Khamis, 3 Januari 2013

BLOB VS DIE CHIP

             Diskusi mengenai kejadian blob pada syiling akan lebih lengkap jika dapat dilihat dan bincangkan bersama kejadian die chip error.Membicarakan dua keadaan yang mudah terkeliru ini perlu menyentuh berbagai aspek yang menyumbang kepada kejadian blob dan die chip...

             Sekeping syiling 1 sen 2005 dipamirkan untuk memudahkan kita memahami perbezaan dan persamaan antara blob dan die chip...Pada sekeping syiling ini telah menceritakan perbezaan antara die chip dan blob walau pun pada penampilannya kelihatan sama sahaja....

              Blob pada syiling ini terjadi pada kelopak bunga raya hasil dari serpihan yang berasal dari die crack.

                Die crack yang terjadi dari jam 12.30 menuju kebawah telah meninggalkan blob yang nipis pada angka"1",keadaan yang nipis begini tidak dapat dipastikan adakah juga diistilahkan sebagai blob atau lain-lain istilah....

           

      Jika bernasib baik kita dapat jumpai dan menyusun beberapa keping syiling yang menunjukkan pengembangan yang terjadi pada die crack yang membentuk gouge....depankanta pernah pamirkan set mengenai die progressive  : http://depankanta.blogspot.com/search/label/SET%20DIE%20PROGRESSIVE





      Die chip dikesan pada angka "2005",hampir keseluruhan angka ini telah terjadi die chip error.


                         Lakaran A : Pada setiap working die terdapat imej syiling dalam bentuk negatif,dan bahagian tebing setiap imej (panah merah) adalah mudah terjadi die chip.

                         Lakaran B : Pada awal pembentukan die chip sedikit bahagian tebing telah terserpih...

                        Lakaran C : Bahagian die yang terserpih semakin membesar..

                        Lakaran D : Pembentukan die chip error yang sempurna.....


          
         Keadaan serpihan logam yang terjadi pada die chip error adalah sama dengan kejadian pembentukan blob,yang membezakan antara kedua keadaan ini adalah die chip cenderung untuk mula  terjadi dibahagian tebing huruf atau imej pada syiling sementara blob terjadi pada tebing bahagian logam die yang retak.

       Dari keterangan ini,dapat kita rumuskan bahawa saiz pembentukan die chip hanya berkisar sekitar huruf,angka atau imej syiling sementara saiz blob adalah bebas terjadi dan membesar sepanjang keretakan yang ada pada die crack.....

      Bagaimana pula dengan die gouge?......

Rabu, 2 Januari 2013

20 SEN S3M 2012,KENALI BLOB

          Penemuan berbagai kategori error pada syiling s3M telah menimbulkan berbagai tanda tanya dikalangan penggemar syiling error Malaysia. Pada tahun pertama pengeluarannya telah muncul hampir semua kategori yang ada pada syiling Malaysia siri Parlimen dan Bunga raya,agak mengharukan bagi syiling-syiling error s3M bila setahun pengeluaran telah hampir menyamai pengumpulan selama 20 tahun bagi siri yg sebelumnya....

          Antara kategori error s3M yang dipamirkan oleh blogger numismatik ialah penemuan kategori die chip,die crack,cud,PSD,rotated die,die clash,misaligned die,DD,DDD,MDD,collar clash,finned rim,struck through,filled die,die gouge,dan berbagai kategori error lagi...Sebelum syiling-syiling kita ini menjadi perbincangan dikalangan pakar-pakar numismatik antarabangsa,elok pihak kilang mengambil langkah yang sewajarnya untuk menambahbaik kualiti pengeluaran menjelang keluaran 2013 ini...

       Dengan bertambahnya jumlah peminat dan pengumpul syiling error di Malaysia bererti bertambahnya mata yang memerhati dan jari-jari yang membeleknya, ini adalah perkembangan biasa yg sedang terjadi diseluruh dunia numismatik dialaf moden hari ini. Antara pengumpul dan QC kilang seharusnya wujud hubungan saling bertukar pandangan.Pihak kilang secara langsungnya telah mendapat manafaat dari pengumpul syiling error yang menjadi QC tanpa upah kepada kilang syiling.

                Untuk perkongsian sempena tahun baru 2013 depankanta pamirkan penemuan syiling 20 sen 2012 s3M dengan berbagai ciri-ciri errors.

                Pada bahagian belakang syiling kelihatan die chip yang terjadi pada tempat yang berlainan..Multi die chip...

          Pada bahagian rimnya pula terdapat kesan rim cud............

