Khamis, 31 Januari 2013

LAGI DDO 5 SEN 2011

                 Usaha memburu syiling-syiling varieti Doubled Die berterusan dengan semakin bertambahnya jumlah pemburu, hasilnya hari ini kita dapat melihat berbagai penemuan varieti DD yang baru termasuk beberapa varieti bagi denominasi dan tahun yang sama. Dari minat yang mendalam kepada syiling-syiling Vatieri DD, lahir pula blogger yang mengkhususkan perbincangan tentang varieti Doubled Die spt blog :http://msiaerrorcoin.blogspot.com/

              Kelahiran blog-blog yang  khusus akan membuka satu lembaran baru bagi pengumpul syiling error untuk dijadikan rujukan atau sekurang-kurangnya sebagai medan untuk perbincangan dan berkongsi informasi. Mungkin suatu hari nanti setiap kategori utama syiling error Malaysia akan ada blog yang khusus bagi membicarakannya.

            Bagi meneruskan perkongsian syiling varieti DD, depankanta pamirkan sekeping lagi syiling 5 sen 2011 dengan ciri-ciri DDO yang jelas. Syiling yang baru dijumpai ini kelihatan sama dengan DDO 5 sen 2011 yang pernah dipamirkan dulu.
                   Foto-foto syiling yang sama dengan berbagai gaya dan cahaya......







             Syiling DDO 5 sen 2011 ini pernah dipamirkan dalam post terdahulu.......

6 ulasan:

  1. Salam Tuan,
    Tahniah! Nampaknya makin bertambah-tambahlah koleksi DD Tuan yang sedia ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali nsdk,
      Terima kasih, harap nsdk juga akan perolehi set koleksi syiling DD yang semakin banyak varieti yang dijumpai....Terima kasih

      Padam
  2. Salam Depankanta,
    Memang sah DD! Cuma yang perlu dibuat kajian adalah kelas yang sesuai untuk DD 5 sen 2011 ini.
    Saya pun nak cari juga :D
    Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali sdr Afiq,
      Hingga kini nampaknya belum ada rakan2 yg pamirkan DDO 2011 ini, walaupun gandaan imej kedua kepala gasing tidak begitu jelas tetapi terdapat garis pemisah yang jelas dan kedua imej itu kelihatan sempurna bentuknya (tiada kesan seret)...depankanta ada stok sekeping dua lagi DDO ini,sila sms 019-6955867 sekiranya afiq berminat,sila bagi harga cadangan afiq...Terima kasih

      Padam
  3. Alhamdulillah, jumpa jgak sekeping....setahun lebih memburu;)akhirnye dpt jgk...terima kasih tuan...sumber inspirasi:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, sementara syiling2 siri 1 dan 2 masih ada dalam edaran, wajar kita sama2 giatkan usaha memburu syiling2 istimewa seperti ini...Tahniah dan terima kasih sdr Zairul

      Padam