Sabtu, 14 Disember 2013

PEMBURUAN TIGA VARIETI SYILING 50SEN 2005

         Berbicara tentang varieti syiling Malaysia akan membawa kita menghalusi dan meneliti setiap keping syiling bagi mencari asal-usul acuan yang menempa syiling berkenaan. Sebarang kelainan yang dikesan pada imej syiling akan direkodkan sebagai penemuan varieti baru. Syiling 50sen 2005 adalah salah satu yang telah dikesan mempunyai sekurang-kurangnya tiga varieti....

                 Tiga varieti syiling Malaysia 50sen 2005

            Bahagian belakang varieti 1......

            Bahagian muka varieti 1....

               Bahagian belakang varieti 2....
           Bahagian muka varieti 2

        Bahagian belakang varieti 3
     Bahagian muka varieti 3...

                Imej bunga raya pada V1 adalah jelas dan mudah dikenali....

                Bunga raya varieti 2 kelihatan sangat berbeza dengan varieti 1.....

           Varieti 3, bunga raya mempunyai urat yang lebih jelas dengan ukiran agak kasar berbanding V1 dan V2..Pemerhatian yang teliti perlu bagi membezakannya dengan V2 kerana kemungkinan juga berbezaan imej pada V3 yang disebabkan pemakaian die (worn die) dari V2...

   

 Imej corak awan larat pada bahagian muka ketiga-tiga varieti syiling 50sen 2005 akan menjelaskan perbezaannya...

                 Corak awan larat wau pada varieti 1


                     Corak pada wau varieti 2....

              Corak wau pada varieti 3...Bahagian tengah yang berbentuk bintang menjadi perhatian untuk membezakan varieti 2 dan varieti 3...


                Perbezaan imej bintang pada V2 dan V3


          Perkongsian ini menjadi lebih mudah dan menarik jika anda juga turut memeriksa syiling anda, bahagian bintang yang diikir pada corak wau jelas kelihatan berbeza antara V2 dan V3....
         Koleksi ketiga-tiga varieti ini seharusnya sudah berada dalam koleksi anda sebelum anda terpaksa membayar harga yang lebih dimasa akan datang....Selamat mengumpul

Khamis, 7 November 2013

SYILING 50SEN PALSU PERTAMA SIRI BUNGA RAYA

       Syiling Malaysia 50sen siri bunga raya 1989-2011 telah dicemari oleh perbuatan jenayah membuat syiling palsu. Walaupun syiling 50sen moden Malaysia terawal yang dijumpai palsu adalah siri Parlimen iaitu tahun 1985 tetapi masih diragui bilakah kegiatan ini sebenarnya bermula kerana penemuan syiling palsu moden mula riuh diperkatakan oleh ahli-ahli numismatik selepas tahun 2000, kemungkinan juga syiling palsu 50sen siri Parlimen dibuat dalam era siri bunga raya.

       Penemuan syiling palsu 50sen 1993 ini merupakan tahun terawal yang tertera pada muka syiling dan dipercayai ianya adalah sebenarnya syiling terawal syiling palsu siri bunga raya. Penemuan ini seolah-olah membawa rumusan bahawa pembuatan syiling palsu adalah dirancang dengan teliti dan diperbuat hampir menyamai teknologi syiling tulin. Banyak error yang dikesan pada syiling ini telah membuktikan perkara ini.

        Diperingkat awal pembuatan syiling palsu adalah menggunakan logam besi seratus peratus kerana ianya murah ....SYILING 50SEN MALAYSIA PALSU 1993

         Syiling palsu besi didapati mudah berkarat dan mudah pula dikesan kerana mempunyai tarikan magnet yang kuat. Pada asalnya syiling palsu dibuat adalah dipercayai untuk mengaburi mesin-mesin judi dan hiburan serta mesin letak kereta. Depankanta berpendapat syiling-syiling palsu "dilepaskan" memasuki edaran adalah melalui mesin-mesin tersebut dan pemilik mesin pula dengan  tidak langsung menjadi ejen mengedar syiling-syiling ini samada secara sedar atau tidak.

               Ruang-ruang huruf mudah berkarat....

