Isnin, 27 Jun 2011

1 SEN 2003 DAN 2006 YANG ISTIMEWA

Dua keping Syiling 1 sen 2003 dan 2006 ini mempunyai keistimewaannya tersendiri.Walaupun kelihatan seperti lain-lain error yang biasa di temui tapi kedua syiling ini menjelaskan bahawa sebarang error boleh terjadi bila pengeluaran syiling dibuat dengan jumlah yang banyak.


Bahagian muka syiling 1 sen 2003

Bahagian belakang
                                 mungkin pada die atas yang menempa bahagian belakang syiling telah terlekat objek keras yang kecil menyebabkan apabila die itu menempa planchet,maka tertinggal kesan lekuk yang sangat ketara....tentu ada lagi 'kawan-kawan' syiling ini yang dijumpai oleh pengumpul,dari batch yang sama sebelum die ini dibersihkan.
mungkin juga sedikit dawai halus terjatuh dan die tertempa keatasnya..struck through wire error...


Bahagian belakang syiling 1 sen 2006

Terdapat dua tompok logam yang timbul di permukaan planchet
 Muka depan
 Juga terdapat dua tompok logam yang timbul yang bersaiz sama dengan yang dibahagian belakang syiling.
 Bila di teliti dan di padankan,didapati kedudukan dua tompok logam tersebut berada pada point yang sama.
kemungkinan ada 2 logam kecil atau benda lain yang keras telah jatuh kedalam chamber menyebabkan apabila kedua die atas dan die bawah bertemu (tanpa planchet) maka dipermukaan kedua die telah lekuk(rosak).Pusingan seterusnya apabila planchet dimasukkan kedalam chamber,kedua die tadi menempa planchet tersebut,maka terjadilah tompokan logam tertimbul mengisi ruang die yang rosak tadi.
   Jarang sekali ditemui error yang begini,iaitu kedua permukaan syiling terdapat lebihan logam pada point yang sama...mungkin ada terjadi pada syiling yg lain juga.
Depankanta sekadar memberi pendapat,yang lebih arif tentang hal ini tentunya dari otai-otai dan pakar Numis.

4 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Ya, memang pelbagai error boleh ditemui pada syiling 1sen ini.
    Satu kemungkinan disebabkan bilangan tempaan yang tinggi.
    Memang menarik specimen ditunjukkan depankanta ini.
    Tahniah :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih whycollect,
    Memang kalau diperhatikan pada syiling yang banyak terjadi errors adalah syiling yang banyak ditempa,ada pula sesetengah orang memberi pendapat banyak bukanlah alasan untuk membuat kesilapan.Contohnya kalau kilang buat ubat,buat silap sebab ianya dibuat banyak,abis la kita semua!..hahaha..tima kasih banyak2 whycollect

    BalasPadam
  3. Hi depankanta,
    Kecanggihan mesin dan teknologi hanya dapat mengurangkan jumlah duit error ditempa namun tidak boleh mengatasi masalah ini seratus peratus.
    Satu contoh terbaik ialah kilang tempa di Amerika yang masih mengeluarkan sebilangan kecil duit syiling error setiap tahun.
    Hehe, mungkin ciri kekurangan pada kilang syiling ini yang menjadikan hobi mengumpul syiling error begitu menarik sekali :)

    BalasPadam
  4. hi whycollect,
    memang hobi kita,terutamanya depankanta yg hanya tumpu pada syiling error lahir dari kesilapan mesin dan manusia..senario ini telah berterusan dari turun temurun..semakin QC kilang dijaga semakin hobi ini menjadi lebih menarik..tima kasih banyak2 whycollect

    BalasPadam