Ahad, 10 Julai 2011

CONCENTRIC CIRCLES 5 SEN 2010

Adalah tidak mungkin ada orang yg sanggup memalsukan syiling 5 sen!..Biasanya kita akan jumpa syiling concentric circles pada syiling 50 sen dan rm 1 palsu,dan ini adalah cara yang paling mudah untuk mengenali syiling palsu.
 Depankanta temui sekeping syiling 5 sen 2010 yang mempunyai lingkaran berpusat ini yang kelihatan sama dengan ciri2nya dengan lingkaran syiling palsu.
  Depankanta belum jumpa error begini pada syiling 5 sen Malaysia dalam mana2 blog untuk dikongsi,bila dicari2 rupanya ada kawannya di USA...


                 Bahagian muka syiling 5 sen 2010

   Bahagian belakang syiling yg ketara kelihatan concentric circles
              Tidak menjejaskan angka "5"dan "2010"

            Huruf "MALAYSIA" didapati terjejas,lingkaran berada diatasnya..
     
              Dan huruf "NEGARA"pula tidak terjejas..lingkaran berada dibawahnya..
                                Bunga raya tidak terjejas tapi sebahagian daun terjejas..


   Mungkin ada perbezaan concentric circles antara syiling 5 sen diatas dengan syiling 50 sen dan rm 1 palsu ini...

5 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Nampaknya ciri-ciri ini bukan serupa yang terdapat pada duit syiling 50sen and RM1 palsu.
    Menarik juga tengok duit syiling ini.
    Banyak terima kasih, depankanta :)

    BalasPadam
  2. Memang terdapat perbezaan antara syiling ini dgn syiling palsu.Bila depankanta browse dlm google image terdapat persamaan dgn sekeping syiling 1 sen USA 1976 dalam coincommunity.com
    Terima kasih banyak2 whycollect

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Memandangkan tiada pakar2 memberikan penjelasan untuk koin ini, biarlah saya (seorang pakai -user dan bukan pakar!) menjelaskan keadaan koin yang diketengahkan disini.

    Saya berpeluang membaca tentang kecacatan sebelum ini walaupun tidak mempunyai spesimen koin sendiri.

    Menurut seorang pakar error US Ken Potter, beliau pernah ditanya oleh pengutip2 lain tentang kecacatan ini dan seterusnya meminta penjelasan dari Kilang Mint Philadelphia untuk mendapatkan kepastian samada keadaan ini memang disebabkan oleh mesin lathe yang difahami.
    (specimen anda 2010-5 sen dan 2004-5 sen dirujukan)

    Difahami bahawa keadaan concentric circles ini adalah kesan garisan yang tertinggal oleh mesin lathe semasa die blanks(ACUAN DIE dan bukan blank koin) di(lathemesin)kan/diperbuat dari rod keluli.
    Acuan die kadang-kala tidak disempurnakan semasa proses pengilappan (polishing process) dan proses pengehuban (hubbing process) seterusnya. Akibatnya garisan concentric negative yang tertinggal atas acuan die terus menjadi rekabentuk die dan meninbulkan garisan2 positive atas koin2.

    Bentuk garisan atas koin samada positive atau negative mungkin dapat memudahkan analisa kita. Proses penyilingan memang menarik sekali!

    BalasPadam
  5. Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada nucoins,
    Penjelasan yg sangat berguna sewajarnya dikongsi dengan semua pelawat.Depankanta akan update semula post ini dan masukkan penerangan tersebut dalam post baru nanti..
    Terima kasih banyak nucoins..

    BalasPadam