu.depankanta mengambil kira buah congkak kerana ciri2 ini tidak akan wujud pada syiling MDD.

      Terima kasih banyak2 sdr Zairul kerana sudi berkongsi disini...

      Padam
  2. Salam Tuan,
    Nampaknya semakin banyak syiling DD ditemui. Menarik juga jika dapat dikumpulkan kesemuanya.

    Terima kasih dengan perkongsian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali nsdk,
      Betul kata nsdk,syiling DD berbagai denominasi dan tahun tempaan telah dapat dilihat kebelakangan ini.Semua ini adalah satu kelebihan yang kita sama2 boleh ambil manafaat darinya..Tepat pula waktunya disaat syiling2 siri pertama dan kedua menunggu masa untuk ditarik dari edaran..

      Terima kasih nsdk....

      Padam