           Bahagian muka syiling kelihatan die crack yang telah terbentuk blob........


       Die crack adalah satu kejadian malang pada die yang sangat berkait dgn jenis logam dan kesempurnaan pembuatan working die serta kelasakkan penggunaannya....Keretakan biasa terjadi bermula atau berakhir pada bahagian rim...


          Dari keretakan yg terjadi pada permukaan pada die yang dibiarkan terus melakukan kerja-kerja penempaan akan membentuk blob iaitu tompokan logam akibat sebahagian yang  retak telah terserpih sedikit demi sedikit....Keretakan pada syiling ini adalah bersifat Rim To Rim  (RTR) kerana retak yang terjadi bermula di rim dan berakhir di rim syiling..RTR die crack,jika terus dibiarkan akan mewujudkan cud pada syiling.

         Perkembangan keretakan die yang membentuk blob dapat dilihat pada gambarajah A,B,C dan D dibawah...Kelemahan logam pada bahagian tertentu yang retak telah menyebabkan sedikit demi sedikit serpihan terjadi yg membentuk blob.




Isnin, 31 Disember 2012

CAKAP-CAKAP SYILING ERROR SEPANJANG 2012

SYILING ERROR 2012


   Syiling error menjadi tumpuan pengumpul numismatik khasnya dari golongan muda dan juga dari pengumpul barang-barang klasik yg telah memperbagaikan koleksi mereka dengan menceburi bidang syiling error.Penglibatan secara aktif oleh ahli-ahli numismatik dilihat memberi sumbangan utama dalam menggalakkan perkembangan syiling error dan ini akan melengkapkan lagi sains numismatik Malaysia.      Perkembangan yang menarik ini dapat dilihat dengan bertambahnya jumlah blogger numismatik dan juga rancaknya perkongsian dan perbincangan dalam facebook.Dari kalangan masyarakat biasa pula mereka mula berjinak-jinak dan mula menjengah ke laman-laman syiling error yang ada dalam internet,minat orang ramai terhadap syiling error ini lebih ketara bila banyak berita dan dokumentasi syiling error diterbitkan oleh akhbar-akhbar tempatan sepanjang 2012.  


      Syiling-syiling dalam kategori error yang boleh dijumpai dalam edaran spt rotated die,die clash,die crack dll telah menjadi bahan perbincangan yang  lebih terperinci berkaitan ciri-ciri berbagai kategori error.Walaupun dengan rujukan yang terhad,perbincangan syiling error sepanjang 2012 dilihat semakin hari semakin mantap. Penemuan beberapa error yg sebelum ini tidak kelihatan juga dapat dilihat.Perkongsian sebegini akan menjadikan bidang syiling error terus meningkat maju dari tahun ketahun....  


     

VARIETI  & VARIETI DOUBLED DIES 



       Pada tahun 2012,tumpuan peminat syiling error dilihat lebih menjurus kepada varieti Doubled Die yang juga menjadi koleksi tumpuan utama bagi pengumpul diperingkat antarabangsa khususnya di US.Penumpuan kepada kategori ini oleh pengumpul-pengumpul baru yang terdiri dari golongan muda telah meningkatkan penemuan berbagai varieti doubled die pada tahun 2012 yang belum pernah dijumpai sebelum ini,disamping pencerahan tentang klas dalam varieti ini dapat dianalisis dengan lebih tepat dan mantap.

      Selain varieti doubled dies,pada tahun 2012 menjadi tahun penemuan berbagai varieti die yg menjadikan koleksi syiling-syiling Malaysia lebih lengkap.Hampir kesemua denominasi syiling siri bunga raya telah dipamirkan penemuan die varieti dan beberapa deno dari siri Parlimen.Cabaran seterusnya kepada penggemar die varieti adalah untuk melengkapkan lagi penemuan ini terutamanya bagi siri Parlimen.

                          

CATATAN  NUMISMATIK MALAYSIA

       Sepanjang tahun 2012 juga banyak semakan semula dibuat oleh pengumpul-pengumpul keatas beberapa penerbitan katalog dan perkongsian ini telah menghasilkan penjelasan keatas kemuskilan tentang pengeluaran dan kategori sebenar syiling-syiling keluaran kilang Malaysia.

     Antara yang dibuat pencerahan tentang fakta syiling Malaysia ialah pengeluaran syiling 50 sen 2006 yang disenaraikan dalam beberapa katalog,setelah sekian lama kemuskilan dikalangan pengumpul timbul akhirnya muncul pencerahan dari pakar-pakar bahawa syiling yang ditempa pada tahun 2006 adalah jumlah yang ditempa oleh kilang syiling dan tahun tempaan yang tertera pada syiling berkenaan adalah 2005.