                  Ciri-ciri MDD jelas kelihatan....

         "Filled die" hampir menenggelamkan stigma bunga raya....

           "Die clash" pada syiling palsu membuktikan penggunaan teknologi yang sama dengan teknologi syiling tulin...

            Die clash seperti ini sangat sukar dijumpai pada syiling tulin......

Isnin, 21 Oktober 2013

CRACKED PLANCHETS ERROR

       Mint error tidak menghadkan kecacatan syiling semasa proses penempaan sahaja tetapi juga melibatkan proses penyediaan logam planchet samada satu logam atau campuran logam (aloi)...Kegagalan dalam proses penyediaan planchet biasanya akan menghasilkan error dalam kategori planchet errors.

       Cracked planchets terdiri dari dua sub-kategori iaitu before strike dan after strike yang dapat dibezakan dengan pemerhatian kepada bentuk keretakan yang terjadi pada planchet samada ianya terjadi sebelum proses penempaan atau selepas penempaan..
                       
                   Spesimen yang dipamirkan ini merupakan dalam sub-kategori "cracked planchet before strike"

                   Kelihatan dengan jelas kesan keretakan terjadi pada bahagian bawah huruf dan angka atau imej kerana keretakan ini terjadi sebelum proses penempaan dilakukan...

               Kategori ini mudah terkeliru dengan struck through filled die grease kerana terdapat beberapa keadaan yang hampir sama. Anda mungkin ada pendapat lain tentang syiling 20sen 1982 ini...


        

Isnin, 14 Oktober 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA

           HARI SILIH BERGANTI, KINI MENJELANG KEMBALI HARI KEBESARAN BAGI UMAT ISLAM UNTUK MENYATAKAN RASA KESYUKURAN HANYA KEPADA ALLAH SWT DENGAN MENGADAKAN IBADAH KORBAN...
DENGAN PENUH RASA KESYUKURAN DEPANKANTA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN INI BAGI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA KORBAN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM SEMOGA HARI RAYA AIDIL ADHA TAHUN INI MENJADIKAN KITA INSAN YANG LEBIH BERTAKWA DAN SENTIASA BERSERAH DIRI HANYA KEPADA ALLAH SWT....

Jumaat, 27 September 2013

SENARAI AWAL SEMAKAN VARIETI ACUAN BERGANDA SYILING MALAYSIA

        Dengan kerjasama dan ehsan dari saudara Zainordin zairul Fazwan dan rakan-rakan  facebooknya dalam group error coins & variety collectors, depankanta mendapat keizinan untuk memaparkan senarai VARIETI ACUAN BERGANDA @ DOUBLED DIE VARIETIES (DDV) untuk syiling Moden Malaysia. Bagi menyediakan senarai yang sebegini rupa bukanlah satu tugas yang mudah melainkan mendapat kerjasama dan sepakatan dari satu group yang besar dan sering berhubungan...Group ini telah berjaya melakukannya (sekalung tahniah untuk mereka semua)...

      Bagi pengunjung yang berminat dan berpengetahuan dengan DDV digalakkan untuk berkongsi bagi melengkapkan maklumat senarai yang ada ini dan bertujuan untuk mengesahkan semua DDV ini selain digalakkan untuk menyalurkan maklumat tentang penemuan baru...

      Sebahagian dari senarai yang dipaparkan ini telah mendapat pengesahan dari pakar-pakar DDV sementara sebahagian lagi masih dalam perbincangan..Adalah menjadi perkara biasa dalam bidang syiling error untuk melebarkan perbincangan dan mengenengahkan hipotesis masing-masing dan pada akhirnya akan menghasilkan satu senarai lengkap yang muktamad.






