Khamis, 23 Januari 2014

CUD @ DIE BREAK

            Tidak banyak maklumat ditemui tentang bagaimana istilah yang agak istimewa ini diberikan kepada keadaan kerosakan syiling seperti ini. Cud merupakan kategori error yang sangat menarik dan merupakan antara yang paling sukar dipalsukan.Cud error boleh terjadi pada bahagian muka dan pada belakang syiling. Adalah terlalu sukar untuk dijumpai terjadi cud pada kedua permukaan syiling...Perkongsian kali ini adalah cud error bahagian belakang syiling Malaysia 10sen 2005.Cud adalah istilah yang diberikan untuk menggambarkan bonjolan yang timbul pada permukaan syiling. Kategori error ini adalah die break iaitu sub kategori Die errors.

             Die atas yang menempa Syiling 10sen 2005 ini telah pecah sebahagiannya lalu memberi kesan besar pada rupabentuk syiling yang ditempa, pada permukaan syiling akan kelihatan bonjol atau menggelembung dibahagian yang tidak terkena die kerana tindak balas fizik. Proto rim atau up setting rim masih kelihatan kerana rim ini dibentuk sebelum planchet ini memasuki ruang chamber untuk ditempa.


              Bahagian muka rim pula akan terjadi fenomena tenggelam yang sebenarnya adalah satu tindak balas fizik yang berlaku akibat hentakan yang kuat dibahagian yang die yang masih elok. Cud error tidak menjejaskan berat syiling kerana tidak ada logam planchet yang tertanggal.

Dihujung permukaan syiling juga masih kelihatan proto rim. Bahagian yang kelihatan tenggelam ini sebenarnya adalah bahagian logam yang terangkat naik akibat hentakan proses penempaan.

             Bahagian sisi syiling akan kelihatan melengkung sedikit namun bahagian cud yang terbentuk tidak melepasi ketinggian rim...Keadaan ini menyebabkan syiling-syiling dengan cud error seperti ini masih berpeluang ditemui dalam edaran...garis gerigi pada sisi syiling tidak terjejas kerana collar die tidak rosak.

           Kiri adalah sisi syiling 10sen biasa dan kanan adalah sisi syiling cud error.

         

    Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada sdr. Mohd Halim Mohd Nor dari Kubang Kerian,Kota Bharu  untuk perkongsian syiling ini.

Sabtu, 14 Disember 2013

PEMBURUAN TIGA VARIETI SYILING 50SEN 2005

         Berbicara tentang varieti syiling Malaysia akan membawa kita menghalusi dan meneliti setiap keping syiling bagi mencari asal-usul acuan yang menempa syiling berkenaan. Sebarang kelainan yang dikesan pada imej syiling akan direkodkan sebagai penemuan varieti baru. Syiling 50sen 2005 adalah salah satu yang telah dikesan mempunyai sekurang-kurangnya tiga varieti....

                 Tiga varieti syiling Malaysia 50sen 2005

            Bahagian belakang varieti 1......

            Bahagian muka varieti 1....

               Bahagian belakang varieti 2....
           Bahagian muka varieti 2

        Bahagian belakang varieti 3
     Bahagian muka varieti 3...

                Imej bunga raya pada V1 adalah jelas dan mudah dikenali....

                Bunga raya varieti 2 kelihatan sangat berbeza dengan varieti 1.....

           Varieti 3, bunga raya mempunyai urat yang lebih jelas dengan ukiran agak kasar berbanding V1 dan V2..Pemerhatian yang teliti perlu bagi membezakannya dengan V2 kerana kemungkinan juga berbezaan imej pada V3 yang disebabkan pemakaian die (worn die) dari V2...

   

 Imej corak awan larat pada bahagian muka ketiga-tiga varieti syiling 50sen 2005 akan menjelaskan perbezaannya...

                 Corak awan larat wau pada varieti 1


                     Corak pada wau varieti 2....

              Corak wau pada varieti 3...Bahagian tengah yang berbentuk bintang menjadi perhatian untuk membezakan varieti 2 dan varieti 3...