    Selain maklumat itu beberapa perkara masih ada yang perlukan pencerahan seperti syiling-syiling yang dikategorikan sebagai "extra dot" iaitu 5 sen 1982,50 sen 1979 dan 1988,adakah syiling-syiling ini sebenarnya adalah dalam kategori varieti die atau syiling error.Persoalan ini timbul kerana syiling "extra dot"tersebut dikaitkan dgn die gouge error..



SYILING MISTIK



       Syiling-syiling mistik dan wang kertas yang diluar perbincangan numismatik seperti syiling yasin dan wang sa-puloh ringit watermark agong adalah sebenarnya barangan atau alat yg digunakan atau berkaitan dengan alam mistik. Orang ramai dilihat  sangat berminat untuk mendapat maklumat tentang barangan ini terutama syiling Yasin. Walaupun syiling Yasin tidak pernah termasuk dalam perbincangan numismatik namun bagi membantu orang ramai supaya tidak timbul kekeliruan,sewajarnya ahli-ahli numismatik muncul untuk memberi penjelasan. Tahun 2012 mungkin tahun pendedahan tentang syiling ini dan maklumat selanjutnya akan dapat  diperincikan menjelang tahun baru nanti....



SYILING BURUAN


      Masyarakat awam yang melawat blog-bloq numis terdiri dari bukan golongan numismatis, mereka cenderung untuk melihat syiling-syiling yang mendapat premium yang tinggi,keadaan ini merupakan permulaan bagi mencetuskan minat orang ramai untuk memberi perhatian kepada pengumpulan syiling seterusnya mendekatkan mereka dengan syiling error.

             Kesedaran orang ramai tentang syiling-syiling buruan Pengumpul telah membabitkan orang ramai dalam bidang numismatik dan pada akhirnya akan meningkatkan jumlah mereka yang terlibat dgn hobi ini.Kerja-kerja menyelongkar syiling-syiling buruan Pengumpul telah menemukan pula orang ramai dengan syiling-syiling ganjil atau luar biasa yang akan melibatkan mereka kedalam syiling error.



JUALAN DAN PREMIUM SYILING ERROR 2012


         Menjelang selepas pertengahan tahun 2012,merupakan garis yang memperlihatkan meningkatnya jualan syiling error Malaysia dan bila permintaan semakin meningkat premium syiling error secara automatis menjadi semakin tinggi.Jualan antara pengumpul dalam laman facebook berjalan dengan rancak antara sesama pengumpul.Situasi dan kaedah ini dilihat adalah terbaik bagi Pengumpul untuk memperbagaikan koleksi syiling error mereka.

       Kecenderungan pengumpul untuk memiliki berbagai kategori syiling error Malaysia telah melonjakkan premium dan pada tahun 2012 dilihat harga-harga tawaran adalah lebih tinggi dari tahun-tahun sebelum,dari beberapa RM bagi sekeping syiling error,ianya boleh mencecah hingga kepada beberapa ribu RM.Nilai yg semakin meningkat dari tahun ketahun juga akan memberi lebih keyakinan kepada mereka yang berminat untuk memulakan pelaburan syiling error Malaysia.



SYILING PALSU DAN SYILING ERROR PALSU


         Sepanjang tahun 2012,bila syiling error semakin mendapat tempat dikalangan dari orang ramai.Perhatian juga diberi kepada kewujudan syiling palsu terutama syiling 50 sen siri bunga raya dan persaingan untuk mengumpul susunan mengikut tahun telah meningkatkan harga syiling-syiling palsu.  Selain syiling palsu,ramai pengumpul syiling error yang baru berkecimpung dibidang ini menghadapi cabaran oleh wujudnya syiling-syiling error palsu yang sebenarnya dapat dibuat pengecaman oleh pakar-pakar syiling error .Kita bernasib baik kerana kesudian pakar-pakar dan otai-otai yang sring memberi peringatan dan panduan bagi mengenali syiling-syiling error palsu ini.



BUKU RUJUKAN SYILING ERROR MALAYSIA


           Persoalan utama yang menjadi tajuk perbincangan dikalangan orang ramai ialah tentang bagaimana untuk mengenali syiling error tanpa satu rujukan yang tepat. Mungkin faktor ini telah menyebabkan peminat-peminat syiling error yang baru berkecimpung dilapangan ini telah kecewa lantaran tiada rujukan yang dapat membantu mereka. Meskipun dilihat tahun 2012 telah berjaya melahirkan ramai blogger yg mengkhususkan syiling error namun kemahiran bagi menulis artikel yang tepat dan mengikut standard sebenar masih belum dicapai.

