Khamis, 28 Julai 2011

PERLU PENJELASAN PAKAR. 1 SEN 1994

Untuk kali pertama depankanta melihat satu bahan bukan logam bersebati dengan planchet dan proses penempaan syiling berlaku diatasnya.
         Penemuan sekeping syiling 1 sen 1994 ini memang tidak diduga,pada awalnya bahan yang melekat pada planchet syiling ini disangka plastik atau damar yg terkena semasa dalam edaran tapi bila di teliti,ada kesan tempaan atasnya menyebabkan ianya menjadi syiling yg sangat unik.....


                       Bahagian muka syiling 1 sen 1994
                            Bahagian belakang,sesiapa pun akan menyangka yg terlekat pada syiling ini adalah bahan luar yg terkena pada syiling...mungkin plastik atau damar atau gris lama yg sudah keras....
                       Bila diteliti pada sudut jam 2.00-3.00 terdapat satu keganjilan yg perlu penjelasan dari pakar2 yg mungkin pernah jumpa syiling begini...
              TERDAPAT KESAN TEMPAAN ATAS BAHAN  YG MELEKAT ITU,IMEJ ADALAH NEGATIVE (kedalam)
                  Imej angka "1" dan "9"(terbalik) tertempa dan jelas kelihatan
        Keadaannya hampir sama dengan kesan die clash errors tapi imej yg tertempa adalah pada permukaan yang sama...
                      Di pamirkan perbagai sudut syiling ini untuk tujuan perkongsian.....


         Bagi depankanta kehadiran syiling masih misteri sehingga mendapat penjelasan dari pakar-pakar Numismatik kita....


                       Mungkin bahan yang sama dijumpai pada syiling 1 sen 2006 dan 5 sen 1997 ini...





                 Ianya  mungkin salah satu bahan dalam proses penyilingan (coining process)...

4 ulasan:

  1. Biasanya ia adalah glue atau sesuatu yg melekit. Imej angka "1" dan "e" yg jelas kelihatan adalah kesan dari sesuatu yg tertindih atau dilekat di atas glue tersebut sebelum ia kering.Ini hanya pandangan says!

    BalasPadam
  2. Terima kasih banyak2 Mr.Dickson,
    Ya,Kemungkinan besar ianya glue yg kuat.Depankanta dah cuba buang bahan ini tapi sangat sukar.Bila terpandang imej "1" dan "e",timbul tandatanya bagaimana ianya terjadi kerana saiz dan bentuk imej berkenaan sama dgn angka tg terdapat pada syiling 1 sen.
    Penjelasan Mr.Niew sangat logik,kemungkinan ianya berlaku dalam atau luar kilang..
    Terima kasih banyak2 Mr.Niew....

    BalasPadam
  3. Biasa adalah sisa-sisa gelang getah yang ruput,cuba rendam dalam air satu-dua hari,masuk sidikit limau!

    BalasPadam
  4. Terima kasih Mr.Niew,
    Depankanta akan cuba dan kita sama2 lihat hasilnya nanti...
    Terima kasih banyak2 Mr.Dickson

    BalasPadam