MALAYSIA DDV LIST

1 sen 

5 sen 

1976 DDR
1977 DDO

1982 DDR
2008 DDR
2009 DDR V1
2009 DDR V2
2009 DDR V3
2009 DDR V4
2009 DDO

10 sen

1990 DDO
2004 DDO
2006 DDO
2007 DDO V1
2007 DDO V2
2007 DDR
2008 DDO V1
2008 DDO V2

20 sen 

2007 DDO V1
2007 DDO V2
2008 DDO
2008 DDR V1
2008 DDR V2

50 sen 

1984 DDO
1991 DDO
2002 TDR
2005 DDR V1
2005 DDR V2
2005 DDR V3
2009 DDR

RM1
1993 DDO


Memandangkan kegawatan masa, depankanta terpaksa mengambil masa untuk link mana-mana DDV dalam senarai diatas dengan post berkaitan DDV yang sedia ada dalam blog ini (akan sentiasa dikemaskini nanti). Bagi depankanta tiada halangan bagi pengunjung sekiranya ingin copy atau link post ini bertujuan untuk perkongsian bersama...SELAMAT MEMBURU SYILING DDV MALAYSIA..

Isnin, 9 September 2013

MONSTER DDO 10 SEN 2006

           Pengumpulan syiling mengikut varieti acuan berganda merupakan fokus utama setiap pengumpul syiling error, mengikut pengalaman depankanta dalam mengesan kewujudan syiling-syiling varieti acuan berganda (DDV) memang terdapat cabaran yang besar untuk melengkapkan koleksi kerana setiap varieti syiling ini tidak sama jumlahnya yang ada dalam edaran...

          Varieti acuan berganda (doubled die variety) merupakan satu kesilapan besar dalam proses pembuatan syiling namun ianya memberi keuntungan besar pula bagi pengumpul syiling error yang bertuah..Jumlah syiling DDV yang ada dalam edaran adalah bergantung kepada jumlah yang sempat ditempa sebelum ianya disedari oleh QC yang memeriksanya..Sebaik saja QC menyedari terjadi DDV ianya akan menggantikan die berkenaan dan hanya sedikit syiling yang sempat ditempa. Sekiranya lambat disedari akan menyebabkan banyak syiling DDV yang terlepas kedalam edaran dan lebih mudah bagi pengumpul untuk memperolehinya sebagaimana yang terjadi syiling DDV 5sen 2008 dan DDO 5sen 2009 yang secara relatifnya lebih mudah dijumpai...

            Varieti  DDO 10 sen 2006 ini adalah antara yang sangat sukar dijumpai, rationalnya DDO ini adalah sangat ketara jarak gandaannya yang lebih dikenali dengan gelaran "monster" yang tentunya mudah dikesan oleh pihak QC. Sebaik saja kerosakan die ini dikesan ianya terus diganti menyebabkan tidak banyak yang sempat terlepas dalam edaran....

Syiling DDO tulin sangat menarik untuk dijadikan koleksi kerana ianya merupakan satu bukti tentang keunikan pembuatan mata wang syiling.....



Isnin, 12 Ogos 2013

PENGUMPULAN SYILING ERROR

      Hobi mengumpul syiling error semakin hari semakin diminati, dengan didorong pula oleh berbagai aktiviti numismatik seperti seminar syiling error yang dijayakan oleh Kelab Warisan Numismatik dan Mr Dickson Niew baru-baru ini sedikit sebanyak telah meningkatkan kemahiran pengumpul kepada berbagai kategori syiling error.

     Pengumpulan syiling error dilihat sangat berpotensi untuk menjadi satu lagi jurusan numismatik yang akan menjadi perhatian pengumpul suatu hati nanti. Dengan dipermudahkan pula oleh kemudahan IT,internet serta kehadiran semakin ramai blogger syiling error, bidang pengumpulan syiling error mula menyemarak dan semakin mantap. Sebenarnya Kaedah Pengumpulan syiling error sama juga dengan mengumpul syiling klasik iaitu tumpuan kepada yang "rare" dan sukar diperolehi disamping ketulinan dan pengredannya.

     Penemuan sebarang syiling mint errors yang dipastikan ketulinannya akan didaftarkan dalam katalog dan pemburuan oleh pengumpul akan bermula disini. Bagi syiling error Malaysia belum ada satu katalog yang lengkap yang mendaftarkan kesemua penemuan kategori syiling error, semoga akan ada pengumpul syiling error akan memulakannya.