          Bagi tujuan untuk menggalakan penyertaan orang ramai dan bertujuan mendedahkan bidang syiling error kepada orang ramai,sewajarnya ada pakar-pakar yang tampil secara individu atau kumpulan bagi mejayakan misi penerbitan buku syiling error ini sekurangnya secara ringkas dengan versi permulaan.




ISTILAH BAHASA MALAYSIA BAGI SYILING ERROR

          Bila berkembangnya bidang syiling error di Malaysia,telah menarik minat berbagai golongan masyarakat Pengumpul dan orang ramai. Bagi menerangkan keperbagaian dalam ketegori dan sub-kategori syiling error beberapa usaha terjemahan telah dibuat dan usaha ini didapati melalui jalan yang sukar kerana bidang ini adalah terlalu khusus dan sebarang kesilapan dalam terjemahan akan melarikan makna yang asal.


      "Syiling error" umpamanya,apakah terjemahan yang terbaik untuknya?.."error",biasa dijumpai diterjemahkan kepada "ralat "namun pengunaan bahasanya lebih kepada kata kerja  yang menyebabkan bila disebut "syiling ralat"(kata nama) kedengarannya agak janggal.Ramai yang mengambil keputusan untuk mengekalkan istilah mengikut yang asal dan mana-mana yang manasabah diterjemahkan,terus diterjemahkan.Mungkin dengan meningkatnya peminat syiling error suatu hari nanti tentu akan menemukan dengan pakar bahasa yang dapat terjemahkan istilah-istilah syiling error dengan lebih tepat dan diterima semua.




SYILING MALAYSIA SIRI KETIGA

        
           Tahun 2012 merupakan tahun numismatik Malaysia,setelah lebih 20 tahun syiling siri kedua Malaysia (1989-2011) dikeluarkan untuk kegunaan orang ramai pada tahun 2012 BNM telah mula mengedarkan syiling baru siri ketiga. Kini pengguna di Malaysia dapat menikmati penggunaan ketiga-tiga siri syiling Malaysia serentak dalam dalam satu masa dan dijangkakan pada tahun 2013 pihak BNM akan mengeluarkan notis tentang penarikan siri 1 atau bersama siri 2 dari edaran.

         Pada awal peredaran syiling ketiga ini telah menimbul berbagai persoalan bila terdapat pandangan yang mengaitkan syiling denominasi 10 sen dengan bendera Israel. Setelah semakin lama syiling-syiling ini berada dalam edaran tidak lagi kedengaran pandangan seperti itu. Bagi peminat syiling error,mereka mempunyai pandangan yang berlainan pula iaitu banyaknya wujud syiling error yang terjadi pada syiling baru Malaysia, pengumpul-pengumpul syiling error akan gembira bila menemui beberapa keping syiling error tapi bila teralu banyak dijumpai akan mengurangkan rarity.Dari sini timbul persoalan bagi syiling siri ketiga Malaysia ini, adakah standard kualiti digunakan untuk syiling siri ketiga Malaysia atau hanya sekadar mencukupkan jumlah pengeluarannya sahaja?.....

     TIADA UCAPAN SELAMAT TINGGAL UNTUK 2012,WALAU PUN DETIK SUDAH TIBA UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2013 UNTUK SEMUA PELAWAT YANG TIDAK PERNAH JEMU BERKUNJUNG DAN MEMBERI KOMEN KEPADA BLOG DEPANKANTA.......TERIMA KASIH SEMUA

Ahad, 30 Disember 2012

DDO 1 SEN 2004,3 IN 1

          Syiling Malaysia 1 sen 2004 telah ditempa sebanyak 227,700,000 keping,mengikut apa yg difahamkan setiap die syiling Moden mampu menempa sebanyak 1,000,000 keping syiling.Bagi menempa syiling 1 sen 2004 ini,sebanyak sekurang-kurangnya 228 working die diperlukan,satu jumlah yg banyak dan proses pembuatan die ini akan memungkinkan terjadinya die yang mempunyai imej berganda iaitu Doubled Dies (acuan berganda)...
         
