Sabtu, 9 Julai 2011

SENI,SENIMAN DAN HASIL KARYA.....

Menyusuri bandar kecil Pasir Mas yg terletak kira-kira 20 Km dari Kota Bharu mudah mengingatkan kita tentang sejarah lama bandar ini.Pasir Mas tidak banyak berubah dari dulu berbanding bandar-bandar lain di Kelantan.Ini mungkin kerana lokasinya agak tersepit antara sungai Kelantan dan jalan keretapi menyebabkan pembangunannya agak perlahan.
  Depankanta menghabiskan hujung minggu ini bersama seorang pelukis yang unik,berkarya tanpa mengenal jemu walau dalam usia mencecah 70 tahun.Beliau yang tinggal di Kg.Buluh.P.Mas mula berkarya sejak tahun 1959..
                     Ramli Deris adalah seorang pelukis yang sangat dikenali di Pasir Mas,lebih mesra dengan panggilan"abe lee",beliau adalah bekas pelukis poster wayang di panggong Rex dan Geroda masa era wayang gambar hingga lewat '80an...Kini beliau berkarya di dalam deretan kedai di Bazar MARA,P.Mas berhampiran stesen bas.


Apa yang unik tentang karya abe lee ini adalah bahan yang digunakan untuk menghasilkan lukisan hanyalah cat kilat dan soft board

                Tanpa kain kanves dan oil painting atau water colour,beliau kelihatan mahir menggunakan cat kilat dan soft board

                    Hasilnya satu seni yang tidak ternilai...dengan saiz 3'x11/2' ,sangat sesuai untuk hiasan rumah.Mengikut abe lee,walaupun lukisannya menggunakan cat kilat,telah terbukti ketahannya hingga lebih  15-20 tahun...
  Yang lebih istimewa harga yang ditawar hanya sekitar rm50-100 menjadikan banyak dinding2 rumah penduduk sekitar bahkan ada diseluruh perusuk Malaysia terpamir lukisan abe lee..



                  Sedang tekun membuat sentuhan terakhir pada sebuah lukisan yang ditempah..
                   Tersenyum puas seorang seniman....
                 Dikedai ini lah tempat abe lee berkarya dan sedia menerima tempahan lukisan ,poster,banner dll
 

Depankanta cuba-cuba juga berkarya tapi tak boleh jual sebab dilukis terus pada dinding rumah!..hehehe

5 ulasan:

  1. sesiapa yang berminat dgn hasil seni ini terpaksa membayar harga rumah Depankanta sekali..RM200,000 untuk sebuah lukisan dinding (permanent kat dinding)..hehee

    BalasPadam
  2. Tima kasih kantalekap,
    200k utk lukisan & rumah tak termasuk tanah!...haha
    Kantalekap jadi broker...

    BalasPadam
  3. dah dimamah usia dah abe lee ni... dulu famous dengan tempahan orangramai gambar jambatan sultan yahya petra, pasir pekan/kota bharu selain poster di pawagam Garuda dan Rex...tok gitu depankanta?

    BalasPadam
  4. terbaik depankanta!!! Abe Lee adalah legenda Pasir Mas...

    BalasPadam
  5. Salam kantacembong & sin jee,
    Kebolehan yg ada pada abe lee mengajar kita walau usia sudah merentasi 70an tapi bakat yg ada tidak pernah susut bahkan semakin berkilat...Sesiapa yg ada menyimpan lukisan kereta atas jambatan sultan yahya sekarang dah boleh jual semula dgn nilai vintage yg tinggi..,jgn lupa bagi royalti pada abe lee & depankanta...hahaha

    Terima kasih anakjati p.mas berdua,nanti tlg bagi idea utk post santai p.mas akan datang...

    BalasPadam