                Perbezaan imej bintang pada V2 dan V3


          Perkongsian ini menjadi lebih mudah dan menarik jika anda juga turut memeriksa syiling anda, bahagian bintang yang diikir pada corak wau jelas kelihatan berbeza antara V2 dan V3....
         Koleksi ketiga-tiga varieti ini seharusnya sudah berada dalam koleksi anda sebelum anda terpaksa membayar harga yang lebih dimasa akan datang....Selamat mengumpul

Khamis, 7 November 2013

SYILING 50SEN PALSU PERTAMA SIRI BUNGA RAYA

       Syiling Malaysia 50sen siri bunga raya 1989-2011 telah dicemari oleh perbuatan jenayah membuat syiling palsu. Walaupun syiling 50sen moden Malaysia terawal yang dijumpai palsu adalah siri Parlimen iaitu tahun 1985 tetapi masih diragui bilakah kegiatan ini sebenarnya bermula kerana penemuan syiling palsu moden mula riuh diperkatakan oleh ahli-ahli numismatik selepas tahun 2000, kemungkinan juga syiling palsu 50sen siri Parlimen dibuat dalam era siri bunga raya.

       Penemuan syiling palsu 50sen 1993 ini merupakan tahun terawal yang tertera pada muka syiling dan dipercayai ianya adalah sebenarnya syiling terawal syiling palsu siri bunga raya. Penemuan ini seolah-olah membawa rumusan bahawa pembuatan syiling palsu adalah dirancang dengan teliti dan diperbuat hampir menyamai teknologi syiling tulin. Banyak error yang dikesan pada syiling ini telah membuktikan perkara ini.

        Diperingkat awal pembuatan syiling palsu adalah menggunakan logam besi seratus peratus kerana ianya murah ....SYILING 50SEN MALAYSIA PALSU 1993

         Syiling palsu besi didapati mudah berkarat dan mudah pula dikesan kerana mempunyai tarikan magnet yang kuat. Pada asalnya syiling palsu dibuat adalah dipercayai untuk mengaburi mesin-mesin judi dan hiburan serta mesin letak kereta. Depankanta berpendapat syiling-syiling palsu "dilepaskan" memasuki edaran adalah melalui mesin-mesin tersebut dan pemilik mesin pula dengan  tidak langsung menjadi ejen mengedar syiling-syiling ini samada secara sedar atau tidak.

               Ruang-ruang huruf mudah berkarat....

                  Ciri-ciri MDD jelas kelihatan....

         "Filled die" hampir menenggelamkan stigma bunga raya....

           "Die clash" pada syiling palsu membuktikan penggunaan teknologi yang sama dengan teknologi syiling tulin...

            Die clash seperti ini sangat sukar dijumpai pada syiling tulin......

Isnin, 21 Oktober 2013

CRACKED PLANCHETS ERROR

       Mint error tidak menghadkan kecacatan syiling semasa proses penempaan sahaja tetapi juga melibatkan proses penyediaan logam planchet samada satu logam atau campuran logam (aloi)...Kegagalan dalam proses penyediaan planchet biasanya akan menghasilkan error dalam kategori planchet errors.

       Cracked planchets terdiri dari dua sub-kategori iaitu before strike dan after strike yang dapat dibezakan dengan pemerhatian kepada bentuk keretakan yang terjadi pada planchet samada ianya terjadi sebelum proses penempaan atau selepas penempaan..
                       
                   Spesimen yang dipamirkan ini merupakan dalam sub-kategori "cracked planchet before strike"

                   Kelihatan dengan jelas kesan keretakan terjadi pada bahagian bawah huruf dan angka atau imej kerana keretakan ini terjadi sebelum proses penempaan dilakukan...

               Kategori ini mudah terkeliru dengan struck through filled die grease kerana terdapat beberapa keadaan yang hampir sama. Anda mungkin ada pendapat lain tentang syiling 20sen 1982 ini...


        

Isnin, 14 Oktober 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA

           HARI SILIH BERGANTI, KINI MENJELANG KEMBALI HARI KEBESARAN BAGI UMAT ISLAM UNTUK MENYATAKAN RASA KESYUKURAN HANYA KEPADA ALLAH SWT DENGAN MENGADAKAN IBADAH KORBAN...
DENGAN PENUH RASA KESYUKURAN DEPANKANTA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN INI BAGI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA KORBAN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM SEMOGA HARI RAYA AIDIL ADHA TAHUN INI MENJADIKAN KITA INSAN YANG LEBIH BERTAKWA DAN SENTIASA BERSERAH DIRI HANYA KEPADA ALLAH SWT....