           Syiling-syiling Varieti Doubled Die (DD) menjadi buruan terhangat sepanjang 2012 bagi pengumpul syiling Error & varieti. Walaupun premium syiling-syiling DD Malaysia hari ini masih tidak begitu tinggi depankanta meramalkan bila kedua siri Parlimen dan Bunga raya ditarik dari edaran, premium syiling-syiling DD dari siri ini akan meningkat tinggi.Faktor utama ialah DD adalah die Varieti yg terjadi error yang menjadi koleksi istimewa bagi pengumpul syiling biasa dan syiling error.Keadaan yang sama berlaku diperingkat numismatis antarabangsa.....

          Syiling Doubled Die Obverse (DDO) 1 sen 2004 menjadi buruan pengumpul DDV,kesukaran untuk menjumpai syiling2 1 sen menyebabkan DDO ini tidak banyak kelihatan dipamirkan oleh pengumpul...

                 Bahagian kaki rebana ubi menjadi berganda akibat berlaku  pergerakan semasa proses pemindahan imej dari working hub kepada working die.
           

             Pada bahagian atas rebana iaitu bahagian belulang juga terjadi pergandaan imej....

                Lebih menarik syiling penemuan ini kerana terdapat juga kesan rotated die clash dan finned rim pada bahagian belakang syiling....

                 finned rim terjadi sekitar jam 9.00 dan rotated die clash sekitar 30 darjah...
Pautan berkaitan: http://depankanta.blogspot.com/2011/10/pengesahan-doubled-die-rebana-ubi.html

Khamis, 27 Disember 2012

MUSIM BAH TIBA LAGI.....

      Musim bah (banjir)  menjadi musim yang ditunggu-tunggu oleh kanak-kanak, sementara musim ini menjadi kerisauan pula kepada ibu-bapa.Dua generasi ini melihat air bah yg datang dari sudut mereka masing-masing..Bagi masyarakat Pantai Timur Semenanjung khususnya di Kelantan yang telah lama terbiasa dan bersedia dengan kedatangan musim bah.Setiap penghujung tahun persiapan dibuat bagi menghadapi musim ini.(Dalam loghat Kelantan musim bah disebut "puye (musim) boh")....

       Tahun 2012 nampaknya tidak membawa hujan lebat yang berterusan hingga mendatangkan bah besar disini, pada minggu kedua terakhir Disember ini baru seluruh Kelantan menerima hujan yang lebat itu pun hanya untuk beberapa hari sahaja dan beberapa tempat telah banjir dan mula merasai kehadiran musim tengkujuh. Fenomena alam telah bertukar,kalau dulu-dulu air bah hanya dirasai oleh penduduk sekitar Pantai Timur sahaja tapi dalam alaf lapisan ozone baru,air banjir dapat dirasai oleh hampir semua negeri dari Johor di Selatan hingga ke Kedah di Utara...Begitulah fitrah alam yang diatur oleh Allah SWT Tuhan Yg Maha Esa....

              Bermula hanya dari beberapa titisan hujan........

          Bila tiba musim bah,langit gelap dipenuhi awan hujan,dan dibumi air memenuhi setiap ruang yang lembah....

                   Jalanraya bertukar menjadi sungai.........

                 Antara kampung dan kampung sebelah,terputus hubungan......

              Kanak-kanak yang sedang bercuti sekolah mula memanfaatkan musim bah dgn berbagai aktiviti air semahunya....

Bandar Kota Bharu petang 27 Dis 2012...Tenang menghadapi musim tengkujuh.............


Khas untuk pelawat yang berasal atau pernah tinggal di Pasir Mas,dipamirkan foto kenangan musim bah besar tahun 1967 di bandar Pasir.Mas......(ehsan senibudi foto studio P.Mas)


Perahu ini datang dari kg Pohon Chelagi menuju stesen keratapi...Kedai Soon Aik masih wujud sekarang...Foto diambil dari kedai senibudi foto studio berhampiran kedai capati Abdullah Restoran.....

        Hadapan panggung wayang Rex,..Tentu ramai orang lama bandar Pasir.Mas tersentuh dgn foto ini,terutama peminat filem hindustan dan cowboy...

           Antara generasi 2012 dan generasi musim  bah 1967,mereka masih dihubung oleh dua perkara yg sama bila berada dalam suasana musim bah begini....iaitu:

                          Secawan kopi o panas.................dan,

           Sepinggan ubi kayu rebus...................Hidangan yang semestinya dimusim bah,dimakan beramai-ramai dalam kesejukan angin dan tempias musim tengkujuh....


        Selamat bercuti hujung minggu.....awasi anak-anak dan kanak-kanak dimusim banjir....