      Sebagai contoh depankanta pamirkan RTR die crack syiling 10 sen 2006. Tentu banyak syiling yang sempat ditempa oleh working die syiling ini dan keseronokan memburu akan terasa bila anda juga berjaya menemui/memperolehi syiling seperti ini dan dapat masukkan dalam album koleksi syiling error dalam kategori die crack dan RTR die crack

            Adakah anda sudah memiliki syiling die crack "petir" 5 sen 2008?.Perkataan petir adalah bertujuan pengenalan khusus die crack syiling yg dipamirkan ini untuk mengasingkan dari bentuk yg lain. Mungkin akan ada penemuan die crack berbentuk lain pula pada syiling 5sen 2008!....

       Lebih  memberangsangkan lagi jika anda menemui progressive dari keretakan working die syiling diatas dan menjadikan kategori RTR DIE CRACK "PETIR" 5 SEN 2008
   Ketiga-tiga syiling diatas seharusnya didaftarkan dalam katalog sebagai syiling error dalam kategori die crack:
         1. 10SEN 2006,RTR DIE CRACK
         2. 5SEN 2008,DIE CRACK
         3. 5SEN 2008,RTR DIE CRACK

Selasa, 6 Ogos 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1434H/2013M

    Dengan tulus ikhlas diucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri " dan dengan rendah hati depankanta ingin memohon kemaafan atas sebarang kekhilafan yang tiada disengajakan yang berlaku sepanjang posts dalam blog yang daif ini...Sokongan dan dorongan Para Pengunjung sentiasa menjadi ilham bagi depankanta untuk terus bergiat.......

Ahad, 28 Julai 2013

SEMARAK JAWI SEKITAR KOTA BHARU

           Tulisan jawi pernah menjadi jambatan utama yang menghubungkan dunia ilmuan di Nusantara. Tulisan jawi telah digunakan di Malaysia seawal 1303M sebagaimana yang tersurat pada batu bersurat Terengganu sementara antara penggunaan tulisan jawi terakhir yang terpahat dalam sejarah Malaysia ialah Pemasyuran Kemerdekaan Malaysia yang ditulis sepenuhnya dengan tulisan jawi.

          Meskipun tulisan ini semakin tidak kelihatan dan sesetengah pencinta tulisan jawi lebih suka mengambil sikap menyimpan rasa kecintaan itu hanya dihati tetapi jika tulisan-tulisan ini dapat dilihat terpapar dimana-mana dengan saiz yang besar pula tentu membanggakan.......

         Cuti sempena Nuzul Al-Quran beberapa hari lalu telah memberi kesempatan pada depankanta untuk mengabadikan tulisan jawi yang terdapat pada papan tanda sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan Darul Naim...









          Tulisan Jawi yang tertera pada wang kertas dan syiling semasa era penjajahan menggambarkan pengiktirafan penggunaan tulisan Jawi sebagai tulisan perantaraan orang-orang melayu oleh penjajah....


        Pemasyuran kemerdekaan Malaysia yang ditulis dengan tulisan jawi sepenuhnya bagi mewakili bahasa Melayu......


Jumaat, 19 Julai 2013

CUTTING ERROR

            Sebagaimana proses pembuatan syiling, wang kertas juga akan berpeluang mengalami kecacatan atau error biasanya disebabkan peralatan atau komponen mesin yang digunakan dalam proses pembuatannya. Sesuai dengan nilainya yang biasanya lebih tinggi dari nilai muka duit syiling, wang kertas error mempunyai nilai yang tinggi.

         Cutting error adalah kategori error yang disebabkan kedudukan mesin pemotong wang kertas telah "lari"dari setting asal lalu memotong wang kertas dengan tidak seimbang antara tempat yang dipotong dengan  penampilan imej. Pada pemerhatian depankanta wang kertas dalam kategori error ini agak mudah dijumpai dan kadang-kadang ianya dijupakan saja oleh pemiliknya....

              Wang kertas rm1 siri  moden pertama Malaysia...Error yang sedikit kadang-kadang dilupakan...    


           Wang kertas Jepun juga biasa dijumpai dengan cutting error.......

            Sekeping wang kertas klasik Indonesia juga dijumpai terjadi error yang sama...Berbanding dengan Misaligned error, Cutting error agak mudah dijumpai...