Ahad, 22 April 2012

SYILING BERBICARA 8,DIE CHIP

          Die chip bukan sahaja terjadi pada mana2 bahagian imej dipermukaan syiling tetapi ianya juga boleh terjadi pada bahagian rim.Selagi ianya adalah melibatkan serpihan kecil  logam yg terkeluar dari planchet ianya adalah die chip.

        Syiling Malaysia biasanya terjadi die chip pada bahagian angka atau huruf dan dijumpai  pada kedua permukaan syiling,perkongsian dalam post ini adalah penemuan die chip pada bahagian tepi rapat kebahagian rim syiling.Menjadi kebiasaan serpihan akan terjadi bermula pada bahagian yg berparit spt yg ada pada lurah angka dan huruf pada die,demikian juga pada imej rim yg ada pada die.

       Beberapa keping syiling 10 sen 2010 dijumpai terdapat kesan die chip yg bermula dari bahagian rim.

              Sebagaimana die chip yg terjadi pada bahagian angka dan huruf,ianya juga terdapat progressive pada die yg menunjukkan die chip yg semakin membesar...



       

Berlainan pula yg terjadi pada bentuk begini yg lebih merupakan striking error.....

   

Sabtu, 21 April 2012

PERKEMBANGAN NUMISMATIK ISLAM



        Semasa merayap-rayap melayari beberapa laman web dan blog2 mencari info berkaitan numismatik,depankanta terjumpa laman web yg diterbitkan oleh King faisal Center for Research and Islamic Studies.Tertarik dgn tulisan Dr. Nasr Eddin M.Sleh Farfour membuat rentetan sejarah pengeluaran syiling mengikut sejarah perkembangan dan pemerintahan Islam.

      Untuk perkongsian bersama dan bagi memperkayakan lagi bidang numismatik,dipamirkan sebahagian maklumat yg ada dalam laman web tersebut...

                 Terlalu panjang untuk dibawa kesemua penulisan Dr Nasr kedalam blog ini,jadi bagi pelawat yg ingin mendapat info selanjutnya bolehlah melawat laman web berkenaan.Dipamirkan beberapa syiling yg ada  dalam laman berkenaan untuk tatapan dan perkongsian bersama.







                       Adakah syiling2 Yassin yg tersohor dinegara kita ada kaitan dgn syiling2 ini?......Selamat bercuti hujung minggu...

Jumaat, 20 April 2012

DIE CRACK MARIA THERESA

     Die crack tertua yg ada dalam koleksi depankanta adalah pada syiling restrike 1 thaler Austria-Hungary keluaran pada era moden selepas 1850 dgn mengekalkan  tahun asal 1780.Syiling berbentuk klasik yg diperbuat dari perak ini bersaiz besar dgn ukuran diameter 41mm .Maklumat tentang syiling restrike ini boleh dilayari di http://www.theresia.name/en/svergleich.html

                            Die crack dikesan pada kedua permukaan syiling ini...Kesan keretakan pada syiling klasik ini agak berlainan dgn syiling moden iaitu ianya terjadi secara bulatan mengelilingi bahagian bawah huruf...(ditandakan dgn garis merah).

               Menggunakan wajah Maria Theresia pada bahagian muka..Juga terdapat die crack terjadi secara bulat sekeliling syiling...Perhatikan garis merah

             Kalau bentuk die crack begini kurang tepat jika dinamakan RTR die crack..tentu ada istilah lain yg lebih sesuai digunakan...Logam dan kaedah pembuatan die mungkin penyebab utama kenapa die crack terjadi berbentuk begini...

              Dgn siaz diameter 41 mm dan berat melebihi 28 gm,syiling ini tidak lagi sesuai diberi pada kanak2 sekiranya masih digunakan hari ini...

            Paling menarik pada syiling ini ialah tulisan pada sisinya yg dibuat dgn teliti dan sempurna sama spt pada permukaan syiling...
Syiling ini merupakan syiling restrike yg dibuat pada era moden tapi masih mengekalkan tulisan tahun asal tempaan 1780..Blogger whycollect telah menyalurkan maklumat pembetulan keatas post asal tentang syiling ini namun ciri2 die crack masih kekal pada syiling ini....terima kasih banyak2 sdr Whycollect...

Khamis, 19 April 2012

REPAIRED DIE VS LATHE LINES

Telah banyak posts yg dipamirkan bertujuan untuk perkongsian tentang repaired die error dan lathe lines dan didapati post2 begini menarik minat pelawat terutama dari luar negara..

       Syiling 1 sen 1993 repaired die error pernah dipamirkan dalam post terdahulu,kini bila sekeping lagi dijumpai dgn ciri2 yg sama,ianya jelas membuktikan sesuatu terjadi pada permukaan die yg menempa syiling2 ini.

                  Bila lebih dari sekeping syiling dijumpai,tentu lebih meyakinkan...
                                Syiling 1

                                Syiling 2

                               Syiling 1

                              Syiling 2

                               Syiling 1

                               Syiling2

                               Syiling 1 & 2

                         Bahagian muka kedua syiling 1993 ini tiada kesan error...

              Ciri2 yg sama dapat dilihat pada syiling repaired die 5 sen s3M ini...Persamaannya ialah garis2 yg ada dilihat tidak selari dan berbentuk calar-balar menandakan repaired die dibuat secara manual dan tidak dibersihkan sepenuhnya...

         Berlainan pula dgn syiling2 lathe lines 5 sen s3M yg pernah dipamirkan,ianya lebih menampakkan garis yg selari dan berbentuk concentric lines..

                Syiling 5 sen 2010 yg pernah dipamirkan ini kelihatan garis2 yg agak kasar dan juga berbentuk selari dalam bulatan....

Rabu, 18 April 2012

DUTA 1 SEN BUNGA RAYA

        Sekiranya dikumpul dan diasingkan syiling 1 sen siri bunga raya mengikut error yg paling banyak,koleksi depankanta mendapati keputusannya tiga kategori yg error yg popular iaitu,die chip error,die clash error dan  die crack error dan bila di asingkan mengikut tahun tempaan,keputusannya,2004 menjuarai kategori die clash,2005 mendominasi kategori die chip sementara die crack dikuasai oleh keluaran tahun 2006.

          Bagi mewakili kesemua error yg popular terjadi pada syiling2 tersebut,sekeping syiling 1 sen 2005 yg dijumpai dikira  memadai jika anda ingin melihat dan mengenali  ketiga2 error berkenaan.
                 
                    Syiling 1 sen 2005 ini menjadi duta bagi mewakili error yg popular pada syiling 1 sen siri bunga raya bagi error die clash,die chip dan die crack error.

          Sebagaimana biasa dijumpai,die chip terjadi pada angka tahun tempaan"2005"

            Die crack pula terjadi pada dua tempat,iaitu merentasi kelopak bunga raya dgn kesan "blob" dan...

                 pada rim berhampiran huruf "E"hingga mencecah angka "1".Kedua2 die crack ini diikuti dgn terbentuk  "blob"yg secara lengkapnya ada diterangkan oleh pakar syiling error Mr Dickson Niew dalam blognya.

       Die clash pula jelas kelihatan dgn menampakkan imej ghostly rebana ubi dibawah imej bunga raya

      Bahagian muka syiling ini tiada kesan error.Depankanta pernah ditanya oleh anonymous adakah syiling2 error 1 sen mempunyai nilai?,agak sukar untuk menjawabnya tapi sekeping syiling 2005 ini dgn 3 in 1 error dan ianya bergred tinggi tentu mempunyai nilai,paling2 tidak pun ia akan melebihi nilai mukanya..haha...